LGBT:- AGAMA DAN HAK ASASI MANUSIA…

(Lets Talk – Gerakan LGBT Dengan Agendanya. Sila layari http://www.mobtv.my/talkshow-1202.html)

 

Bila sudah menjengah ke tahun 2012, banyak sangat isu dalam negara mencanai di pengetahuan masyarakat Malaysia. Dari isu skandal liwat Anwar Ibrahim – Saiful, skandal projek lembu NFC, skandal Melayu masuk DAP, isu pinjam duit PTPTN hinggalah isu undi Bersih 3.0. Tetapi, dalam kebisingan isu-isu tersebut yang mengicau di twitter, facebook malah di media perdana mahupun media alternatif, timbul isu kesenyapan yang mungkin memberi bahana kesan buruk pada masyarakat akan datang iaitu LGBT.

Apa itu LGBT?

LGBT adalah Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Dan kumpulan ini telah pun membentuk satu badan bebas (NGO) di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan kumpulan yang mengalami kecelaruan jantina ini. Akan tetapi, bantuan dan perjuangan yang bagaimana mereka perlukan?

Dengan cara memperjuangkan hak-hak mereka untuk bebas bersuara, hak-hak mereka untuk berkomuniti,  dan hak-hak mereka untuk bernaluri dalam masyarakat.

Apabila bercakap dari sudut konteks negara, difahamkan LGBT ini sudah menular dalam masyarakat melalui satu gerakan tersusun rapi yang dirancang oleh pemimpin-pemimpin elit mahupun politik. Terang lagi bersuluh, yang menyokong Seksualiti Merdeka antara bersuara lantang memperjuangkan hak asasi kumpulan celaru identiti, dan bukannya mewakili asasi manusia. Dan lebih parah, apabila Majlis Peguam turut meminta kerajaan Malaysia agar menyokong usul bagi membenarkan ahli-ahli LGBT ini diiktiraf dan diberi ruang dalam masyarakat, seperti apa yang berlaku di negara Eropah.

Untuk pengetahuan semua, sama ada sedar atau tidak, kecelaruan identiti ini boleh mengundang kepada perlakuan jenayah. Dan apabila sudah jadi jenayah, maka si pelaku tersebut perlu dihukum di muka pengadilan.

Sebagai seorang pemerhati, sampel kes boleh didapati dalam semua berita jenayah atau berita laporan mahkamah di akhbar-akhbar tempatan. Malah, boleh ‘google’ di Internet. Kes guru meliwat pelajar – bukan satu kes, banyak kes terjadi di sekolah-sekolah Malaysia. Itu baru kes yang terjadi disebabkan laporan polis dibuat oleh mangsa, TETAPI, bagaimana pula dengan kes terjadi tetapi tidak dilaporkan oleh mangsa?

Senario ini bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah biasa. Maklum balas daripada sumber rakyat sebagai pemerhati, sekolah asrama tahfiz agama juga turut terkena tempiasnya. Murid sesama murid melempiaskan nafsu songsang! Terkejut apabila perlakuan itu berlaku di sebuah institusi agama! Apa sudah jadi…

Akan tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana kehidupan banduan bernaluri manusia normal, yang meringkuk lebih 10 tahun lamanya di penjara? Berdasarkan pengalaman menemubual bekas banduan sekitar 4 tahun lalu, katanya jalan terakhir adalah dengan memilih sahaja muka-muka jambu atau ‘freshie’ untuk dijadikan santapan nafsu. Dan perlakuan biasa ini turut melibatkan banduan-banduan berpangkat senior!

Malah, di ibu kota juga, ada juga kelab malam yang turut dihadiri oleh golongan celaru ini sehinggakan ia dikenali sebagai ‘Kelab Gay’!

Bukan mahu menyibuk,  tetapi sekadar menentang perlakuan jijik dan tidak bermoral. Apatah lagi gerakan tersusun LGBT sudah berjalan dengan rapi kini, dan kita wajib untuk mengutuk dan menyekat kemaraannya.

