Isu tol naik: Tutup mulut, bayar saja

Oleh: Putra Ahmad

Baik kerajaan BN atau Pakatan Harapan, langsung tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kenaikan kadar tol PLUS yang dijangka naik 5 peratus mulai 2016.

Agak mengejutkan, tahun 2038 baru konsesi tol habis! Ini bermakna, umur saya 56 tahun baru ‘tol selesai’.

Umur anda? Dan juga anak saya akan mencapai 30 tahun baru dapat tarik nafas lega.

Bayangan ini tidak mengambil kira berapa peningkatan kenaikan dan juga tidak mengambil kira berapa panjang kutipan konsesi tol dilanjutkan selepas ini.

Kita boleh cipta ‘individu hebat’ dalam parti untuk perjuang rintihan dan keresahan rakyat berhubung isu tol, tanpa mereka sedari yang kita tidak begitu bodoh bahawa perkara kenaikan ini dipersetujui dalam ‘mesyuarat pentadbiran’.

Lawak mega apa yang sedang mereka buat?

Maka, selagi kenaikan tol ditangguh, maka lanjutan konsesi tol diberikan. Bila lanjutan konsesi tol diberikan, maka selagi itu kita akan masih bayar tol.

Tidak ada sistem yang boleh rakyat lihat tol dimansuhkan. Golongan bijak pandai yang duduk dalam Majlis Profesor Negara pun gagal membantu, apatah lagi ahli-ahli politik yang masin cakap.

Setiap konsesi tol ada perjanjiannya dengan pentadbiran persekutuan. Tak payah tunggu PRU14 nak tukar, tunggu sampai PRU18 habis la tol tu.

Mahu tidak mahu, kita kena bayar juga sampai habis. Jangan bising kalau tol naik, sebab memang tak boleh buat apa dah. Itu jawapan penyelesaiannya.

Sekian.

12376221_935307636548100_388229348448435730_n

Posted in Rencana | Tagged , , , , | Leave a comment

UNICEF lahir kebimbangan Israel bunuh kanak-kanak Gaza

palestincedera_M

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melahirkan kebimbangan terhadap bilangan kanak-kanak Gaza yang maut akibat bedilan roket tentera Israel secara rambang.

Ketua Komunikasi UNICEF Catherine Weibel berkata kanak-kanak sepatutnya dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan dan dikhuatiri akan menimbulkan trauma di kalangan mereka.

“Kanak-kanak sepatutnya dilindungi daripada keganasan dan mereka tidak sepatutnya menjadi mangsa terhadap konflik peperangan.

“Anak-anak ini dikhuatiri akan trauma sepanjang hidup setelah melihat apa yang berlaku,” katanya pada Press TV pada Sabtu.

AFP juga melaporkan UNICEF mendapati hampir satu pertiga daripada kematian itu adalah kanak-kanak.

“Dari 8 Julai sehingga 4 pagi pada 19 Julai, sekurang-kurangnya 73 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh akibat daripada serangan udara dan darat.

“Di kalangan kanak-kanak yang maut, 53 adalah lelaki dan 20 adalah perempuan. Kesemua mereka berusia bawah 18 tahun.

“Malangnya, usia paling muda yang maut adalah bayi berusia tiga bulan,” kata Weibel.

palestine-M

palestine-2_L_140715

palestine_L_140715

Sementara itu, kumpulan hak asasi antarabangsa menggesa Israel menamatkan serangan ke atas Gaza berkuatkuasa serta merta.

“Ramai kanak-kanak maut dibedil roket Israel berbanding pejuang-pejuang pergerakan kumpulan Hamas,” kata sumber dalaman kumpulan tersebut.

Setakat ini, hampir 350 penduduk Gaza maut akibat serangan rejim Israel mencetuskan bantahan antarabangsa agar pembunuhan ini segara dihentikan secepat mungkin.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Empat kanak-kanak Palestin maut di pantai Gaza

BERKABUNG...Rakyat Palestin mengusung jenazah empat kanak-kanak lelaki yang maut dalam serangan pantai di Gaza. - Foto Mohammed Abed/AFP/Getty Images

BERKABUNG…Rakyat Palestin mengusung jenazah empat kanak-kanak lelaki yang maut dalam serangan pantai di Gaza. – Foto Mohammed Abed/AFP/Getty Images

Empat kanak-kanak Palestin menjadi mangsa terbaharu manakala seorang lagi berada dalam kritikal, dalam serangan terbaharu Israel, pada Rabu.

ABCNews melaporkan jurucakap tentera Tel Aviv, Ahmed Abu Hassera berkata kejadian itu berlaku di pantai Gaza ketika kanak-kanak itu sedang bermain bola sepak di pantai, kesemua mangsa berusia 15 tahun ke bawah.

Kesemua mangsa yang terkorban dikenali sebagai Ismail Bakr, 9, Ahed Bakr, 10, Zakaria Bakr, 10, dan Mohammed Bakr, 11.

Ketika letupan pertama, kesemua mereka lari untuk menyelamat diri masing-masing bagaimanapun letupan kedua menyebabkan kesemua mereka terkorban dan seorang lagi berada dalam keadaan kritikal,” kata Ahmed Abu Hassera.

Dalam pada itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Pertahanan Israel berkata kejadian tersebut akan disiasat dengan terperinci.

“Kami tidak berniat untuk mengheret orang awam ke kancah peperangan antara Hamas. Kejadian ini kami akan siasat.

