Sebelum ini aku ada tulis satu entry mengenai kelahiran Proton MPV pertama negara kita. Ramai jugak la yang komen pasal kelahiran Proton MPV ni dalam blog aku. Ada la seorang komentator ni, beberapa kali komen dalam blog aku pasal ni. Aku ingatkan laki, rupanya perempuan siyut… Tapi, aku tak kenal dia la.
Melalui information dia lah, dia suruh aku pi satu website ni…website ni memang update pasal kereta-kereta. So, bagi sesiapa yang dok gila kereta, make sure kunjung blog ni. http://paultan.org
Dalam website tu, aku terjumpa la Spy Shot of Proton MPV ni…nak kata cantik, memang cantik la. tapi, tak dapat true color dia la…sebab dia balut body dia dengan warna hitam.
Range harga sekitar antara RM60k – RM90k. Look dalam dia memang la dijangka update…setanding dengan kereta-kereta mewah yang lain. Apa yang penting, diharapkan kereta MPV ini menjadi kereta rakyat Malaysia.
Sila lihat SPY SHOT of Proton MPV ni….
SPYSHOT 1
SPYSHOT 2
SPYSHOT 3
INI CHASSIS DIA...
SPYSHOT 4
SPYSHOT 5
SPYSHOT 6
INI LOOK INTERIOR DIA...
SPYSHOT 7
SPYSHOT 8
SPYSHOT 9
SPYSHOT 10
Kalau ada rasa nak beli, kumpul duit dari sekarang…(blogger SYAHRIL KADIR yang kata).
Ini kerana pelancaran dijangka pada pertengahan tahun 2009. Nantikan kemunculannya.
Dunia Ice atau anda boleh gelarkan Dunia Ais. Cerita kali ini bukan berkisar mengenai cerita dunia zaman ais dahulu kala. Tapi, ini cerita mengenai Ice atau Syabu.
Bagi yang tau apa itu syabu, tau lah. Bagi yang masih terngiang-ngiang maksud syabu tu…meh aku nak terang kat sini.
Syabu adalah sejenis dadah sintetik…aku ulang…sejenis dadah sintetik yang mana mampu meningkatkan fokus otak dan memberi tenaga untuk terus bekerja selama tiga hingga empat hari.
Yang paling popular sekali, pengambilan syabu cukup mendapat permintaan tinggi terutamanya student-student IPT.
Aku libatkan diri dalam penceritaan ini kerana aku memperjuangkan kempen anti-Syabu sejak berkecimpung dalam dunia penyiaran sebagai wartawan.
Nak diringkaskan cerita, aku tulis story pasal syabu ni kat Berita Harian bertarikh 21/8/2006. Mohon baca bersama sebagai peringatan aku sendiri dan anda semua demi masa depan kita..
Syabu ancaman baru penuntut IPT (BERITA HARIAN 21/08/2006)
‘SAYA terpengaruh ketagihan syabu kerana ajakan kawan.’
Itulah kata-kata seorang pelatih serenti berusia 22 tahun ketika mengunjungi Pusat Serenti Dengkil, Selangor dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini.
Luahan itu memberi makna yang cukup luas betapa besarnya pengaruh rakan terhadap syabu di mana ia berjaya mempengaruhi kehidupan seharian seseorang.
Ramai yang tidak mengetahui gejala pengambilan dadah sintetik bukan saja terdiri daripada golongan bekerja, malah turut popular di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Ia fenomena yang mengejutkan semua pihak, termasuk ibu bapa.
Syabu begitu mudah didapati dengan kadar harga RM50 hingga RM300 dalam bentuk tiub bergantung kepada kualiti dan mudah diperoleh di pusat hiburan. Modus operandi mereka memang sukar dikesan.
Ada juga di kalangan mereka daripada anak golongan berada dan kelompok atasan. Lebih mengejutkan, anak gadis Melayu mendominasi gejala ketagihan syabu.
Oleh kerana tekanan untuk mendapatkan markah tinggi, sikap suka belajar pada saat akhir adalah antara faktor mereka memilih syabu sebagai jalan penyelesaian.
