Rumah Urut: Kunjung, Rasa dan Bayar!

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Gadis Oh Gadis Urut!!!

Gadis Oh Gadis Urut!!!

Rumah Urut Tawar Khidmat Seks? Betul ke? Aku sentiasa berpegang kepada etika kewartawanan, antaranya melaporkan yang benar.

Siapa yang tidak pernah pergi ke rumah urut? Bohonglah bagi sesiapa yang membaca entry ini tidak mengaku pernah pergi ke rumah urut.

Kunjung, Rasa dan Bayar…antara tema dan slogan bagi pusat-pusat rumah urut yang kian bercambah bak cendawan tumbuh di merata tempat di Malaysia.

Ini merupakan pengalaman aku sewaktu bergelar wartawan penyiaran pada tahun 2006. Aku mengaku aku pernah berkunjung, tetapi tidaklah sampai rasa dan bayar. Ini kerana aku khuatir kerja penyiasatan aku dapat dihidu oleh pihak yang berkenaan.

Sampel kes adalah  premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur (lokasi di rahsiakan.) Kunjungan aku cukuplah sekadar melakukan kajian pemerhatian dan sesi interview dengan pekerja-pekerja di situ.

Story ini aku tulis dan telah pun disiarkan di Berita Harian bertarikh 18/08/2006. Aku lampirkan untuk tatapan dan tafsiran anda.

BERITA HARIAN (18/08/06)

RUMAH URUT TAWAR KHIDMAT SEKS

PENINGKATAN bilangan rumah urut di negara ini menunjukkan ia mempunyai kadar permintaan begitu menggalakkan di kalangan pelanggan.

Memandangkan wujud sokongan hebat daripada pelanggan, tidak hairanlah kegiatan yang berkonsepkan ‘kunjung, rasa dan bayar’ itu kini menjadikan rumah urut sebagai satu perniagaan yang mudah memperoleh keuntungan.

Untuk mendapatkan rawatan urut, pelanggan perlu memilih pakej yang ditawarkan mengikut harga tertentu, kebiasaannya dalam lingkungan RM200.

Apa yang mengejutkan, antara pakej berkenaan diselitkan khidmat seks dan urut batin.

Seorang rakan yang gemar mengunjungi pusat berkenaan memberitahu, rata-rata pekerja di rumah urut terdiri daripada gadis Melayu antara 22 hingga 33 tahun, selain gadis bukan Melayu. Malah, ada juga yang berstatus janda.

Kehidupan di ibu kota memerlukan gaya dan keinginan kemewahan yang tinggi menjadi antara penyebab utama mereka membabitkan diri dalam kancah berkenaan.

Mereka tidak kisah tanggapan masyarakat, asalkan mereka mendapat sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga masing-masing, yang dianggarkan boleh mencecah RM4,000 sebulan. Majoriti pelanggan mengunjungi pusat berkenaan selepas waktu pejabat.

Tidak cukup dengan lelaki Malaysia, kedatangan pekerja dan pelancong asing cukup melengkapkan perhatian mereka kepada perkhidmatan berkenaan. Mereka sanggup melakukan apa saja demi melepaskan nafsu terhadap pekerja urut.

Mereka bukan pelacur jalanan yang sanggup melacur kepada sesiapa. Mereka hanya menawarkan perkhidmatan sampingan selepas sesi urutan selesai. Kebanyakan orang tidak memikirkan ia boleh mendatangkan implikasi yang besar kepada kehidupan masyarakat.

Satu rang undang-undang harus digubal bagi memastikan pertumbuhan rumah urut tidak bercambah sewenang-wenangnya. Perkara ini perlu perhatian serius demi menyelamatkan generasi muda.

Jika kita masih memandang gejala ini sebelah mata, ia seperti menghidu racun yang lama-kelamaan akan membunuh kita. Penularan penyakit kelamin dan penyebaran HIV/Aids ibarat menunggu masa untuk berjangkit dan membiak bersama pasangan seks mereka yang tidak dikenali.

Sering kali terdetik di hati, apakah keseronokan menjadi tujuan utama manusia hidup di bumi ini daripada berfikir untuk hidup ke arah yang lebih baik? Fikirkan sejenak, luangkan masa untuk memerhati keadaan sekeliling yang sebenarnya indah tetapi penuh dengan kejijikan.

AHMAD FAZLAN SHAH ABD RAHMAN

Subang Jaya, Selangor

DEMI MASSA: Yang paling best, lepas je story ni kuar, pada 19/08/06 Buletin Utama TV3 main story aku…siap dapat headline news tu….lagi havoc.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Rumah Urut: Kunjung, Rasa dan Bayar!

  1. Aulia says:

    salam kenal dari tetangga jiran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s