“Berdasarkan kepada laporan awal, kami sasarkan roket di lokasi di mana Hamas beroperasi. Maka, kematian orang awam seperti yang dilaporkan amat kami kesali,” katanya dalam satu kenyataan.

Seramai 200 nyawa rakyat Palestin terkorban dalam serangan roket yang dilancarkan Israel dan Hamas pada hari ke sembilan.

Berikut adalah detik-detik akhir kegembiraan sekumpulan kanak-kanak yang maut di pantai Gaza.

Pada letupan pertama, empat kanak-kanak itu sedang berlari untuk menyelamatkan diri ketika bermain bola sepak di pantai Gaza.

Pada letupan pertama, empat kanak-kanak itu sedang berlari untuk menyelamatkan diri ketika bermain bola sepak di pantai Gaza.

Pada letupan kedua pula, empat kanak-kanak itu menemui ajal sebaik sahaja memasuki perkarangan sebuah bangunan di pantai Gaza.

Pada letupan kedua pula, empat kanak-kanak itu menemui ajal sebaik sahaja memasuki perkarangan sebuah bangunan di pantai Gaza.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Korban serangan di Gaza melebihi 72 nyawa

IMG-20140710-WA0014 (1)

Sekurang-kurangnya tujuh lagi dilaporkan maut dalam serangan terbaru tentera Zionis ke atas Gaza awal pagi tadi.

Ia menjadikan angka korban sejak serangan bertubi-tubi ke atas wilayah itu sejak tiga hari lalu melebihi 72 nyawa.

Laporan al Jazeera mengesahkan kebanyakan mereka yang maut terdiri daripada kanak-kanak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan 550 yang lain cedera sepanjang tempoh Regim Yahudi melancarkan operasi tentera daripada wilayah yang ditawannya.

Tel Aviv mendakwa tindakan itu dibuat bagi membalas lebih 200 serangan roket ke arahnya.

Presiden Palestin Mahmud Abbas menuduh Israel sengaja melancarkan pertumpahan darah di Gaza namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran serangan berkenaan akan ditingkatkan lagi.

Setakat ini tiada korban membabitkan pihak Israel namun Hamas menunjukkan roket yang dilancarkan pergerakan itu di seluruh Israel menyebabkan siren dibunyikan di beberapa bandar utama sehingga bunyinya didengari dari Gaza, Tel Aviv, Baitulmuqaddis, dan Haifa.

Sementara itu, bertempat di Khalili, Tebing Barat, kumpulan penunjuk perasaan Palestin bertempur dengan pihak berkuasa malam tadi.

Ia bagi membantah serangan ke atas saudara mereka di Gaza.

http://www.youtube.com/watch?v=q2vawucRFU4

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Abu Bakr al-Baghdadi diisytihar ‘Khalifah’ oleh anggota jihad di Iraq

militan 1

Anggota pergerakan jihad di Syria dan Iraq mengisytiharkn penubuhan sebuah kerajaan khalifah’ mirip kepada sistem pemerintahan yang sudah pupus hampir 100 tahun lalu dengan kejatuhan kerajaan Uthmaniah.

Dalam rakan audio yang disebarkan melalui online, pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), yang kini melancarkan ancaman di Iraq dan Syria, juga mengisytiharkan ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai ‘Khalifah’, iaitu pemimpin bagi orang Islam di semua tempat.

militan 2

“Majlis Syura Negara Islam mengadakan perjumpaan dan berbincang isu ini (kerajaan Khalifah)…Pergerakan ini memutuskan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Islam dan melantik seorang khalifah bagi negara Islam,” kata jurucakap ISIL, Abu Mohammad al-Adnani.

“Ulama jihad, Baghdadi diisytiharkan sebagai Khlafiah orang Islam,” kata Adnani.

Baghdadi “menerimanya dan menjadi pemimpin orang Islam di semua tempat.”

“Sekaligus dengan pengumuman itu, ungkapan ‘Iraq’ dan ‘Levant’ dikeluarkan daripada nama Negara Islam berkenaan dalam dokumen dan kertas rasmi,” kata Adnani.

Beliau menyifatkan kerajaan Islam itu sebagai “impian dalam hati semua orang Islam” dan “harapan untuk semua anggota jihad”.

Sistem pemerintahan khalifah itu dimansuhkan berikutan keruntuhan Empayar Uthmaniah pada 1924.

Posted in Rencana | Leave a comment

Kemelut MASEU akan cepatkan kejatuhan MAS

ong-tee-kiat-l

Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.

Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.

“Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini,” kata Ong.

Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkan mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.

Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.

“Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda,” kata Ong ketika merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan.

Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, Ong berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.

“Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.

“Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran,” katanya.

MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.

Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.

RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja.

Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.

Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang.

Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan.

Posted in Rencana | Tagged , , | Leave a comment

Video jihad rakyat Malaysia di Syria tersebar

Video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, dengan tempoh satu minit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7 telah dimuat naik ke laman YouTube pada 7 Jun lalu dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

syria-l-940x470

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

“Ya, kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar…Kesemuanya cinta syahid,” kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: “Mujahid-mujahid hensem”.

Menurut Bernama, rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di negara Timur Tengah itu.

Dalam kenyataan kelmarin, Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kenyataan itu merujuk pada dakwaan bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.

Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

Posted in Uncategorized | Tagged , , | Leave a comment
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 111 other followers