Apabila Bush dihina sepasang kasut…

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Tergelak besar aku dengar bila aku mendengar seorang wartawan Arab membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Dan terfikir sejenak aku bila memikirkan betapa seorang pemimpin dunia yang gah dengan kuasa besar dunia, nilainya hanya tersungkur dengan balingan sepasang kasut.

Dan juga terberani aku seketika bila keberanian seorang wartawan Arab yang bernama Muntazer al-Zaidi dari media Televisyen Al-Baghdadia, stesen milik media Iraq ini, bangun lantas berteriak ke arah Bush.

Si Muntazer al-Zaidi ini memang berani siyut, bukan hanya membaling satu kasut jer…malah SEPASANG kasut yang dia pakai beb!

Difahamkan, ketika dia baling sepasang kasut tu ke arah Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik, dia sempat melontarkan kata-kata sinis kepada Bush dalam bahasa Arab.

Ini terjemahannya yang sempat aku terjemahkan.

“Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!”

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.”

Yang tak bestnye, part Bush sempat menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran.

Malangnya, Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik sidang media itu.

DEMI MASSA: Seorang pemimpin yang boleh menguasai dunia boleh menjadi sanjungan masyarakat, dan kalau silap, boleh menjadi hinaan masyarakat.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Apabila Bush dihina sepasang kasut…

  1. syirfan says:

    hahaha… Lepas nie wartawan nak interview Bush kena tinggalkan kasut kat luar…

  2. PakciQue says:

    Kalau kau rasa kau mampu melempar kasut ke arah Bush dengan lebih baik. Apa kata kalau kau cuba permainan ini. Permainan yang diberi nama “Sock and Awe” ni dibangunkan berdasarkan insiden tersebut.

    Cubalah kalau berani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s