Derita Palestin…

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Mencari Kedamaian…

Peperangan…penaklukan…penindasan dan pengeboman menjadi warna wajib dalam kanvas sejarah ketamadunan manusia.

Kanvas kehidupan ini kian berwarna bila alam juga turut mengukum.

Sampai bila ianya berakhir?

DEMI MASA berkenalan Imad Husaid, penuntut International Institute For Muslim Unity di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, membincangkan luahan hati dan rintihan mereka.

Batu Daulat

Palestin, negara berdaulat.

Terletak di kawasan Timur Tengah, status politiknya masih dalam perdebatan.

Wilayahnya kini sedang dijajah Israel.

Maruah kedaulatan negara ini terhakis akibat kekejaman rejim Israel.

Penaklukan dan peperangan, semuanya dalam ungkapan penindasan terhadap umat Islam.

Tangisan Duka

Tangisan kanak-kanak tiada siapa yang dengari.

Rintihan mereka supaya dunia menamatkan segera peperangan ini, tidak siapa yang peduli.

Sehingga hari ini, masih belum nampak sinar keamanan di Palestin.

“Sepatutnya peperangan ini telah lama berakhir. Sejak saya lahir sehingga sekarang, peperangan masih lagi berlaku. Saya berasa ianya memakan masa yang berpanjangan,” kata Iman Husaid.

Lebih merumitkan, rakyat Palestin terus dihimpit oleh perlakuan ganas dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv dalam memperjuangkan pembebasan tanah air mereka.

“Jadi, ini adalah tidak adil. Ketidakadilan untuk rakyat Palestin dari awal lagi, kerana masyarakat hidup dalam suasana yang tidak menentu dan tidak ada penyelesaian. Tidak ada penyelesaian hingga kini,” katanya.

“Israel cuba mendapatkan sokongan dari negara luar terutamanya sekutu terdekat Amerika Syarikat dan melalui media menyebabkan seluruh rakyat Palestin berada dalam kemurungan. Kami tidak mendapat peluang untuk menyuarakan pendapat dan sokongan dari luar,” tambahnya.

Aduhai…

Semuanya ada kaitan dengan kepentingan AS yang mahu menguasai Asia Barat kerana khazanah minyaknya.

AS tahu apabila menguasai minyak, ianya dapat menguasai ekonomi dunia dan mudah mengekalkan kedudukan sebagai kuasa besar dunia.

Laut rebutan dunia

Selain itu, laluan di Asia Barat yang berkait rapat dengan Laut Mediterranean, Laut Merah dan Laut Mati menjadi rebutan kerana di situlah letaknya pertemuan tiga benua.

Keganasan berterusan.

Insiden pengebom berani mati semakin meningkat.

Yang pasti, perjuangan Hamas dan juga Fatah tidak akan berdiam diri.

Kini, Israel meraikan ulang tahun ke-40 pendudukan Israel di Tebing Barat.

40 tahun menjarah tanah Palestin.

Al-Aqsa dijarah…

Isu ini akan berterusan dengan usaha penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa dan juga perancangan rejim Zionis untuk meyahudikan Kota Baitulmaqdis.

Kehidupan sangat sinonim dengan penderitaan di bumi Palestin.

Beratus-ratus sekatan jalan raya oleh Israel bagi menghalang mereka bergerak bebas di Tebing Barat dan Gaza.

Lebih daripada itu, mereka terpencil daripada dunia luar, dan hidup mereka dibelenggu tentera Israel.

Jatuhkan…Jatuhkan…Demi Kebebasanmu

Israel membina tembok di sepanjang Tebing Barat, tetapi memasuki beberapa wilayah milik Palestin.

Alasan kepada pembinaan ini adalah bagi menghalang penyerang berani mati Palestin memasuki Israel.

Tetapi realitinya, inilah tembok yang menandakan sempadan masa.

Harapan wujudnya sebuah perdamaian di masa lampau, realiti keganasan dan kebencian di masa depan.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s