Ini komen Pak Lah

Jangan perleceh sumpah Saiful – PM

BUTTERWORTH 17 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya Mohd. Saiful Bukhari Azlan tentunya menyedari balasan Tuhan terhadap sumpah yang dilafazkannya jika beliau berbohong bagi membuktikan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sumpah yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu Jumaat lalu merupakan pilihan Mohd. Saiful sendiri yang tidak boleh dipaksa.

Bersumpah, kata Abdullah, merupakan perkara yang berat dan tidak mudah bagi seseorang melakukannya atas nama Allah SWT.

“Mungkin ia dipertikaikan sesetengah pihak kerana (cara bersumpah itu) tidak betul tetapi hatinya (Mohd. Saiful) ada sesuatu berupa niat hendak melahirkan sesuatu atas nama Allah, kita perlu memahami dan tidak memperlecehkannya.

“Kadangkala kita lupa ‘orang kecil’ seperti dia yang perlukan pembelaan dan kita pula keluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak baik dan tidak menghiraukan (sumpah) dia,” katanya.

Perdana Menteri ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan guru-guru Kelas Asas Fardu Ain (Kafa) Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Abdullah mengulas tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang mempersoalkan cara Mohd. Saiful melakukan upacara sumpah laknat berkenaan.

Menurut beliau, pada masa sama para pemimpin agama dan orang ramai menyifatkan langkah itu sesuatu yang berani dan pemuda itu sudah pasti menyedari risiko balasan Tuhan sekiranya berbohong.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd. Saiful mengotakan janjinya bersumpah mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar

Dalam upacara itu, beliau menghadap kiblat sebelum melafazkan sumpah berikut: “Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 14 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan nombor kad pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut: “A’uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga ke kiamat. Wallahualam.”

Sebelum lafaz itu, beliau mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.

Abdullah seterusnya meminta semua pihak supaya jangan membuat interpretasi tertentu terhadap tindakan Mohd. Saiful kerana apabila bersumpah, sudah tentu bekas pembantu peribadi Anwar itu menyedari apa yang dilaluinya (diliwat) itu amat serius sehingga laporan polis terpaksa dibuat.

“Jangan kita lupa, dia (Mohd. Saiful) yang meminta pembelaan, dia yang jadi mangsa tetapi pihak yang tertuduh pula hendak kita utamakan,” katanya.

Ditanya sama ada Anwar perlu mengikut langkah Mohd. Saiful bersumpah bagi menafikan dakwaan meliwat itu, Perdana Menteri berkata:

“Itu hak dialah, biarlah dia tentukan apa dia nak buat.”

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

DEMI MASSA: Ntah…tak tau ape nak cakap.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s