Ini kerana syabu mampu meningkatkan fokus otak dan memberi tenaga untuk terus berjaga selama tiga hingga empat hari.
Daripada aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan perubatan. Bagaimanapun, cara penggunaan dadah ini biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.
Tanpa mereka sedari, ketagihan kepada syabu, walaupun kehidupan mereka sering dipenuhi kebimbangan dan ketakutan untuk mencapai kejayaan.
Malah, syabu juga dikenal pasti menjadi punca utama kepada peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol.
Kesan akibat pengambilan ini membuatkan penjenayah tidak mempunyai rasa takut dan perasaan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah.
Memetik kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dadah sintetik ini boleh merangsang seseorang itu menjadi lebih aktif dan lebih agresif. Pengambilan yang terlalu kerap boleh mendatangkan kesan tertentu kepada otak dan individu, antaranya mereka berada di alam fantasi dan mengalami halusinasi.
Sesuatu perli dilakukan bagi membanteras gejala penagihan syabu, demi masa depan anak kita. Polis sentiasa memantau dari segi serbuan dan pemeriksaan di pusat hiburan.
AHMAD FAZLAN SHAH ABD RAHMAN
Subang Jaya
Dan ini feeback pembaca Berita Harian keesokkannya (22/08/2006)
SAYA mengucapkan syabas kepada ‘Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman’ kerana menulis ‘Syabu ancaman baru penuntut IPT’ dalam ruangan ini pada 21 Ogos lalu. Saya menganggap ia suatu berita yang amat mengejutkan dan perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh semua pihak terutamanya oleh semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.
Anggaplah syabu sebagai sejenis ‘racun’ yang pasti merosakkan penggunanya. Jangan sekali-kali menghampiri syabu! Semua ibu bapa dan semua pensyarah di IPT tolonglah menasihati anak-anak dan penuntut kita supaya jangan sekali-kali mengambil syabu.
Syabu pasti akan memusnahkan diri anda akhirnya. Percayalah!
ISMAIL RESTU
Kampung Bujang, Kedah.
DEMI MASSA: Tajuk lagu kat atas sesuai dengan tema blog aku…kebetulan jer.
Ekoran rentetan peristiwa Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dibaling sepasang kasut oleh seorang wartawan Iraq, kini ramai orang pun berhimpun dan berarak sambil memegang poster ditampal kasut kat muka Bush.
Oleh kerana itu, bagi sesiapa tidak dapat menyertai sebahagian daripada perarakan tersebut, anda tidak perlu risau lagi kerana terdapat permainan baling kasut Bush atau ‘GAME OF SHOES TO BUSH’ telah pun dilancarkan baru-baru ini.
So, bagi sesiapa nak luahkan perasaan benci pada Bush, main lah game ini dan tengok berapa jumlah balingan kasut yang anda dah baling pada Bush.
Rumah Urut Tawar Khidmat Seks? Betul ke? Aku sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan, antaranya melaporkan yang benar.
Siapa yang tidak pernah pergi ke rumah urut? Bohonglah bagi sesiapa yang membaca entry ini tidak mengaku pernah pergi ke rumah urut.
Kunjung, Rasa dan Bayar…antara tema dan slogan bagi pusat-pusat rumah urut yang kian bercambah bak cendawan tumbuh di merata tempat di Malaysia.
Ini merupakan pengalaman aku sewaktu bergelar wartawan penyiaran pada tahun 2006. Aku mengaku aku pernah berkunjung, tetapi tidaklah sampai rasa dan bayar. Ini kerana aku khuatir kerja penyiasatan aku dapat dihidu oleh pihak yang berkenaan.
Sampel kes adalah premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur (lokasi di rahsiakan.) Kunjungan aku cukuplah sekadar melakukan kajian pemerhatian dan sesi interview dengan pekerja-pekerja di situ.
Story ini aku tulis dan telah pun disiarkan di Berita Harian bertarikh 18/08/2006. Aku lampirkan untuk tatapan dan tafsiran anda.
