Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman
Jalan ini mengabadikan jasa seniman agung negara, P Ramlee.
Terletak di tengah bandaraya, deretan kelab malam menghiasi laluan ini.
Selain untuk berhibur, pengunjung juga boleh melepaskan nafsu menggila.
Semuanya kerana, kegiatan pelacuran yang terbuka.
Bukan sahaja kupu-kupu malam, malah mak nyah turut menawarkan perkhidmatan.
“Malam sering menyimpan seribu kisah kerana malam tidak boleh dipisahkan dengan dunia pelacuran. Apabila langit biru bertukar gelap, malam terus bergelumang dengan dosa dan noda. Kupu-kupu malam akan terus bersidai di tepi-tepi jalan, terutamanya di sekitar kelab-kelab malam,” bisik hati penulis.
Jalan ini dinamakan sempena seniman agung P Ramlee pada 1982.
Allahyarham pulang ke rahmatullah pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun.
Antara sumbangan P Ramlee adalah dalam bidang lakonan, pengarahan, muzik dan pencipta lagu.
Filem P Ramlee yang popular seperti Anakku Sazali, Hang Tuah, Sarjan Hassan, Sumpah Orang Minyak dan Bujang Lapok masih mendapat sambutan hingga kini.
Seiring dengan pembangunan negara, Jalan P Ramlee turut mengalami perubahan.
Apa yang menyedihkan, jalan ini bertukar menjadi pusat pelacuran.
Pengunjungnya terdiri daripada warga tempatan dan asing.
Melalui jalan ini, bunyi kenderan dan muzik saling berbaur.
Dengan ratusan pengunjung setiap malam, kupu-kupu malam tidak sukar mendapatkan pelanggan.
Hasil tinjauan Demi Masa mendapati pelacur akan bersidai di hadapan kelab malam menunggu pelanggan yang mahu mendapatkan hiburan seksual.
Tahun ini, kerajaan sedang berusaha menarik kedatangan pelancong melalui kempen Tahun Melawat Malaysia.
Ia mensasarkan 20.1 juta pelancong dengan perolehan RM22.5 billion.
Dengan label negara Islam, industri tidak sihat ini kelihatan semakin berkembang dan lebih menyukarkan pihak berkuasa untuk membuktikan kegiatan pelacur di Jalan P Ramlee.
Melihat keadaan ini, timbul persoalan adakah akan wujud lagi satu versi Belakang Mati?
Tetapi, dengan persekitaran lebih moden, elit dan berselindung di sebalik kegiatan kelab malam.
Dibimbangi juga, kegiatan yang berleluasa ini akan menukar aktiviti berhibur di kelab malam menjadi kelab persundalan.
Tinjauan Demi Masa mendapati aktiviti kupu-kupu malam bermula sekitar jam 10 malam.
Dipercayai pelacur di sini terdiri daripada warga Filipina, Thailand, China dan Indonesia serta kelompok mak nyah.
Selain pelanggan tempatan, pelancong dari Eropah dan Timur Tengah menjadi sasaran.
Perbezaan bahasa dan budaya bukan satu halangan.
Yang penting, mampu membayar untuk perkhidmatan dengan kadar yang biasa dikenakan antara RM200 hingga RM250.
Nafsu serakah pasti dilayani.
Turut mencari pelanggan adalah mak nyah yang biasanya ditemui di Belakang Mati.
Kelibat mereka sudah cukup menarik perhatian orang ramai dan memberitahu apakah perkhidmatan yang disediakan.
Aksi ghairah dan tingkah laku manja menjadikan modal menarik pelanggan.
Golongan ini biasanya mengenakan bayaran sekitar RM50 hingga RM80 bergantung kepada kemahiran tawar-menawar.
“Dunia pelacuran seolah tiada penghujungnya. Kian binasa dengan penglibatan warga asing yang terus menjaja dengan menjadikan kelab-kelab malam sebagai sarang. Sandiwara pelacur asing terus membolosi malam-malam sepi,” luah hati penulis.
Tiada dinafikan sektor pengangkutan awam turut menikmati faedah daripada kemasukan pelancong dan pelacur.
Sehingga awal pagi, deretan teksi setia menanti pelanggan di sepanjang Jalan P Ramlee.
Demi Masa mendekati pemandu teksi bagi mendapatkan reaksi mereka mengenai kehadiran kupu-kupu malam di jalan ini.
Wartawan : Ok tak bisnes ni,bang?
Pemandu teksi : Hari ni kurang…besok okla…Krismas kan…kalau Sabtu malam minggu…sebab orang tunggu esok…
Wartawan:Bang…yang saya tengok banyak-banyak kat Beach tu?
Pemandu teksi: Pelacur? Ayam?
Wartawan: Ape? Ayam?
Pemandu teksi: Ayam…Filipina! Tu bukan Melayu…tu Filipina! Majoriti muka macam Melayu…tapi Filipina…
Wartawan: Kat disco tu je ke? Disco lain camne pulak?
Pemandu teksi: Tak, kat Beach club je… Kalau kat kelab lain tu, pakwe makwe la…Stok ayam ni…tengok table mat salleh! Pompuan semua tu…
Wartawan: Kalau keje macam bawak teksi ni…pendapatan ok tak?
Pemandu teksi : Ade surut…ade boleh la…
Wartawan: Macam malam berape yang boleh abang dapat? Sehingga habis…
Pemandu teksi: Paling jauh dapat RM100. kalau dekat, dapat le RM60, 70…
Wartawan: Selalu maksimum abang dapat berape? Malam minggu ke?
Pemandu teksi: Dalam RM200 boleh dapat. If sampai hotel, dapat lagi komisen…
Wartawan: Komisen dari customer ke, dari sape?
Pemandu teksi: Dari bapak ayam…dapat le komisen sikit…
Wartawan: Ooo…maknanya…bapak ayam pun dah kenal la…
Pemandu teksi: Dapatla satu kepala RM60. kalau dapat 10 kepala, dah RM600.
Geram, jijik dan menakutkan.
Sampai bilakah jalan yang mengabadikan jasa dan sumbangan seniman agung negara ini, dicemari dengan kegiatan persundalan?
Paling dibimbang meningkatnya penyebaran penyakit kelamin dan AIDS.
Fikirkan bersama.







Good!!
By: Rudy on August 9, 2008
at 3:13 pm
love the picture of the eye of malaysiaa
By: shaxster on November 25, 2008
at 12:11 pm