AKU SEORANG RAKYAT MALAYSIA

Hidup Adalah Perjuangan dan Kebenaran

Month: February, 2009

Karpal Saman Sultan: Kenapa Nak Kecoh?

"Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?," kata Karpal.

"Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?," kata Karpal.

Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.

Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.

Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan.

Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk meneruskan hasrat itu walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sultan Azlan Shah boleh didakwa di mahkamah atas kapasiti rasmi baginda kerana selepas 1993, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mengendalikan perkara membabitkan kerabat diraja dan sultan.

“Saya pasti malahan baginda (Sultan Azlan Shah) tahu apa yang saya katakan adalah betul. Baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara dan telah mengendalikan banyak kes. Tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau menderhaka mengenainya, mereka kata saya tidak menghormati Sultan.

“Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?,” kata Karpal.

Kepada soalan sama ada polis menyiasatnya berhubung hasrat beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sultan, Karpal berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan kepada polis.

Karpal juga mengulas demonstrasi oleh kirakira 200 anggota Pemuda Umno di luar pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam dengan memberi amaran kepada mereka supaya menghentikan demonstrasi haram itu.

“Saya ingin beri amaran kepada Pemuda Umno, jangan desak saya. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan. Apa yang saya lakukan termaktub dalam undang-undang, polis sepatutnya melindungi saya semalam,” katanya.

“Demonstrasi semalam adalah melanggar undangundang. Kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah kerana mengadakan perhimpunan haram, kenapa berlaku berat sebelah apabila membabitkan kami,” katanya.

Sumber: www.mstar.com.my

Surat Mohammad Nizar kepada Sultan Perak

sultan_azlan_shah1Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

Ir.Mohamad Nizar Jamaluddin / Ipoh

YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

MONEY, MAFIA AND POWER…RULE EVERYTHING

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Duit...Duit...Duit...

Duit...Duit...Duit...

Mafia oh Mafia...

Mafia oh Mafia...

Power...Kuasa...Power...

Power...Kuasa...Power...

HOW FAST THINGS CAN BE DONE BY MAFIAS AND PERASUAH…!!!!

MONEY, MEDIA AND POWER…RULE EVERYTHING…

DEMI MASSA: Keji…keji..keji… Golongan begini memang layak dibaling dengan kasut!

Bila Nik Aziz dukacita…

nik-aziz KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

“Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut.

“Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan).

“Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.

Beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090204205154/Article/index_html)

DEMI MASSA: Politik adalah seni kemungkinan.

Expose Mistik: Alamat Pusat Perubatan Islam

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Harapan kami agar semua peminat rancangan Expose Mistik akan terus melekat di Astro Prima kerana tiada apa yang lebih menggembirakan kami selain daripada mengetahui yang rancangan ini memberi manfaat kepada para semua penontonnya.

USTAZ HUSIN JUSOH

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA

2213-D, KAMPUNG MAJU JAYA, JOHOR BAHRU, JOHOR

TEL : 019 – 7643034

USTAZ AZIZI MISBAH

PUSAT RAWATAN ISLAM GSHAHMISTERI

NO. 42, JALAN ITHNIN MAAROF, TAMAN LIAN SENG,

86000 KLUANG, JOHOR.

TEL : 016 – 749 5801

USTAZ MOHD HADI AHMAD TALHAH (PENGERUSI)

PUSAT PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA

LOT 4463, LORONG PENGHULU, GOMBAK SETIA,

53100 KUALA LUMPUR,

TEL : 03-6188 1789


USTAZ MOHD SUHAIMI ROZALI

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL RUQIYYAH

NO 15, JALAN 3D/6, TAMAN SETAPAK INDAH, SETAPAK,

KUALA LUMPUR.

TEL : 019-269 1525

USTAZ DR HAJI JAHID HAJI SIDEK

PUSAT RAWATAN ISLAM MANARAH

LORONG BERINGIN, BATU 17, 48050 KUANG, SELANGOR.

TEL : 019-384 5666

USTAZ ABDUL MAJID HASSAN

PUSAT RAWATAN ISLAM NUR EHSAN

LOT 2894, LORONG BERINGIN, BATU 17, 48050 KUANG SELANGOR.

TEL: 017-364 6461

USTAZ MALEK LADZIM

PUSAT RAWATAN TERAPI AL-QURAN DARUL HIKMAH

NO 17, TAMAN PULAI JAYA, KILOMETER 5, JALAN LANGGAR,

05460 ALOR STAR, KEDAH

TEL : 019-471 5253

UST MOHD SYAKIR MOHD EZMI

PUSAT RAWATAN AL-SYAKIRIN

LOT 195A LORONG HALBA, KG BAKAR KAPOR

08000 SG PETANI, KEDAH

019-5661848

USTAZ MOHD KHAIREY SAUDI.
LOT 5756 SIMPANG 4
TAMAN ADABI
KG BANGOL,
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
012-3603488

Untuk sebarang kemusykilan dan untuk pertanyaan masalah, sila ajukan kepada saya di dalam blog ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.