Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Kematian yang merah berdarah, tangisannya tidak lagi didengari.
Dunia menentang keganasan ini.
Tetapi, Israel tetap terus menyembelih darah masyarakat Palestin.
Kerana apa…kerana dibelakang Israel, Amerika Syarikat tetap restu dengan tindakan ini.
Dan negara lain terus tunduk dengan dasar penyembelihan ini.

Antara kanak-kanak yang sedang menatap adik-beradik mereka yang mati terkorban.
Seluruh warga dunia mengecam tindakan kejam Israel.
Seperti biasa, dengan angkuh rejim zionis langsung tidak menghiraukan segala bantahan.
Tunjuk perasaan berlaku di kebanyakan negara.

Antara masyarakat di US yang mengutuk Israel serangan Palestin.
Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah banyak kali digesa agar segerakan usaha gencatan senjata…………sebelum lebih ramai kanak-kanak, wanita dan orang awam Palestin menjadi korban.

Difahamkan, pihak hospital tidak cukup peralatan untuk membantu kanak-kanak ini untuk pulih.

Sekumpulan kanak-kanak mencari sisa-sisa tinggalan seperti tilam, baju dan selimut, dicelah-celah runtuhan bangunan.
Bayangkan sejenak…Peluru dan roket melintas di atas kepala.
Semua orang awam pasti terbunuh.
Dan anda tidak tahu anda akan jadi mangsa seterusnya.

Jika anda tinggal di kediaman seperti ini, pasti anda tidak akan selamat untuk hidup di dunia.
Bagi penduduk Palestin, hidup sudah menjadi kemenangan buat mereka.
Ini kerana mereka mampu bertahan serangan gerombolan tentera yang kuat di rantau itu.
Ini pastinya sesuatu yang membanggakan, dan tidak mudah bagi kita untuk menempuhi semua ini.
Ramai nyawa yang sudah melayang.
DEMI MASSA: Sudah memasuki minggu kedua, serangan ganas Israel menimbulkan persoalan. “Apakah maknanya kemenangan perang ini jika ianya penuh dengan tangisan air mata?”


