Dont Let Them Suffer!!!

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Demonstrasi "HERET ISRAEL KE MUKA PENGADILAN"

Demonstrasi "HERET ISRAEL KE MUKA PENGADILAN"

Penjajahan Israel ke atas Palestin bukan sejarah baru.

Ia bermula apabila Israel dengan secara rasmi diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka pada 15 Mei 1948.

Sejak daripada itu, masyarakat Islam Palestin terus menjadi sasaran peluru berpandu Israel, bedilan meriam dan tembakan senjata api tanpa peri kemanusiaan.

Rintihan pemuda menyelamatkan adiknya yang cedera akibat dibom tentera Israel.

Rintihan pemuda menyelamatkan adiknya yang cedera akibat dibom tentera Israel.

Kini setelah 60 tahun dijajah, diperlakukan seperti binatang, saudara Islam Palestin masih menderita.

Penyembelihan ke atas kanak-kanak, orang tua dan yang tak berdaya berterusan tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Seluruh dunia menyaksikan kekejaman rejim Zionis, namun ramai yang mampu melihat daripada bertindak.

Sejumlah mayat yang terkorban...

Sejumlah mayat yang terkorban...

Walaupun kutukan demi kutukan dilontarkan oleh pelbagai pihak, namun Israel tetap bersemangat waja meneruskan agenda pembunuhan beramai-beramai umat Islam Palestin.

Sampai bilakah mereka akan terus bermandi darah?

Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh kita sesama saudara Islam?

Di mana tempat tinggal mereka?

Di mana tempat tinggal mereka?

Ingatlah sabda Nabi Muhammad S.A.W,“Perumpamaan seorang Muslim dengan Muslim yang lain dari segi kasih sayang, hormat menghormati dan saling bertimbang rasa adalah seperti satu jasad. Apabila ada satu anggota daripada jasad itu sakit, maka seluruh badan akan turut menderita kesakitan.”

DEMI MASSA: Teringat lagu KHAN YUNIS, satu dedikasi khas untuk warga Palestin di mana lirik ciptaan boss aku, Zainal Rashid Ahmad dengan lagu ciptaan bekas gitaris kumpulan Data, Nor Kamal Azhary atau Iya… Mana nak dapat lagu ni ek…?

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Rencana. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s