Pelik Melayu masuk DAP…

Entry kali ini berkisar mengenai Melayu masuk DAP.

Rata-rata bangsa Melayu marah segelintir Melayu menjadi ahli DAP. Kerana terang-terang DAP adalah parti sekular dan perjuangan berbentuk sosialis. Tidak kurang juga ada yang melemparkan kata-kata sumpah laknat menggelar mereka sebagai pengkhianat bangsa Melayu!

Walau apa pun kemarahan mereka terhadap golongan ini, semuanya buang masa dan buang air liur! Walau apa juga sumpah laknat mereka terhadap golongan ini, penyertaan Melayu dalam DAP tetap semakin meningkat.

Pelik sejak akhir-akhir ini, DAP mengambil langkah pendekatan drastik dengan membuka ruang, peluang dan tempat untuk bangsa Melayu menyertai parti DAP. Pendekatan inilah kunci kecairan hati Melayu. Ruang untuk meluahkan pandangan dan pendapat, Peluang untuk mengintai kerjaya, Tempat untuk mempelajari dan menunjukkan bakat kepimpinan dalam politik. Dasarnya jelas, semuanya bebas untuk melakukan apa saja dalam DAP, kecuali apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Mengapa Melayu masuk DAP, dan tidak PAS dan UMNO?

Persoalan ini sering bermain di fikiran masyarakat. UMNO kini memang gagal dalam memperjuangkan nasib orang Melayu, berbanding UMNO dulu. PAS pula ternyata gagal mendapat tempat di hati majoriti Melayu dengan dasar Islam PAS hinggakan terpaksa melucutkan sementara dasar Islam PAS untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO/BN pada PRU-13. DAP pula sudah maklum, tidak boleh memerintah negara, kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan Menteri Besar wajib dari kalangan Melayu yang beragama Islam. Jika dilihat jumlah kerusi DAP yang ditanding dalam sejarah PRU sebelum ini, satu jumlah kerusi yang sikit. Jadi, untuk mereka memerintah negara amat mustahil!

Transformasi DAP dalam membuka ruang Melayu dalam berparti sesuai dengan kehendak semasa, dan strategi jangka masa panjang supaya pada PRU masa hadapan, jumlah kerusi popular Melayu DAP akan meningkat kerana sokongan pengundi Melayu, maka matlamat untuk DAP menawan Malaysia, TERCAPAI!

Kuasa

Terdapat demokrasi di Malaysia. Tidak ada halangan untuk masuk mana-mana parti. SUKAHATI.

Akan tetapi, di mana akhirnya Melayu akan berada satu hari nanti? Adakah kita mahu menidakkan segala apa jasa yang UMNO dulu usahakan dan perjuangkan terhadap generasi dulu? Adakah kita mahu menghukum UMNO kini yang ternyata lemah dan berbarah dengan cara menjadi ahli DAP untuk menghapuskan UMNO kini?

Yang pasti, kita berparti adalah untuk kekal kuasa. Kuasa apa? Kuasa politik Melayu. Itu yang penting dalam menentukan survival kelangsungan hidup kaum Melayu pada masa hadapan. Bukan dengan cara menghakiskan kuasa Melayu sedikit demi sedikit dan menambah kuasa Melayu sebanyaknya dalam DAP.

Jika kelambu yang jadi pelindung Melayu sekarang ini rosak, carilah tukang jahit yang cerdik untuk baiki kelambu itu. Bukan dengan cara meruntuhkan kelambu, dan mengganti kelambu baru yang kita ragui bahan asas kelambu itu.

UMNO melalui dasar pendidikan telah membuka peluang dan melahirkan graduan-graduan Melayu yang berjaya dari segi intelektual. Tetapi kini, belajar di IPTA, guna kemudahan kerajaan, akhirnya bila keluar dari universiti, ghairah memuja DAP.

Apa pun kita baca dan lihat, penghijrahan Melayu dalam DAP adalah satu keputusan politik yang akan memberi kesan kepada politik DAP, tetapi tidak kepada bangsa Melayu. Akhirnya, ia adalah satu keputusan politik.

Ada apa Melayu dengan DAP? Boleh layari program Let’s Talk di http://www.mobtv.my/talkshow-1229.html

 

DEMI MASA: Kalau UMNO gagal menjayakan Melayu, adakah satu langkah bijak untuk menyertai DAP? DAN adakah dengan menyertai DAP maka usaha memperjuangkan Melayu itu akan TERCAPAI? Fikirkan…

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s