Dunia Ice…

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

 

Dunia Ice atau anda boleh gelarkan Dunia Ais. Cerita kali ini bukan berkisar mengenai cerita dunia zaman ais dahulu kala. Tapi, ini cerita mengenai Ice atau Syabu.

Bagi yang tau apa itu syabu, tau lah. Bagi yang masih terngiang-ngiang maksud syabu tu…meh aku nak terang kat sini.

Syabu adalah sejenis dadah sintetik…aku ulang…sejenis dadah sintetik yang mana mampu meningkatkan fokus otak dan memberi tenaga untuk terus bekerja selama tiga hingga empat hari.

Yang paling popular sekali, pengambilan syabu cukup mendapat permintaan tinggi terutamanya student-student IPT.

Aku libatkan diri dalam penceritaan ini kerana aku memperjuangkan kempen anti-Syabu sejak berkecimpung dalam dunia penyiaran sebagai wartawan.

 Nak diringkaskan cerita, aku tulis story pasal syabu ni kat Berita Harian bertarikh 21/8/2006. Mohon baca bersama sebagai peringatan aku sendiri dan anda semua demi masa depan kita..

Syabu ancaman baru penuntut IPT (BERITA HARIAN 21/08/2006)

‘SAYA terpengaruh ketagihan syabu kerana ajakan kawan.’

Itulah kata-kata seorang pelatih serenti berusia 22 tahun ketika mengunjungi Pusat Serenti Dengkil, Selangor dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) baru-baru ini.

Luahan itu memberi makna yang cukup luas betapa besarnya pengaruh rakan terhadap syabu di mana ia berjaya mempengaruhi kehidupan seharian seseorang.

Ramai yang tidak mengetahui gejala pengambilan dadah sintetik bukan saja terdiri daripada golongan bekerja, malah turut popular di kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

Ia fenomena yang mengejutkan semua pihak, termasuk ibu bapa.

Syabu begitu mudah didapati dengan kadar harga RM50 hingga RM300 dalam bentuk tiub bergantung kepada kualiti dan mudah diperoleh di pusat hiburan. Modus operandi mereka memang sukar dikesan.

Ada juga di kalangan mereka daripada anak golongan berada dan kelompok atasan. Lebih mengejutkan, anak gadis Melayu mendominasi gejala ketagihan syabu.

Oleh kerana tekanan untuk mendapatkan markah tinggi, sikap suka belajar pada saat akhir adalah antara faktor mereka memilih syabu sebagai jalan penyelesaian.

Ini kerana syabu mampu meningkatkan fokus otak dan memberi tenaga untuk terus berjaga selama tiga hingga empat hari.

Daripada aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan perubatan. Bagaimanapun, cara penggunaan dadah ini biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.

Tanpa mereka sedari, ketagihan kepada syabu, walaupun kehidupan mereka sering dipenuhi kebimbangan dan ketakutan untuk mencapai kejayaan.

Malah, syabu juga dikenal pasti menjadi punca utama kepada peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol.

Kesan akibat pengambilan ini membuatkan penjenayah tidak mempunyai rasa takut dan perasaan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah.

Memetik kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dadah sintetik ini boleh merangsang seseorang itu menjadi lebih aktif dan lebih agresif. Pengambilan yang terlalu kerap boleh mendatangkan kesan tertentu kepada otak dan individu, antaranya mereka berada di alam fantasi dan mengalami halusinasi.

Sesuatu perli dilakukan bagi membanteras gejala penagihan syabu, demi masa depan anak kita. Polis sentiasa memantau dari segi serbuan dan pemeriksaan di pusat hiburan.

AHMAD FAZLAN SHAH ABD RAHMAN

Subang Jaya

 

Dan ini feeback pembaca Berita Harian keesokkannya (22/08/2006)

 

SAYA mengucapkan syabas kepada ‘Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman’ kerana menulis ‘Syabu ancaman baru penuntut IPT’ dalam ruangan ini pada 21 Ogos lalu. Saya menganggap ia suatu berita yang amat mengejutkan dan perlu diberi perhatian bersungguh-sungguh semua pihak terutamanya oleh semua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Anggaplah syabu sebagai sejenis ‘racun’ yang pasti merosakkan penggunanya. Jangan sekali-kali menghampiri syabu! Semua ibu bapa dan semua pensyarah di IPT tolonglah menasihati anak-anak dan penuntut kita supaya jangan sekali-kali mengambil syabu.

Syabu pasti akan memusnahkan diri anda akhirnya. Percayalah!

ISMAIL RESTU

Kampung Bujang, Kedah.

 

DEMI MASSA: Tajuk lagu kat atas sesuai dengan tema blog aku…kebetulan jer.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Dunia Ice…

  1. 001beautifulcrazy says:

    Talent ice tu aku yg cari .. jumpe dia plak hensom peh.. jangan lupe diri udah … cissssssssssssssssssssssssssssss..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s