TRANSFORMASIKAN ‘SANTAPAN DIRAJA’

Apabila secara tiba-tiba, saya terbuka saluran TV1, jam 2.20pm pada Ahad 15 April 2012, program ‘Santapan DiRaja’ meraikan permasyhuran Sultan Kedah sebagai Agong yang ke-14, menghiasi kaca tv.

Cukup meriah. Persiapan majlis bunga-bungaan, persembahan seni tari, alunan gesekan violin lagu ‘Sinaran’, apatah lagi majlis mungkin hilang serinya jika tidak ada alunan suara lunak Siti Nurhaliza.

Sekali-sekala terlihat kelibat barisan kehormat (VIP) :- mungkin dif-dif kehormat, Barisan Ahli Parlimen Malaysia dan tetamu jemputan. Jika dihitung, lebih dari 10 meja. Sudah pasti, dengan bilangan lebih 100 tetamu, hidangan makanan pun tentu sedap-sedap belaka. Agak-agak untuk seorang makan malam itu, berapa ya?

Aturcara bagai mungkin ‘diatur’ oleh penganjur ATAU acara ‘wajib’ setiap kali permasyhuran Agong?

Saya sebagai Rakya Biasa, tidak mempunyai hak untuk mencampuri hal ehwal DiRaja, kerana saya dengan Tuanku tidak ada apa-apa pertalian, sama ada hutang atau pun salah dan silap.

Mungkin ‘Santapan DiRaja’ adalah antara hak keistimewaan Raja yang perlu setiap bangsa pertahankan, selaras dengan perlembagaan negara. Pernyataan ini sudah maklum. Akan tetapi, ‘Santapan DiRaja’ yang saya lihat di kaca tv, begitu gah dan sudah tentunya menelan kos belanja yang tinggi dari setiap aspek.

Mungkin ada berlakunya ‘mark-up cost’ dari setiap aspek bagi keseluruhan kos! Tidak heran duit lebihan itu masuk di poket siapa!? dan Tidak lari tidak bukan, nan biayai acara besar itu tentunya dari sumber wang rakyat!

Di kaca tv itu juga lah, saya melihat barisan Sultan negeri dengan situasi hanya melihat persembahan yang disembahkan oleh penari dan penyanyi. Dan saya jangkakan tetamu yang dudk di barisan belakang pun, mungkin tidak begitu nampak persembahan tersebut, melainkan hanya suara penyanyi tersohor negara.

Akhirnya, saya terfikir, apa yang mereka dapat setelah selesai santapan? Sudah pasti perut kenyang dengan hidangan dan kenyang dengan persembahan hiburan. Sedangkan, saya terfikir lagi, bahawa masih ramai rakyat di luar sana masih menyantap ubi kayu, nasi berlauk kicap dan garam, malah hidup dalam sinaran bertemankan lilin. Sekali-sekala kalau hujan, basah sebab atap bocor. Ini realiti.

Tidak salah untuk diadakan majlis ‘Santapan DiRaja’. Tetapi, saya berpendapat pada masa sekarang ini, wajib TRANSFORMASIKAN ‘Santapan DiRaja’ agar segala perbelanjaan dan kos dapat dijimatkan, dan diberi pulangan kepada rakyat yang memerlukan.

Konsep ‘Santapan DiRaja’ wajib mesra rakyat, maknanya Raja dengan barisan Sultan negeri, menyantap makanan bersama rakyat, bukan bersama ahli-ahli Parlimen termasuk dif-dif kehormat! Kalangan mereka pun dipilih rakyat di peti Undi!

Saya melihat program yang disajikan TV1 ini, rasa ‘terliur’ untuk hadir, makan, dan bersalam dengan Tuanku Agong, begitu juga dengan anak-anak. Apakan daya diri bukan berdarah Raja, diri bukan seorang kehormat, tetapi diri tetap memiliki semangat darah pejuang!

Sudah tiba masanya, pada masa depan, transformasi santapan diRaja dapat dinikmati oleh rakyat jelata, bukan pemimpin!

Ampun, patik merafak sembah.
DEMI MASA: Diharap artikel ini tidak disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s