Cerita Dari Mindanao (Part 1)

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

 

Cotabato

 

Sejak 400 tahun lalu, bumi Mindanao tidak pernah aman.

Dari penjajahan era Sepanyol, hinggalah ke era Amerika dan Filipina, wilayah ini kerap bergolak dengan peperangan.

Sejarah mencatatkan rakyat Mindanao hanya mahukan kemerdekaan… kemerdekaan yang tidak dikecapi hingga kini.

Mindanao…merupakan pulau terbesar kedua di Filipina, dari tiga kelompok pulau utama…Luzon dan Visayas.

Mindanao yang terletak di selatan Filipina adalah kawasan majoritinya kaum Muslim bangsa Moro.

Lima abad melawan penjajahan Sepanyol, Amerika, penaklukan Jepun dan Filipina ditempuh bangsa Moro melalui peperangan bagi meraih kemerdekaan.

Namun, pembahagian pola pemilikan tanah yang tidak adil dan kebanjiran pendatang luar ke wilayah ini menimbulkan kemarahan bangsa Moro yang miskin dan tersisih selama ratusan tahun.

Akibat dari penindasan, mereka bertekad keluar dari kepompong jajahan, melalui peperangan.

Dan kini, dunia sering menyalahtafsirkan perjuangan mereka.

Kecaman demi kecaman mereka hadapi sehingga ada yang menganggap bangsa Moro adalah pengganas.

Di Mindanao, kepadatan penduduk seramai 20 juta orang, yang mana suku juta daripadanya adalah Muslim Moro.

Terdapat 13 etnik bangsa Moro iaitu Maguindanao, Maranao, Tausug, Iranun, Sama, Yakan, Bajau, Jama Mapun, Kalagan, Kalibugan, Sangil, Molbog dan Palawani.

Namun, siapakah bangsa Moro?

Menurutnya, bangsa Moro begitu nekad memperjuang nasib bangsanya sehingga ke titisan darah terakhir.

Islam tiba di tanah Moro pada 1210, diperkenalkan pedagang dan mubaligh Arab.

philmap2a.jpg

 

Tidak lama selepas itu, Kesultanan Islam diwujudkan dengan Sultan Sulu memerintah Basilan, Tawi-Tawi dan Palawan manakala Sultan Maguindanao menguasai kawasan yang kini digelar Moroland.

Apabila Ferdinand Magellan sampai ke Pulau Mactan berdekatan Cebu, dalam cubaan mengelilingi dunia, beliau menyedari bahawa terdapat etnik Muslim Moro yang menapoli kepulauan tersebut

316150631_6c10c46061.jpg

 

Sewaktu Magellan dibunuh oleh Datu Lapu-Lapu pada 1521, bermulalah detik sejarah berdarah

Kedatangan penjajah Sepanyol pada kurun ke 16 mendapat tentangan sengit penduduk Moro selama 300 tahun.

Pada 1898, satu perjanjian ditandatangani Amerika dan Sepanyol, di mana Sepanyol bersetuju untuk menyerahkan tanah jajahannya, Filipina kepada pihak Amerika.

Apa yang pelik, walaupun pihak Sepanyol tidak berjaya menguasai kepulauan di selatan, kawasan tersebut turut ‘dipindah milik’ kepada Amerika.

Apabila tentera Amerika tiba di Filipina, antara tugas utama mereka ialah untuk menamatkan persengketaan yang telah lama berlaku di Selatan Filipina dengan cara rundingan.

Perkara ini dipersetujui oleh sultan-sultan Moro dan pada 1899, perjanjian ‘Kiram-Bates’ ditandatangani dengan persetujuan pihak Amerika bahawa mereka tidak akan campur tangan dalam urusan dalam Kesultanan Moro.

300px-fdr0216.jpg

 

Namun pada Mac 1904, Presiden Roosevelt tanpa meminta pandangan pihak Moro telah membatalkan perjanjian ini.

Penentangan Moro berlaku semula dan berlarutan selama 47 tahun.

Selepas perang Dunia Kedua pada 1946, pihak Amerika telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina.

Tanpa diduga, tanah bangsa Moro dijadikan sebahagian kawasan Filipina.

Peristiwa imi membuka satu lagi episod keganasan ke atas umat Islam di Selatan Filipina.

mnlf-camp.jpg

 

Moro National Liberation Front (MNLF) atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro merupakan organisasi awal dalam meneruskan perjuangan bangsa Moro.

Menurutnya, penubuhan MNLF berjaya menyatukan bangsa Moro melalui pimpinan Nur Misuari.

Namun, penyatuan ini hanya seketika ekoran perselisihan fahaman dan haluan para pemimpin kanan.

Kesannya, ketidaksefahaman ini mewujudkan perpecahan di kalangan bangsa Moro.

nur-misuari4.jpg

 

Pada 1996, hasil rundingan damai dipersetujui antara Filipina dan MNLF yang mana wujud Kawasan Autonomi Muslim Mindanao atau ARRM dipimpin Nur Misuari yang dilantik menjadi Gabenor.

Pentadbiran Nur Misuari tidak kekal lama.

Misuari akhirnya ditahan atas tuduh melancarkan pemberontakan serangan ke atas Manila ketika dia tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Gabenor Wilayah pada November 2001.

Kesempatan ini diambil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk mengetuai pasukan rundingan damai dengan Filipina di mana Malaysia memainkan peranan sebagai pihak ketiga

 

Walaupun Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF berpecah, namun matlamat mereka sama, bezanya adalah strategi

Walaupun bangsa Moro dijajah dan berperang mempertahankan tanah air, mereka tetap tidak mengalah kerana perjuangan ini adalah perjuangan nenek moyang mereka.

