Pemeteraian Perjanjian Filipina-MILF Ditangguhkan

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) — Majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengenai Wilayah Kekuasaan Turun Temurun yang dijadual di sini pada Selasa ditangguhkan berikutan pertikaian kehakiman di Manila, kata Setiausaha Luar Filipina Dr Alberto G. Romulo.

Beliau percaya kelewatan ini adalah sementara dan boleh diselesaikan secepat mungkin kerana isu perjanjian itu bukanlah dalam persoalan tetapi Mahkamah Agung memutuskan mengenai isu prosedur semalam.

“Kerajaan (Filipina) akan mengemukakan kes kita di Mahkamah Agung mengenai kenapa kita harus meneruskan menandatangani perjanjian tersebut kerana ini akan menyumbang kepada satu isu besar mengenai keamanan dan kestabilan di selatan Filipina,” katanya pada persidangan bersama dengan rakan sejawatan beliau dari Malaysia Datuk Seri Dr Rais Yatim di Wisma Putra di sini.

Dr Romulo berkata perjanjian itu dirangka mengikut Perlembagaan Filipina dan rangka kerja undang-undang, tambahan ia tidak perlu untuk dimuktamadkan lagi berikutan dengan perkembangan semalam.

Kedua-dua pihak dijadual menandatangani perjanjian itu pada pukul 11 pagi di Marriott Hotel dekat sini, perjanjian itu menyentuh kawasan kekuasaan turun temurun, wilayah, sumber asli dan pentadbiran sebuah wilayah autonomi selatan Filipina oleh Bangsamoro.

Mahkamah Agung Filipina semalam menghalang perjanjian awal yang membenarkan Muslim minoriti memperluaskan wilayahnya sebagai sebahagian perjanjian untuk menamatkan pemberontakan bangsa Islam yang berdekad lamanya.

Mahkamah itu mengeluarkan perintah menghalang sementara setelah ahli politik beragama Kristian dari wilayah selatan Cotabato Utara membantah perjanjian tersebut kerana kerajaan gagal untuk membuat pemberitahuan umum mengenai isu kandungannya.

Dilaporkan bahawa mahkamah itu memerintahkan kerajaan tersebut untuk mengemukakan satu rangka perjanjian berkenaan lewat minggu ini, dan mempertahankan meritnya dalam penghujahan lisan pada 15 Ogos.

Dr Romulo berkata kedua-dua pihak — kerajaan Filipina dan MILF — ada kesungguhan politik untuk meneruskan menandatangani perjanjian tersebut dan berharap untuk satu perjanjian akhir yang menyeluruh.

Ditanya sama ada perkembangan terbaru ini akan menambahkan lagi ketegangan di selatan Filipina, Dr Romulo berkata kerajaan akan ke seluruh negara dan juga selatan Filipina untuk menerangkan isu tersebut.

Menjawab isu yang sama, Rais berkata : “Kita lihat dari perspektif yang luas (keamanan dan kestabilan berkekalan di selatan Filipina). Bagi mereka yang suka keseronokan, tidak ada masa untuk keseronokan seperti itu.

“Kita hendaklah melihat dari segi positif.”

Mengenai kehadiran Pasukan Pemantauan Antarabangsa (IMT) yang diketuai Malaysia, Rais berkata beliau akan memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkembangan dan mencadangkan supaya Malaysia meneruskan peranannya di sana dan ini bergantung kepada keputusan kerajaan Filipina.

Dr Romulo berkata proses pemantauan berjalan lancar dan beliau menghargai sumbangan Malaysia dan negara-negara lain.

Rais berkata beliau kecewa bahawa majlis menandatangani perjanjian ini tidak dapat dilakukan kerana ia akan menjadi satu acara yang tidak dapat dilupakan sejak empat dekad lepas.

Beliau berharap perkembangan mengenai perkara ini boleh dibincangkan pada Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Filipina di Filipina pada 21 Ogos.

Malaysia memainkan peranan sebagai perantara bagi memudahkan rundingan tersebut antara kerajaan Filipina dan MILF sejak tujuh tahun lepas.

— BERNAMA

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s