Perjanjian tangguh: MILF, tentera bertempur di Mindanao

COTABATO 5 Ogos – Pejuang pemisah dan tentera Manila di selatan Mindanao saling berbalas serangan mortar sejak semalam selepas Mahkamah Agung Filipina mengeluarkan arahan untuk menghentikan perjanjian penyerahan kuasa autonomi kepada penduduk Islam.

Menurut pihak tentera, serangan mortar oleh sekumpulan anggota Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang tidak diketahui jumlahnya itu dilancarkan ke atas pos tentera berhampiran bandar Midsayap di selatan Mindanao, lewat semalam.

Pihak tentera berkata, pejuang telah mengambil kedudukan di pinggir bandar dengan menghalau lebih 300 keluarga, sekali gus mencabuli gencatan senjata yang dimeterai pada 2003.

“Anggota MILF itu telah melancarkan berbelas-belas tembakan mortar ke arah pihak tentera.

“Kami membalas tembakan tersebut namun masih belum ada laporan mengenai korban atau kecederaan,” kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Julieto Ando.

Jelasnya, kumpulan pemisah yang melancarkan serangan didapati melanggar arahan pucuk pimpinan MILF yang mahu mereka meninggalkan kawasan itu ketika kedua-dua pihak merundingkan perjanjian.

Serangan berlaku selepas Mahkamah Agung di Manila menghalang kerajaan daripada menandatangani perjanjian yang memberikan MILF kuasa pentadbiran dan ekonomi di kawasan semi-autonomi di selatan Mindanao.

Perjanjian tersebut sepatutnya ditandatangani di Malaysia hari ini namun perintah mahkamah itu kini menjadi batu penghalang baru kepada perjuangan MILF selama hampir empat dekad untuk menubuhkan wilayah Islam di selatan Filipina.

– AFP

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s