BERITA HARIAN (18/08/06)
RUMAH URUT TAWAR KHIDMAT SEKS
PENINGKATAN bilangan rumah urut di negara ini menunjukkan ia mempunyai kadar permintaan begitu menggalakkan di kalangan pelanggan.
Memandangkan wujud sokongan hebat daripada pelanggan, tidak hairanlah kegiatan yang berkonsepkan ‘kunjung, rasa dan bayar’ itu kini menjadikan rumah urut sebagai satu perniagaan yang mudah memperoleh keuntungan.
Untuk mendapatkan rawatan urut, pelanggan perlu memilih pakej yang ditawarkan mengikut harga tertentu, kebiasaannya dalam lingkungan RM200.
Apa yang mengejutkan, antara pakej berkenaan diselitkan khidmat seks dan urut batin.
Seorang rakan yang gemar mengunjungi pusat berkenaan memberitahu, rata-rata pekerja di rumah urut terdiri daripada gadis Melayu antara 22 hingga 33 tahun, selain gadis bukan Melayu. Malah, ada juga yang berstatus janda.
Kehidupan di ibu kota memerlukan gaya dan keinginan kemewahan yang tinggi menjadi antara penyebab utama mereka membabitkan diri dalam kancah berkenaan.
Mereka tidak kisah tanggapan masyarakat, asalkan mereka mendapat sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga masing-masing, yang dianggarkan boleh mencecah RM4,000 sebulan. Majoriti pelanggan mengunjungi pusat berkenaan selepas waktu pejabat.
Tidak cukup dengan lelaki Malaysia, kedatangan pekerja dan pelancong asing cukup melengkapkan perhatian mereka kepada perkhidmatan berkenaan. Mereka sanggup melakukan apa saja demi melepaskan nafsu terhadap pekerja urut.
Mereka bukan pelacur jalanan yang sanggup melacur kepada sesiapa. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan sampingan selepas sesi urutan selesai. Kebanyakan orang tidak memikirkan ia boleh mendatangkan implikasi yang besar kepada kehidupan masyarakat.
Satu rang undang-undang harus digubal bagi memastikan pertumbuhan rumah urut tidak bercambah sewenang-wenangnya. Perkara ini perlu perhatian serius demi menyelamatkan generasi muda.
Jika kita masih memandang gejala ini sebelah mata, ia seperti menghidu racun yang lama-kelamaan akan membunuh kita. Penularan penyakit kelamin dan penyebaran HIV/Aids ibarat menunggu masa untuk berjangkit dan membiak bersama pasangan seks mereka yang tidak dikenali.
Sering kali terdetik di hati, apakah keseronokan menjadi tujuan utama manusia hidup di bumi ini daripada berfikir untuk hidup ke arah yang lebih baik? Fikirkan sejenak, luangkan masa untuk memerhati keadaan sekeliling yang sebenarnya indah tetapi penuh dengan kejijikan.
AHMAD FAZLAN SHAH ABD RAHMAN
Subang Jaya, Selangor
DEMI MASSA: Yang paling best, lepas je story ni kuar, pada 19/08/06 Buletin Utama TV3 main story aku…siap dapat headline news tu….lagi havoc.
Saka…pasti ramai yang nak tahu pasal saka. Bukan ‘Sucker’ yer.. Sebut betul-betul… SA-KA.
Ini first Dokumentari bertajuk Saka: Misteri Alam Melayu, yang bakal ditayangkan di Astro tahun depan.
Scene Penggambaran Rumah di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Director Man K sedang meneliti monitor ketika shooting. Berdiri baju biru adalah aku.
Buat masa ini, dokumentari ini masih lagi dalam pembikinan 60% siap. Insyallah, satu pelancaran dan promosi besar-besaran akan dilakukan bila siapnya kelak.
Bagi yang ada saka dalam sejarah keluarganya, elok tonton dokumentari ni.
Aksi lakonan Fara sebagai Pewaris Saka yang dah nak mampus, pastu kepingin makan nasi. So, melantak la dia.
