AKU SEORANG RAKYAT MALAYSIA

Hidup Adalah Perjuangan dan Kebenaran

Month: September, 2008

Free Pak Sheikh…

Free Pak Sheikh

Free Pak Sheikh

It just don’t make any sense anymore. The guy from Bukit Bendera goes around shooting his mouth off and getting everyone angry is roaming free. Kickdefella’s action didn’t spark racial hatred or anything of that sort is now locked up! What the fuck is going wrong in my country!!

 

Sumber: http://itrulydontgiveafuck.blogspot.com/2008/09/free-sheih.html

Politik adalah kemungkinan…

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Aku tertarik membaca laporan di bawah. Artikel ini ditulis oleh Zulkifli Sulong, dalam blog The Malaysian Insider. Sila baca dan amati senario politik di Malaysia.

 
Kebencian kepada Anwar dorong Mahathir sertai Umno semula?
SEPT 12 Mengejutkan… tetapi politik semua boleh jadi. Sebagaimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, politik adalah serba kemungkinan. Hari ini lawan, besok boleh jadi lawan kita. Walaupun berjanji tidak akan menyertai Umno selagi ia dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir khabarnya akan menyertai Umno semula. Ia dimaklumkan kepada media oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Abdullah selaku Presiden Umno tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap keinginan Dr Mahathir itu apabila ditanya oleh wartawan. Beliau berkata, -tumpuan perbincangan hari ini adalah kes Ahmad Ismail”. Namun selepas beberapa hari berlalu pun, Abdullah tidak membuat sebarang komen terhadap keinginan Mahathir itu.

Walaupun begitu, Abdullah secara tidak langsung melampiaskan kemarahannya kepada Muhyidin ekoran kenyataan Muhyidin yang lain iaitu meminta pelan peralihan kuasa dipercepatkan.

Ia sangat mengejutkan kerana ia keluar dari salah seorang anggota kabinetnya padahal telah dipersetujui oleh semua pihak sebelum ini, kata Abdullah.

Saya tidak tertarik dengan pelan peralihan kuasa dalam Umno. Saya lebih tertarik dengan berita Mahathir akan masuk semula dalam Umno. Yang menarik juga, ia bakal dibawa oleh Muhyidin. Yang menarik juga kenyataan rakan rapat Mahathir, Tan Sri Sanusi Junid bahawa “Mahathir akan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah untuk merebut jawatan presiden Umno dari Abdullah.”

Kenapa jadi begini?

Bagi saya, tindakan Dr Mahathir ini lebih didorong oleh kebencian beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kesukaan beliau untuk menyokong Razaleigh.

Saya mendapat maklumat yang agak jelas, Tengku Razaleigh akan mengetuai pasukan anggota Parlimen Umno untuk menyertai Anwar bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat. Kemasukan Tengku Razaleigh dalam agenda Anwar untuk membentuk kerajaan baru banyak menyelesaikan masalah dalam Pakatan sebenarnya.

Anwar berdepan dengan dilema bilangan anggota Parlimen bukan Islam yang ramai mahu menyertai beliau. Ini menyebabkan keseimbangan kaum tidak berlaku dalam kerajaan baru Pakatan. Lebih jelas lagi, kerajaan baru Pakatan pimpinan Anwar ini akan bermajoritikan anggota Parlimen bukan Islam dan bukan Melayu. Ini bermakna, kerajaan ini tidak melambangkan komposisi kaum di Malaysia. Dengan sendiri kerajaan ini tidak akan stabil.

Keadaan ini juga amat dibimbangi oleh Pas, rakan penting Anwar dalam Pakatan. Bahkan Pas dikatakan akan mengkaji kedudukannya dalam kerajaan baru itu kalau suasana itu benar-benar berlaku.

Penghijrahan besar-besaran anggota Parlimen bukan Melayu dari BN kepada Pakatan tidak boleh disekat lagi oleh mana-mana pihak. Ia ditambah lagi dengan isu yang dibawa oleh datuk Ahmad -bendera- Ismail. Kenyataan dan tindakan ganas para penyokong beliau tidak boleh diterima lagi oleh orang, khasnya masyarakat. Tambahan lagi ia berlaku di negeri yang Umnonya dipimpin oleh Abdullah sendiri. Kalau Umno Pulau Pinang yang kecil tidak boleh dikawal Abdullah, apatah lagi Umno Malaysia yang lebih besar. Ini sudah menjadi pandangan ramai.

