Wilayah Moro terus bergolak…

MILF isytihar perang habis-habisan

20/08/2008 12:25pm

 

MANILA 20 Ogos – Komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Abdurahman Macapaar hari ini mengisytiharkan “perang habis-habisan” menentang kerajaan.

Beliau yang turut dikenali sebagai Komander Bravo berkata, pejuang mujahidin MILF bersedia untuk mati dalam pertempuran dengan tentera kerajaan.

“Kami sedia untuk bertempur dengan mereka (pihak tentera) sehingga mereka dihapuskan.

“Jika mereka gagal memusnahkan kami, kami akan memusnahkan mereka,” katanya melalui stesen radio Mindanao Networks.

Menurut Abdurahman, pejuang “mujahidin” MILF yang marah dengan kegagalan kerajaan menandatangani perjanjian penyerahan wilayah, telah menyerang beberapa perkampungan dan pekan penduduk Kristian di Lanao del Norte kelmarin, menyebabkan 38 penduduk terkorban.

“Apa yang diinginkan oleh penduduk Islam ialah keadilan di Mindanao,” katanya merujuk kepada wilayah yang dituntut oleh MILF sejak 1978.

Abdurahman merupakan seorang pemimpin kanan MILF yang mengawal sebahagian besar wilayah pergunungan Lanao di Mindanao. – AFP

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm

DEMI MASSA: Siapa serang siapa…mujur aku dah pergi dulu. hehehhe Comfirm umat Islam Moro akan menang jika peperangan bermula.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s