Nak saman atau nak duit kopi nih?

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

polis

Bukan nak mengata. Bukan nak menyindir. Tetapi ini adalah hakikat dan kebenaran yang harus aku dan pengunjung blog yang membaca artikel ini juga harus terima.

Tanggal 28 November 2008, aku dalam perjalanan dari Glenmarie ke Tol Batu Tiga menuju ofis aku di Sek.7 Shah Alam. Ketika itu, aku punya la sedang layan MIX FM lagu-lagu dia. Sedang layan punye layan lagu (biasa la, nak blajar sebut pronounce english), tetiba tang selekoh pusingan U tu, ada la sekumpulan pegawai-pegawai polis trafik sedang buat roadblock.

Antara kalangan polis trafik tu, dalam jarak 2 meter seorang polis trafik wanita mengarahkan aku memperlahankan kenderaan lalu disuruh berhenti di kiri bahu jalan.

Walaupun aku tak la gabra sangat, aku pun ikut arahan yang diberikan. Sejurus selepas itu, seorang pegawai polis trafik muda (handsome plak tu) sedang menuju ke arah kereta aku lalu meminta aku kad pengenalan dan lesen memandu yang baru aku renew kat pejabat pos tu (yang tak ada gambar punye).

Aku memberikan kerjasama dan setiap pertanyaan mereka, aku jawab dengan penuh hemah dan jujur. Pegawai tu tanya, yang kesalahan aku hanyalah tidak memakai tali pinggang keledar. Ok, itu aku admit la kesalahan aku. Aku ulang, aku admit itu salah aku.

 Masalahnya, part yang aku tak boleh terima sekali apabila ketika polis itu tanya seperti ini:

Polis Trafik: Encik, ini lesen memandu renew punya. Mana yang lesen asal?

Aku: Lesen asal kat rumah. Kenapa perlu lesen asal? Kan saya sudah renew lesen ni, cuma tak ada gambar jer.

Polis Trafik: Kita tak dapat tahu sama ada lesen yang dah renew ni, sama ada ini lesen kelas B1 ke, B2, ke, Lesen Lori ke…

Aku: Ai, bang. Soal abg tak tahu sama ada lesen ini adalah lesen motor ke, lori ke..keter ke, itu bukan urusan saya, bang.

Polis Trafik: Iya. itu saya tahu.

Aku: Tau apa? Kalau tak percaya sangat, check la through MyKad ni. Apa, Jabatan Trafik tak ada teknologi tu ka? Still nak pakai cara lama? Saya tak boleh lama ni, bang. Ada urusan di ofis. Kalau abg rasa nak saman tu atas kesalahan saya tak pakai tali pinggang keledar, saman lah. Saya terima.

Polis trafik: Ok, sebentar ya.

Aku nampak pegawai polis trafik yang handsome tu macam bengang je kat aku. Mana tak nya, ada je tak kena yang bukan menjadi kesalahan aku. Kalau nak saman tu, saman je la. But, yang menarik untuk korang tau, ini part yang paling best selepas saman diberikan kepada aku.

Polis Trafik: Ok, encik. Saya nak tanya last je. Ini hanyalah satu SURVEY jer bagi pemandu seperti encik yang melakukan kesalahan. Boleh tak jawab pertanyaan SURVEY ni?

Aku: Boleh, apa dia SURVEY tu?

Polis Trafik: Jika encik kena saman sebanyak RM300, adakah encik akan bagi duit kopi pada mana-mana polis trafik seperti saya ni, ala macam RM30 ke…RM50 ke… Adakah encik akan membuat begitu?

Aku: Errr…(dalam hati, abg ni nak duit ker? Amboi, setup soalan perangkap ek?) Encik, sebenarnya saya ni Rakyat Malaysia yang bersih. Saya hormat undang-undang dan saya tahu jika ini kesalahan saya terima, saya akan bayar saman tu, tak kira berapa jumlah nya. Saya ada duit bang. Saya bayar. Jadi, saya takkan buat macam tu.

Polis Trafik: Ok, sila beredar sekarang.

Aku: Terima kasih, bang.

Hehehehhe….oleh kerana abg polis tu tension dengar jawapan aku, terus dia suruh aku segera beredar. masa drive aku terfikir, kenapa pengawai polis tu nak tanya soalan SURVEY tu? adakah soalan SURVEY tu bertujuan untuk membuat survey (tapi aku tak nampak pun borang soal selidik), atau sekadar memberi hint supaya aku kena bagi duit kopi supaya aku tidak disaman?

Sampai sekarang aku masih memikirkannya. Adakah ini sudah menjadi satu budaya polis trafik dalam saman menyaman ni?

Mungkin aku sorang je yang kena keadaan macam ni, ntah ramai lagi antara kita yang pernah mengalami situasi yang sama.

DEMI MASSA: Baru je dapat gaji 27hb, dah kena bayar saman RM100 sebab tak pakai tali pinggang keledar. Cis….

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Nak saman atau nak duit kopi nih?

  1. syirfan says:

    Confirm nak duit kopi… kau pun Lan, dah dia nak duit kopi bagi ajer.. bukan mahal pun duit kopi. paling mahal RM2.00. Itu pun dah dapat kopi yang special dah.. hehehehe. Confirm polis tu malu giler kalau kau bagi dua ringgit dan kata –
    “bang, ini duit kopi yer..” hehehe

  2. noraitusaya says:

    Ha pandai sgt menjawab… kan dah kene saman! Kui kui

  3. Deana says:

    good respons..i like your opinion..hehehe..so funny..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s