Tempoh 24 jam: Manila gesa MILF berundur!

MANILA 7 Ogos – Kerajaan Filipina hari ini memberi tempoh 24 jam kepada pejuang pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk meninggalkan kampung-kampung yang diduduki di selatan negara ini atau menghadapi risiko diusir oleh tentera.

Setiausaha Dalam Negeri, Ronaldo Puno berkata, beberapa kampung di wilayah Cotabato Utara di Mindanao diduduki oleh gerila MILF sejak beberapa hari lalu, menyebabkan ribuan penduduk melarikan diri.

“Kami memberi 24 jam kepada individu-individu terlibat untuk beredar dari kampung berkenaan atau mereka akan diusir dengan kekerasan,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun jurucakap MILF, Eid Kabalu menegaskan anggota beliau tidak akan berganjak dan kerajaan hendaklah memberikan “senarai khusus” kawasan yang didakwa dicerobohi.

“Kami tidak pernah mencerobohi mana-mana kawasan, malah anggota kami telah lama tinggal di Cotabato Utara.

“Kerajaan membuat kenyataan kurang hati-hati yang boleh menimbulkan lebih banyak masalah,” kata Eid.

Pertempuran kecil telah meletus antara MILF dengan askar kerajaan di selatan sejak Isnin lalu selepas Mahkamah Agung menghalang kerajaan menandatangani perjanjian dengan MILF untuk mewujudkan tanah air sendiri bagi penduduk Islam.

MILF yang mempunyai 12,000 anggota menegaskan Manila tidak boleh memungkiri perjanjian tersebut yang memberi autonomi meluas kepada mereka ke atas banyak kawasan di pulau-pulau Mindanao, Palawan dan Sulu.

– AFP

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s