Apabila Khalid Salleh mengamuk…

Oleh: Ahmad Fazlan Shah Abd Rahman

Khalid dengan amarahnya....!!!

Mereka patut kena santau kerana tak cintakan bahasa....!!!

Apabila Khalid Salleh mengamuk, boleh bangkit semangat bangsa Melayu.

Apabila Khalid Salleh angkat tangan kanan sambil tangan kiri mencekak pinggang, ini perkara serius.

Pada 31 Januari 2009 (Sabtu), maka berlangsung satu perhimpunan pencinta bahasa. Ianya adalah Kempen memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kempen ini berlangsung di pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bagaimanapun, hasrat penganjurnya Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk mengumpulkan 500 pencinta bahasa tidak tercapai walaupun kelibat beberapa tokoh bahasa dan sastera dalam program itu menyelamatkan keadaan.

Di satu sudut, muncul kelibat pelakon, pengarah dan aktivis teater terkenal, Khalid Salleh, antara yang menyertai kempen ini.

Hari ini ramai aktivis bahasa yang tidak pernah muncul dalam program seumpama ini tampil buat kali pertama menyatakan bantahan mereka kerana keadaan sudah terdesak sangat. Memang orang kita sudah tidak ada asas budaya dan bahasa,” tegas Khalid Salleh dengan nada seakan marah, yang juga pengacara program Expose Mistik di Astro Prima.

Tambahnya, bukan sahaja bahasa, tetapi dalam pelbagai segi hak-hak orang Melayu mulai terhakis.

Turut menggamatkan keadaan, kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sambil memegang sepanduk kecil bertulis ‘Jangan Bunuh Bahasa Ibunda.’.

Sepanduk 'JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA!!!'

Sepanduk 'JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA!!!'

Perhimpunan itu akhirnya disuraikan oleh pihak polis dengan aman kerana tidak mempunyai permit.

DEMI MASSA: Aku ingatkan kehadiran Khalid Salleh ke situ untuk menyantau atau menyihir kepada orang-orang yang menentang bahasa ni, tetapi Wak Khalid ni cuma hanya memberi amaran bahawa lebih ramai pencinta dan aktivis bahasa akan bangkit menentang.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Ape-ape Aje!!!. Bookmark the permalink.

2 Responses to Apabila Khalid Salleh mengamuk…

  1. 001beautifulcrazy says:

    Nie yang frust bila wak tak bawak aku … hahahahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s