Politik adalah kemungkinan…

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Aku tertarik membaca laporan di bawah. Artikel ini ditulis oleh Zulkifli Sulong, dalam blog The Malaysian Insider. Sila baca dan amati senario politik di Malaysia.

 
Kebencian kepada Anwar dorong Mahathir sertai Umno semula?
SEPT 12 Mengejutkan… tetapi politik semua boleh jadi. Sebagaimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, politik adalah serba kemungkinan. Hari ini lawan, besok boleh jadi lawan kita. Walaupun berjanji tidak akan menyertai Umno selagi ia dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir khabarnya akan menyertai Umno semula. Ia dimaklumkan kepada media oleh Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Abdullah selaku Presiden Umno tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap keinginan Dr Mahathir itu apabila ditanya oleh wartawan. Beliau berkata, -tumpuan perbincangan hari ini adalah kes Ahmad Ismail”. Namun selepas beberapa hari berlalu pun, Abdullah tidak membuat sebarang komen terhadap keinginan Mahathir itu.

Walaupun begitu, Abdullah secara tidak langsung melampiaskan kemarahannya kepada Muhyidin ekoran kenyataan Muhyidin yang lain iaitu meminta pelan peralihan kuasa dipercepatkan.

Ia sangat mengejutkan kerana ia keluar dari salah seorang anggota kabinetnya padahal telah dipersetujui oleh semua pihak sebelum ini, kata Abdullah.

Saya tidak tertarik dengan pelan peralihan kuasa dalam Umno. Saya lebih tertarik dengan berita Mahathir akan masuk semula dalam Umno. Yang menarik juga, ia bakal dibawa oleh Muhyidin. Yang menarik juga kenyataan rakan rapat Mahathir, Tan Sri Sanusi Junid bahawa “Mahathir akan menyokong Tengku Razaleigh Hamzah untuk merebut jawatan presiden Umno dari Abdullah.”

Kenapa jadi begini?

Bagi saya, tindakan Dr Mahathir ini lebih didorong oleh kebencian beliau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kesukaan beliau untuk menyokong Razaleigh.

Saya mendapat maklumat yang agak jelas, Tengku Razaleigh akan mengetuai pasukan anggota Parlimen Umno untuk menyertai Anwar bagi membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat. Kemasukan Tengku Razaleigh dalam agenda Anwar untuk membentuk kerajaan baru banyak menyelesaikan masalah dalam Pakatan sebenarnya.

Anwar berdepan dengan dilema bilangan anggota Parlimen bukan Islam yang ramai mahu menyertai beliau. Ini menyebabkan keseimbangan kaum tidak berlaku dalam kerajaan baru Pakatan. Lebih jelas lagi, kerajaan baru Pakatan pimpinan Anwar ini akan bermajoritikan anggota Parlimen bukan Islam dan bukan Melayu. Ini bermakna, kerajaan ini tidak melambangkan komposisi kaum di Malaysia. Dengan sendiri kerajaan ini tidak akan stabil.

Keadaan ini juga amat dibimbangi oleh Pas, rakan penting Anwar dalam Pakatan. Bahkan Pas dikatakan akan mengkaji kedudukannya dalam kerajaan baru itu kalau suasana itu benar-benar berlaku.

Penghijrahan besar-besaran anggota Parlimen bukan Melayu dari BN kepada Pakatan tidak boleh disekat lagi oleh mana-mana pihak. Ia ditambah lagi dengan isu yang dibawa oleh datuk Ahmad -bendera- Ismail. Kenyataan dan tindakan ganas para penyokong beliau tidak boleh diterima lagi oleh orang, khasnya masyarakat. Tambahan lagi ia berlaku di negeri yang Umnonya dipimpin oleh Abdullah sendiri. Kalau Umno Pulau Pinang yang kecil tidak boleh dikawal Abdullah, apatah lagi Umno Malaysia yang lebih besar. Ini sudah menjadi pandangan ramai.

Jadi, melalui kemasukan Tengku Razaleigh dan pasukannya ke dalam Pakatan, ia akan memperkukuhkan faktor Melayu dalam barisan baru politik Malaysia itu. Dengan kemasukan kumpulan ini juga, faktor timbalan perdana menteri juga selesai. Sudah tentu orang yang paling sesuai adalah Tengku Razaleigh sendiri bukan lagi Lim Kita Siang atau lain-lain sebagaimana yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Dan inilah yang sangat tidak disenangi Dr Mahathir. Beliau telah berjanji di Terengganu akan meninggalkan negara ini andaikata Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri. Walaupun beliau juga berjanji tidak akan menyertai Umno selagi Abdullah adalah presidennya, namun sebagaimana yang saya katakan tadi kebenciannya kepada Anwar adalah mengatasi segala-galanya. Jadi apa jalanpun perlu dibuat untuk menyekat Anwar. Menyekat Tengku Razaleigh dengan memberikan harapan kepada beliau untuk menjadi presiden Umno dilihat ada kewajarannya dan realistik.

Saya pernah bertanya kepada beberapa orang, kenapa Dr Mahathir benci sangat kepada Anwar sedangkan politik, sebagaimana kata beliau, adalah serba mungkin. Menurut sumber saya itu, Dr Mahathir menganggap Anwar adalah ahli politik predator atau orang Kelantan kata -make gu-.

Yang paling diingati Dr Mahathir adalah tindakan Anwar menyuruh Datuk Ahmad Zahid Hamidi (ketika itu Ketua Pemuda Umno) menyerang beliau ketika krisis antara beliau dengan Anwar dahulu. Zahid telah menuduh Dr Mahathir terlibat dengan politik KKN itu iaitu korupsi, kronisme dan nepotisme.

Jadi, kalau kini Dr Mahathir sanggup memberikan harapan kepada Tengku Razaleigh, semuanya kerana kebencian beliau yang amat sangat kepada Anwar.

Sumber: http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=8906

DEMI MASSA: Politik adalah kemungkinan.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s