Proton Suprima S: teknologi transmisi ProTonic CVT tujuh kelajuan

Proton-Suprima-S 1

Proton Holdings Bhd bakal membuat kejutan sekali lagi Sabtu ini. Kali ini, syarikat pengeluar kereta nasional itu akan memperkenalkan model terbaru berkuasa turbo dengan reka bentuk sporty dan kompak yang diberi nama Suprima S.

Ia dikatakan bagi memenuhi cita rasa peminat khususnya mereka yang gemarkan gaya dan pemanduan hebat.

Lebih menarik, model terbaru itu ditampilkan dengan reka bentuk hatchback, lima pintu yang diyakini mampu memperkukuhkan daya saing bagi berdepan persaingan sengit industri automotif.

Proton juga meletakkan sasaran tinggi dengan berharap model terbarunya itu mampu menembusi pasaran global.

Sejajar dengan hasrat menggunung itu, Proton memberi penekanan terhadap spesifikasi dan mutu yang memenuhi standard antarabangsa.

Proton-Preve-Hatchback-spyshot-013

Proton-Preve-hatchback

Model berkenaan dikatakan bakal menambat hati ramai peminat kereta lebih-lebih lagi dengan adanya sentuhan teknologi Lotus yang terkenal dengan pemanduan lebih menarik serta selamat.

Secara tidak langsung, model terbaru Proton tersebut dijangka menjadi perintis kepada perubahan dalam penghasilan setiap model baru Proton pada masa depan.

Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan, model tersebut dilengkapi dengan enjin turbo 1.6 liter generasi baru Proton yang mampu menjana kuasa sama seperti enjin 2.0 liter.

Pada masa sama, pemanduan kenderaan terbaru itu lebih lancar kerana disokong dengan teknologi transmisi ProTonic CVT tujuh kelajuan.

 

DEMI MASSA: Boleh book esok…

About these ads

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s