Karpal Saman Sultan: Kenapa Nak Kecoh?

"Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?," kata Karpal.

"Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?," kata Karpal.

Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah.

Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza.

Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu.

Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan.

Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Mengenai hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat, Karpal sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk meneruskan hasrat itu walaupun pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sultan Azlan Shah boleh didakwa di mahkamah atas kapasiti rasmi baginda kerana selepas 1993, Perlembagaan Persekutuan dipinda dan mahkamah khas ditubuhkan untuk mengendalikan perkara membabitkan kerabat diraja dan sultan.

“Saya pasti malahan baginda (Sultan Azlan Shah) tahu apa yang saya katakan adalah betul. Baginda ialah bekas Ketua Hakim Negara dan telah mengendalikan banyak kes. Tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau menderhaka mengenainya, mereka kata saya tidak menghormati Sultan.

“Saya hanya mengikut undang-undang sahaja. Saya berpegang padanya. Perlu terima hakikat ini. Ini merupakan perkara asas yang malahan pelajar tahun satu undang-undang juga tahu bahawa sultan boleh didakwa di mahkamah. Kenapa nak kecoh?,” kata Karpal.

Kepada soalan sama ada polis menyiasatnya berhubung hasrat beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sultan, Karpal berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan kepada polis.

Karpal juga mengulas demonstrasi oleh kirakira 200 anggota Pemuda Umno di luar pejabatnya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam dengan memberi amaran kepada mereka supaya menghentikan demonstrasi haram itu.

“Saya ingin beri amaran kepada Pemuda Umno, jangan desak saya. Saya tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan. Apa yang saya lakukan termaktub dalam undang-undang, polis sepatutnya melindungi saya semalam,” katanya.

“Demonstrasi semalam adalah melanggar undangundang. Kenapa mereka tidak didakwa di mahkamah kerana mengadakan perhimpunan haram, kenapa berlaku berat sebelah apabila membabitkan kami,” katanya.

Sumber: http://www.mstar.com.my

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Ape-ape Aje!!!. Bookmark the permalink.

One Response to Karpal Saman Sultan: Kenapa Nak Kecoh?

  1. Karpal tidak boleh saman Sultan Azlan kerana tidak ada Locus standi.

    kes rujukan Karpal Singh v Sultan Selangor (1988) 1 MLJ 64.

    baca selanjutnya di : http://suararakyatselangor.blogspot.com/2009/02/locus-standi-karpal-tidak-boleh-saman.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s