Biar aku explain skit pasal saka ni apa dia… Bicara pasal SAKA ni adalah perkara yang sensitif bagi masyarakat Melayu. Ye lah, sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini.
Sesi perbincangan bersama Director, Man K dan Cameraman, Tebuan.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarganya.
Inilah muka-muka bakal menyinari dunia penyiaran belakang tabir. Berbaju kuda belang tu, Akim aka Poyos dan yang macam gengster macho tu, Azhar aka A'a. Kedua-duanya Assist Producer dalam dokumentari antarabangsa ini.
Semuanya bermula perjanjian nenek moyang kita dahulu kala seperti memuja untuk memohon perlindungan diri, harta dan keluarga.
Rentetan daripada kisah perjanjian inilah, maka wujudnya semua jenis saka, antara yang paling popular Saka Harimau, Saka Ular dan Saka Buaya.
Sebahagian daripada Tok Sheikh jemputan dalam pembikinan dokumentari Saka: Misteri Alam Melayu. Dari kiri: Ustaz Man Kolam, Ustaz Haji Azhar Adnan, dan dua orang pemuda tahfiz dari Kg Baru.
Mungkin antara kita tergelak dan terketawa ketika membaca kenyataan ini, tetapi hakikatnya benar. Malah, aku berani jamin ramai yang yang tidak mengetahui hukum hakam dan kesan akibat mewarisi saka ini.
Dan mungkin juga selepas siapnya pembikinan dokumentari ini, pasti akan mengundang pelbagai reaksi negatif daripada tokoh-tokoh akademik, ahli-ahli politik, pakar-pakar ekonomi dan makcik-pakcik kat kampung tu…
Antara krew belakang tabir yang komited dalam menghasilkan sebuah scene dokumentari yang menarik. Semua ni otai-otai belaka.
Bukan apa, dokumentari ini mesejnya hanya untuk menyedarkan masyarakat khususnya Melayu betapa syiriknya ada saka kerana majoritinya masih lagi mengamalkan legasi penyerahan saka kepada keturunan mereka.
Antara babak aksi Fara yang nak meninggal dunia cuba mengeluarkan saka dalam badannya. Seksa siyut kerana time ni semuanya kena makan asap tebal dari bekas telur tu. Cis...
Dan juga dokumentari ini juga mesejnya untuk mengajak masyarakat Melayu supaya kembali ke landasan Islam dan syariatnya.
Aksi bersahaja yang tanpa disedari.
Begitulah serba sedikit mengenai kandungan dalam dokumentari ini.
Perjalanan pembikinan dokumentari ini ala-ala ada drama skit. Jadi, aku kongsikan sebahagian rakaman ini berlangsung.
DEMI MASSA: Harap-harap penerbitan dokumentari ini berjalan dengan jaya. Yang penting, mesejnya sampai.
Tergelak besar aku dengar bila aku mendengar seorang wartawan Arab membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.
Dan terfikir sejenak aku bila memikirkan betapa seorang pemimpin dunia yang gah dengan kuasa besar dunia, nilainya hanya tersungkur dengan balingan sepasang kasut.
Dan juga terberani aku seketika bila keberanian seorang wartawan Arab yang bernama Muntazer al-Zaidi dari media Televisyen Al-Baghdadia, stesen milik media Iraq ini, bangun lantas berteriak ke arah Bush.
Si Muntazer al-Zaidi ini memang berani siyut, bukan hanya membaling satu kasut jer…malah SEPASANG kasut yang dia pakai beb!
Difahamkan, ketika dia baling sepasang kasut tu ke arah Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik, dia sempat melontarkan kata-kata sinis kepada Bush dalam bahasa Arab.
Ini terjemahannya yang sempat aku terjemahkan.
“Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!”
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.”
Yang tak bestnye, part Bush sempat menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran.
Malangnya, Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik sidang media itu.
DEMI MASSA: Seorang pemimpin yang boleh menguasai dunia boleh menjadi sanjungan masyarakat, dan kalau silap, boleh menjadi hinaan masyarakat.