Ancaman Pedofilia

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

 

 Dunia Pedofilia

 

Nafsu…nafsu…nafsu.

Tak habis-habis tindakan si kejam ini.

Sudahlah perlakuan sumbang seks mereka menghancurkan maruah kanak-kanak, tak kira kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Malah, perilaku sebegini turut mengancam nyawa mereka.

 Nurin Jazlin Jazimin

 

DEMI MASA cuba mengambil iktibar daripada kes si comel…Nurin Jazmin Jazimin.

Menjadi mangsa yang cukup malang kepada seorang pembunuh sakit jiwa.

Begitu kejam!

Nurin Jazlin…pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, Kuala Lumpur.

Dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Usaha pelbagai pihak mencari Nurin selama sebulan di Kuala Lumpur dan beberapa negeri di seluruh negara gagal menemui kanak-kanak ini.

 Bagaimanapun, pada 17 September lalu, selepas 27 hari kehilangan Nurin Jazlin, orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat kanak-kanak perempuan tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks, di dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48 Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.

 Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan terbabit.

 Badah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak ini, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor punca kematiannya.

 Mengapa kejadian ini berlaku?

 “Kemaruk seks iaitu ghairah terhadap kanak-kanak membuktikan gejala ini berkait rapat dengan tingkah laku seks, pedofilia,” kata Mohamad Yaakob, Pensyarah Media Psikologi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, baru-baru ini.

Menurutnya, makna pedofilia iaitu kecelaruan tingkah laku seks di mana individu menpunyai masalah psikologi yang tertarik dengan kanak-kanak bawah umur 12 tahun,  di mana dia mampu berimaginasi seks terhadap kanak-kanak tersebut.

 Siapa…tidak dikenal pasti

 

Mereka yang mempunyai tingkahlaku pedofilia ini sukar dikenalpasti.

Yang lebih mengejutkan, kemiskinan… antara punca wujudnya fenomena ini.

“Kemiskinan punca semakin bertambah kes pedofilia kerana orang miskin tidak mempunyai wang untuk berhibur di luar, hanya duduk di rumah lantas berfikir mengenai seks.”

 Kanak-kanak Jalanan

 

Antara faktor terjadinya pedofilia adalah perkembangan tumbesaran kanak-kanak di mana kajian lebih daripada 50 peratus individu yang mempunyai pemikiran pedofilia ini terjadi semasa zaman kanak-kanaknya diganggu secara seks oleh orang dewasa yang lain.

Yang kedua, pembelajaran melalui media dan internet mengenai pornografi mudah didapati dan akhirnya menyebabkan orang lain tertarik dengan tingkah laku ini.

Selain itu, faktor sosial menyebabkan si perilaku tidak mempunyai ramai kawan kerana pengalaman silam di mana perhubungannya akan beralih kepada kanak-kanak.

Akhirnya, si perilaku pernah mengalami gangguan zaman perkembangan semasa kanak-kanak seperti suka menyimpan permainan kanak-kanak.

 Neraka Di Lorong Gelap

 

Di seluruh dunia, lebih sejuta kanak-kanak dieksplotasi dalam industri seks sepanjang tahun.

Negara-negara Asia seperti Thailand, Myanmar dan Laos malah Kemboja turut tidak  terlepas daripada permasalahan ini.

Sampel kes di Kemboja misalnya, 50 hingga 100 ribu golongan wanita terlibat dalam industri seks, di mana 30 peratus daripadanya adalah kanak-kanak perempuan.

Kemiskinan, punca mereka terheret dalam kancah pelacuran.

Industri ini larus dengan permintaan pelanggan lelaki tak kira usia yang ketagih khidmat seks kanak-kanak.

“Semua ini berpunca daripada mereka yang mengikut naluri nafsu yang tak terkawal kerana kekosongan ilmu agama. Inilah yang kita lihat lelaki gila seks bermula daripada unsur-unsur luar kawalan, iaitu bertindak mengikut naluri yang mendorong minat yang terlalu mendalam,” kata Ustaz Masridzi Sat, Pengerusi Pertubuhan Darul Islah Malaysia (PERKID).

 

 Siapa Pembunuhnya..?

Menurutnya, gejala penyakit gila seks hingga terbawa kepada keluarga boleh membawa kemusnahan moral manusia pada masa akan datang.

“Nasihat kepada orang ketagih seks, Islam menggalakkan supaya berkahwin dan sibukkan diri dengan melakukan ibadat kepadaNya,” katanya lagi.

Pelbagai pihak harus memainkan peranan masing-masing, agar kita tidak lagi mendengar berita-berita yang menyayat hati.

Secara ringkas, tersembunyi dua sifat yang biasanya wujud pada pembunuh jenis ini iaitu keluarbiasaan seksual dan keinginan untuk berkuasa.

Ini profil manusia haiwan yang masih berkeliaran dalam masyarakat.

Cukuplah sekadar kekejaman disiarkan di dada-dada akhbar.

Biar apapun persepsi masyarakat, namun kita tidak dapat lari kerana inilah realitinya.

Yang menjadi mangsa, generasi baru…kanak-kanak.

DEMI MASA mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan jagalah anak anda supaya kejadian yang sama tidak berulang.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Ancaman Pedofilia

  1. MAYA QASHURGI BINTI RAIS says:

    ASSALAMMUALAIKUM…. SAUDARA PENULIS… SAYA PUJI DENGAN PENULISAN ANDA TERHADAP SETIAP TOPIK YANG ANDA TELAH UTARAKAN.. DIHARAP SETIAP ORANG YANG MEMBACANYA PENUH DENGAN PENGHAYATAN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s