Jadi, melalui kemasukan Tengku Razaleigh dan pasukannya ke dalam Pakatan, ia akan memperkukuhkan faktor Melayu dalam barisan baru politik Malaysia itu. Dengan kemasukan kumpulan ini juga, faktor timbalan perdana menteri juga selesai. Sudah tentu orang yang paling sesuai adalah Tengku Razaleigh sendiri bukan lagi Lim Kita Siang atau lain-lain sebagaimana yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Dan inilah yang sangat tidak disenangi Dr Mahathir. Beliau telah berjanji di Terengganu akan meninggalkan negara ini andaikata Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri. Walaupun beliau juga berjanji tidak akan menyertai Umno selagi Abdullah adalah presidennya, namun sebagaimana yang saya katakan tadi kebenciannya kepada Anwar adalah mengatasi segala-galanya. Jadi apa jalanpun perlu dibuat untuk menyekat Anwar. Menyekat Tengku Razaleigh dengan memberikan harapan kepada beliau untuk menjadi presiden Umno dilihat ada kewajarannya dan realistik.

Saya pernah bertanya kepada beberapa orang, kenapa Dr Mahathir benci sangat kepada Anwar sedangkan politik, sebagaimana kata beliau, adalah serba mungkin. Menurut sumber saya itu, Dr Mahathir menganggap Anwar adalah ahli politik predator atau orang Kelantan kata -make gu-.

Yang paling diingati Dr Mahathir adalah tindakan Anwar menyuruh Datuk Ahmad Zahid Hamidi (ketika itu Ketua Pemuda Umno) menyerang beliau ketika krisis antara beliau dengan Anwar dahulu. Zahid telah menuduh Dr Mahathir terlibat dengan politik KKN itu iaitu korupsi, kronisme dan nepotisme.

Jadi, kalau kini Dr Mahathir sanggup memberikan harapan kepada Tengku Razaleigh, semuanya kerana kebencian beliau yang amat sangat kepada Anwar.

Sumber: http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=8906

DEMI MASSA: Politik adalah kemungkinan.

Si Kancil dan Si Wira…

oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Macet di Plaza Tol Cengkerang, Jakarta, Indonesia.

Macet di Plaza Tol Cengkerang, Jakarta, Indonesia.

Kalau kita pergi ke Indonesia, terutamanya di Kota Metropolitan Jakarta, sudah pasti sibuk dengan kenderaan lalu lalang hinggakan berlaku kesesakan hingga 2-3jam lamanya.

Kalau mengikut bahasa Indonesia, kesesakan atau jem dipanggil ‘macet’. Jadi, kalau kita nak sebut jalan jem kena sebut ‘jalan macet..macet.’

Sedang aku melihat keindahan kota metropolitan ini dengan menaiki teksi, aku kaget (terkejut) dengan dua buah kereta yang aku temui di jalan raya.

Ini kereta ini macam pernah aku kenal....tapi di mana ya....?

Ini kereta ini macam pernah aku kenal....tapi di mana ya....?

Proton Wira yang dijadikan pengangkutan teksi untuk penumpang di tengah kota metropolitan Jakarta, Indonesia.

Proton Wira yang dijadikan pengangkutan teksi untuk penumpang di tengah kota metropolitan Jakarta, Indonesia.

Dan di sepanjang menempuh macet, aku terpaku dan kaget pada satu papan tanda billboard di tepi lebuh raya. Aku bangga kereta Malaysia, iaitu Proton telah menembusi pasaran di Indonesia.

DEFINE Your Persona...

DEFINE Your Persona...

Dan yang penting sekali, perjalanan menjadi lancar semula.

Namun, aku sedih kerana puasa pertama aku di Jakarta….

Pertama kali aku selamat menunaikan ibadah puasa di Jakarta, Indonesia.

Pertama kali aku selamat menunaikan ibadah puasa di Jakarta, Indonesia.