Sudah pasti, kita tidak mahu antara ahli keluarga kita mempunyai sifat LGBT. Jika ada pun, usaha untuk bantu merawat dan memulihkan supaya jadi tak celaru.

Dan pasti, kita juga tidak mahu satu hari nanti, anak lelaki kita bersuamikan lelaki, atau anak perempuan kita beristerikan perempuan. Jika kita benarkan juga, maka punahlah generasi manusia akan datang.

Yang pasti, mana-mana agama menolak perlakuan sejenis, baik Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan seanteronya. Ini kerana agama adalah panduan hidup. Dan dalam panduan hidup, terdapat tatacara hak asasi manusia. Oleh kerana setiap agama menolak perlakuan sejenis, maka LGBT bukan hak yang mewakili setiap manusia, walaupun mereka cuba untuk berjuang atas tiket ‘HAK ASASI MANUSIA’. Pada hemah saya, ahli-ahli LGBT berhak untuk dirawat dan dipulihkan dengan segera, dan kemaraan gerakan LGBT perlu ditentang dan disekat dengan segera, walaupun kerajaan memerintah tahu akan isu ini.

Sebab tak ada siapa yang ambil serius pasal isu inilah, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) – badan NGO bebas, mengangkat isu ini. Sehinggakan, tidak nampak maklum balas dari semua pihak, termasuk Parti Pemerintah mahupun Pakatan Rakyat.

Kalau ada pun, setakat Pak Muhyiddin Yasin je yang kata, Kementerian Pelajaran akan kaji silibus mata pelajaran sekolah bagi memberi kesedaran mengenai isu kecelaruan identiti. Hello brader, setiap kali jawatan Menteri bersilih ganti, selagi itu lah dasar pelajaran pun berubah. Ini belum cukup untuk membantu, hanya maklum balas bersifat politik yang tak ikhlas.

Kita ada beribu-ribu Profesor dan pemikir negara, takkan kita tak boleh perah 1% je idea-idea dari otak mereka untuk tangani isu ini?

Kita ada think-tank yang tentukan perjalanan politik negara, takkan isu ringan sebelum jadi berat ini pun, mereka pandang ringan?

Akhirnya, yang terjadi, penceramah agama akan tetap ceramah seperti biasa, ahli politik tetap dengan hujah kepolitikiannya, dan yang merana adalah rakyat bawahan seperti saya dan keluarga.

DEMI MASA: Manusia lahir natijahnya bersifat baik dan suci.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to LGBT:- AGAMA DAN HAK ASASI MANUSIA…

  1. Salam saudara.Saya antara pegawai KPM yang ditugaskan untuk membuat manual plan rawatan psikoterapi untuk merawat pelajar-pelajar yang ada ciri-ciri LGBT.Memang pening juga memerah otak.Selalunya kita handle kes secara sulit kepada klien yang ingin kembali kepangkal jalan.Now kena tulis apa yang telah kita praktiskan untuk kegunaan kaunselor-kaunselor sekolah dan organisasi.Tak pa saya galas cabaran dengan niat untuk membantu dan kerana menegakkan hukum Allah.

    • massa121 says:

      Salam Dr Siti, terima kasih atas usaha dan komited dari pihak kementerian, dalam menangani isu ini. Bolehkah Blog Aku Seorang Rakyat Malaysia melihat rawatan psikoterapi yang dijalankan untuk merawat pelajar2 LGBT? Mungkin ramai yang tidak tahu peranan dan usaha kementerian dalam tangani isu ini. Boleh tak?

  2. putera daniel says:

    Assalamualaikum. Saya amat menyokong post ini.saya sendiri seorang gay dan masih bergelar pelajar.apa yang saya ingin nyatakan di sini lgbt ini bermula daripada peringkat sekolah.saya jadi begini disebabkan abang angkat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s