AKU SEORANG RAKYAT MALAYSIA

Hidup Adalah Perjuangan dan Kebenaran

Month: April, 2008

Siapa Sufiah Yusof dan Siapa Shilpa Lee…?

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Siapa yang tidak kenal Sufiah Yusof satu ketika dulu…? Budak luar biasa yang berotak pintar dalam matematik. Ada lagi…budak yang seawal 13 tahun masuk ke Universiti Oxford, UK.

nprodigy130.jpg

Saya tak nak berbicara mengenai sistem hothousing yang ditekankan oleh ayahnya, Yusof. Saya juga tidak mahu berbicara mengenai kepincangan keluarga Sufiah, yang dicanangkan menjadi punca budak ini hilang arah dan seterusnya menjadi ahli pekerja industri seks, di Britain.

Siapa tak kenal dengan Shilpa Lee? Inilah nama glamor budak pintar matematik di Britain.

3003_maths_header.jpg

Mengapa sampai jadi begitu? Inilah lumrahnya jika kita mengabaikan agama Islam. Secerdik mana pun kita, jika tidak ada jiwa keislaman diisi dihati, pasti akan punah dan musnah juga.

Yang anehnya, ada juga laporan berita mengatakan Sufiah terkena ilmu hitam atau sihir…? Adakah ini masuk dilogik akal kita? Dan apakah lagi anggapan masyarakat terhadap Sufiah?

Yang anehnya, mengapa tidak ada pemantauan dan pemerhatian dari Malaysia sewaktu budak ini terkenal dan masuk universiti pada umur 13 tahun lagi? Mengapa dan mengapa?

Pada pengetahuan saya, kepintaran mereka yang cerdik bermula seawal zaman kanak-kanak lagi. Dan proses kepintaran mereka ini akan menjadi normal sekiranya kanak-kanak terbabit melangkah ke alam remaja dan dewasa. Maknanya, jika ditafsirkan kepada bentuk graf, permulaan menaik pada peringkat kanak-kanak, dan mula mendatar apabila mereka remaja dan dewasa.

Sama ada benar pandangan saya ini, anda sila bahaskan.

“Jika anda tidak menjadi seorang idealis apabila umur anda mencapai 20 tahun, anda sebenarnya tidak mempunyai perasaan dan hati. Tetapi, jika anda masih seorang idealis apabila anda menjangkau umur 30 tahun, anda sebenarnya tidak mempunyai otak.” - Randolph Bourne

Surat Mukhriz untuk Pak Lah…

pak-lah.jpg

Kekusutan…kemuraman…dan kesayuan.

Mungkin inilah yang Pak Lah rasa agaknya.

Di mana semuanya di belakangnya? Lari…

Di mana mereka yang mempertahankan ketuanya? Cabut…

Di mana mereka semuanya yang berdiri dibelakangnya? Kecut… (NO BALLS)

Natijah bala ini yang berlaku semuanya bermula sejak era Tun lagi.

Namun, Tun tidak ada rasa sikit pun rasa bersalah…sebab Tun tidak berkuasa lagi.

Bukan saja tak ada kuasa, malah tak nak mengaku pun.

Yang kena…hanya-LAH. Kesian dia.

Yang berani lawan Pak Lah, surat Mukhriz kepada Pak Lah. Mungkin ramai yang tidak pernah baca surat peribadi kepada Pak Lah. Dan mungkin ramai yang dah baca. Tetapi, saya baru je dapat dari email yang diforwardkan kepada saya, untuk menjadi tatapan umum.

surat-mukhriz1.jpg
surat-mukhriz22.jpg

Anda baca sendiri.

Anda tafsir sendiri.

Adakah ianya relevan…atau sekadar kepentingan diri…?

Sabda Rasulullah, ” Jauhilah hidup bersenang-senang, kerana hamba Allah itu bukanlah orang yang hidup bersenang-senang.” – Hadis Riwayat Ahmad 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.