Malah, dunia juga turut mengakui kehidupan bangsa Moro tersisih sejak dahulu lagi.

Malah, tekanan demi tekanan dialami bangsa Moro apabila laporan media Barat mengaitkan MILF dengan pertubuhan rangkaian pengganas.

dsc_0276.jpg

Apabila menyentuh pandangan mengenai perjuangan kumpulan Abu Sayaf, nyata pendekatan mereka terlalu radikal.

askandar.jpg

Dalam setiap rundingan bagi sesebuah negara berkonflik, Dr Kamarulzaman menegaskan terdapat beberapa tahap yang perlu dilalui bagi mencapai persefahaman.

Rundingan keamanan antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertemu di Kuala Lumpur bagi mencari penyelesaian terhadap konflik di Mindanao.

Panel keamanan Manila diketuai Rodolfo Garcia, dan ketua perunding MILF diketuai Mohagder Iqbal.

kedua-dua pihak berusaha mencari jalan ke arah memuktamadkan memorandum persefahaman mengenai tuntutan wilayah.

Ketua Pemudahcara Rundingan Damai, Datuk Othman Abdul Razak yang juga penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak isu dibincangkan sebelum persetujuan dicapai.

Namun, perkara yang paling penting bagi kedua pihak untuk mengkaji tempoh peralihan dalam jangka masa lima hingga enam tahun.

Beliau berkata kedua-dua pihak dan Malaysia ingin melihat keamanan yang berkekalan di Mindanao bagi mengelak sebarang keganasan yang boleh menggugat kestabilan.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan mengandungi resolusi isu-isu yang masih dibincangkan, termasuk yang berkaitan dengan warisan wilayah kekuasaan. Paling penting isu yang merujuk kepada tuntutan MILF terhadap wilayah untuk menjadikan tanah air kaum Muslim.

Beliau berkata kedua-dua pihak dan Malaysia ingin melihat keamanan yang berkekalan di Mindanao bagi mengelak sebarang keganasan yang menggugat kestabilan.

img65272_t.jpg

Ketua Perunding MILF Mohagder Iqbal berkata barisannya komited dalam memperjuangkan tanah air bangsa Moro di Mindanao.

Kemerdekaan…inilah yang bangsa Moro mahukan.

Dr Kamarulzaman menyuarakan pandangannya mengenai persamaan konflik tiga negara di Asia.

Apa yang penting, prinsip keadilan menjadi perkara utama dalam perjuangan hak asasi manusia.

Kebangkitan rakyat Moro menentang adalah kesinambungan daripada perjuangan yang berabad lamanya.

Selepas lebih 30 tahun berjuang di wilayah ini, keadaan tidak banyak berubah dari segi politik.

 

Bersambung… Part 2

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Cerita Dari Mindanao (Part 1)

  1. Aeddie Jaafar says:

    Asssalamualaikum,

    Saya sangat tertarik menyaksikan dokumentari yang dihasilkan dan menyaksikannya melalui channel oasis di astro.

    Saya pernah bertugas di mindanao selama setahun selaku tim pemantau antarabangsa bersama tentera malaysia di Cotabato City pada Sep 2005 – Sep 2006, dan pengalaman disana adalah sangat-sangat berharga, menyaksikan kehidupan bangsa moro, sama seperti yang encik hasilkan dalam dokumentari tersebut.

    Kenapa dalam dokumentari tersebut encik tidak ada melawat markas Tim Pemantau Antarabangsa, Tentera Malaysia di Cotabato? Dimana saya dapat mendapatkan/membeli VCD/DVD ‘cerita dari Mondanao’?

    Terima Kasih, che

  2. massa121 says:

    waalaikumsalam,

    terima kasih kerana menonton Dokumentari Cerita Dari Mindanao. Memang pengalaman berada di sana amat menarik dan sukar untuk dijual beli.
    Bagi saya, bukan mudah untuk kami masuk ke sana. Untuk pengetahuan saudara, sebelum kedatangan kami ke mindanao, kami ada memohon untuk melakukan penggambaran IMT Malaysia di sana, tetapi permohonan kami tidak mendapat respon. jadi, kami mengambil keputusan untuk masuk walaupun risikonya amat tinggi. Kami berkesempatan masuk ke dalam kem IMT di Cotabato City, berjumpa dan beramah mesra dengan Koperal Badrul dan Raja Saiful serta anggota-anggota yang lain.

    Untuk mendapatkan DVD dokumentari ini, sila email kepada saya di massa_shah@yahoo.com.my

    Sekian.

  3. damia says:

    assalamualaikum…
    very good info…i can make this article as reference for my assgnment..:)
    tq…

  4. pendekar Ghaib. says:

    milf hanya pengacau selama ini..sebap dorang kene sogok oleh kerajaan filipina…mereka yang memecahbelahkan MLNF,supaya tidak mendapat kemerdekaan….sekarang hanya mereka telah TULAH(menerima balasan) atas perbuatan mereka itu..esok mindanao akan mencapai kemenangan yang diketuai Pof.Nur MIsuari..Allahuakbar..

  5. pendekar ghaib says:

    Usaha MLNF membawa bangsamoro keluar dari pemerintah kuku besi..InsyaAllah akan berjaya….

  6. azrin says:

    tak kira milf ka mnlf. . . Perjuangan eto sama saje. Bro. . . Bersatu la kita. . . Xkira apa jugak dugaan nya. . Eto la kunci kejayaan. Bro?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s