Jelajah Expose Mistik Siri 2

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Pada hari ini, krew Expose Mistik bertuah kerana dapat bertemu dengan seorang penggiat teater dan seni filem yang termashyur di Indonesia.

Sebut je namanya di seluruh Indonesia, pasti gema sokongan diberikan kepadanya.

WAK aka KHALID SALLEH

WAK aka KHALID SALLEH

Namanya adalah Embie C. Noer, seorang rakan karib WAK atau KHALID SALLEH.

Beliau boleh dikatakan seniman terhebat di Indonesia, malah di peringkat antarabangsa.

Embie C.Noer

Embie C.Noer

Untuk pengetahuan semua, Embie C. Noer pernah berkoloberasi bersama pengarah U-Wei Saari dalam filem Kaki Bakar sebagai Penata Muzik atau Music Score hinggakan sumbangannya banyak membantu filem tersebut memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Brussels.

Selain beramah mesra, kami sempat meluangkan masa menziarahi ke rumahnya sebagai tanda hormat kami kepadanya.

Di kesempatan ini, kami juga sempat bertukar fikiran mengenai budaya perfileman di Malaysia dan budaya perfileman di Indonesia. Malah, perbincangan kami tidak terhenti di situ. Embie C.Noer juga masih sempat untuk memberi pandangan dan buah fikiran bagaimana mahu meningkatkan kualiti dari segi pembikinan dokumentari seperti Expose Mistik. Dan kami juga tidak

Penulis bersama Embie C.Noer dan Khalid Salleh sedang bertukar pandangan mengenai seni perfileman dan teater.

Penulis bersama Embie C.Noer dan Khalid Salleh sedang bertukar pandangan mengenai seni perfileman dan teater.

segan dan silu untuk bertanyakan mengenai tempat perubatan Islam untuk dirakamkan. Banyak pertukaran idea berlaku di sini, dan saya amat beruntung kerana pertemuan yang tidak dijangka ini memberi makna kepada saya.

Apa-apa pun, perjalanan penggembaraan Expose Mistik tetap diteruskan dalam usaha mencari pengamal-pengamal perubatan Islam di samping dapat mengangkat martabat perubatan Islam di kalangan masyarakat di Malaysia.

Apa yang penting, jiwa dan seni sukar untuk dipisahkan bagi golongan-golongan sastera seperti WAK dan EMBIE.

DEMI MASSA: Aku nak jadi orang filem suatu hari nanti.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s