DEMI MASSA: Rasa macam nak bukak jer business kat sana…

Jelajah Expose Mistik Siri 3

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Antara monumen yang megah tersergam di tengah kota bandaraya Jakarta, Indonesia.

Antara monumen yang megah tersergam di tengah kota bandaraya Jakarta, Indonesia.

Tanggal 25 Ogos 2008, krew Expose Mistik melangkah keluar dari Hotel Karya Bahana di Jalan Jaksa untuk melakukan penggambaran yang pertama di KaliPasir Menteng Raya, lokasi Jakarta Pusat.

Selesai menikmati sarapan pagi di Restoran KL-Village berhampiran hotel, kami terus menuju ke lokasi menuju ke Terapi NurSyifa’.

Antara perawat Terapi NurSyifa' yang sedang melakukan rawatan kepada pesakit-pesakit yang datang ke pusat ini.

Antara perawat Terapi NurSyifa yang sedang memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit yang datang ke pusat terapi ini.

Apa yang menarik mengenai Terapi NurSyifa’ adalah rawatan Islam ini menekankan aspek berkonsepkan Allah Maha Penyembuh, dan secara tidak langsung terapi sekaligus beribadah.

Inilah rawatan yang dikatakan terapi sekaligus beribadah di mana pesakit-pesakit sedang berzikir manakala perawat sedang mengalirkan tenaga dalaman kepada pesakit-pesakit di ruang rawatan ini.

Inilah rawatan yang dikatakan terapi sekaligus beribadah di mana pesakit-pesakit sedang berzikir manakala perawat sedang mengalirkan tenaga dalaman kepada pesakit-pesakit di ruang rawatan ini.

Terapi ini menggunakan energy atau tenaga dalaman perawat-perawat dalam mengubati atau merawat pesakit-pesakit. Antara penekanan yang yang diberi adalah zikir kepada Allah perlu diutamakan.

Wak aka Khalid Salleh sedang menyelami hati seorang pesakit yang difahamkan mengidap tumor di bahagian badannya.

Wak aka Khalid Salleh sedang menyelami hati seorang pesakit yang difahamkan mengidap tumor di bahagian badannya.

Pimpinan Pusat Terapi Nursyifa’, HM Bambang Irawan S berkata pusat ini ditubuhkan pada 1984 dan mendapat liputan meluas di seluruh media Indonesia. Sekaligus menjadikan pusat rawatan ini antara yang terkenal di Indonesia.

Tenaga kerja terapi NurSyifa'.

Tenaga kerja terapi NurSyifa

Jika kita lihat tenaga kerja perawat seramai 11 orang, ternyata ianya cukup untuk memberi khidmat kepada pesakit-pesakit yang amat memerlukan bantuan.

Wak aka Khalid Salleh sedang mendapatkan maklumat daripada HM Bambang Irawan S mengenali proses rawatan terapi.

Wak aka Khalid Salleh sedang mendapatkan maklumat daripada HM Bambang Irawan S mengenali proses rawatan terapi.

Walaupun di pusat ini mampu mengendalikan kes gangguan makhluk ke atas manusia, namun ada di antara pesakit yang datang mengalami masalah kesihatan seperti tumor, tekanan mental, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

Malah, jangan anda terkejut kerana pusat terapi ini dikatakan mampu menyembuh penyakit AIDS/HIV, yang bukan tahap kronik.

Inilah sebahagian warga kerja terapi NurSyifa' sempat merakamkan kenangan untuk kami pulang ke Malaysia.

Inilah sebahagian warga kerja terapi NurSyifa sempat memberikan aksi kenangan untuk kami pulang di Malaysia.

Ketika kami berada di dalam terapi ini, ternyata ianya satu penemuan yang unik kerana terapi ini jarang sekali kita dengar atau lihat di Malaysia.

Apa-apa pun, pengalaman berada di Pusat Terapi ini amat menarik untuk didedahkan kepada masyarakat.

Nantikan tayangan Expose Mistik – Terapi Nursyifa’ pada Mac 2009.

DEMI MASSA: Terkejut Wak dah boleh buat standupper dengan spontan. Paling tinggi pun 3 take jer. Caya la bro Wak !!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.