MAHASISWA BERKELAS BAWAHAN

 

Himpunan di Dataran Merdeka menyaksikan segalanya. Kononnya, mahu suara mereka didengari…. MANSUHKAN PTPTN!!!! PENDIDIKAN PERCUMA!!!!

Tetapi, apabila menonton visual yang dipaparkan di The Malaysian OBserver TV: http://www.mobtv.my/current_affairs-1197.html , alangkah terkejutnya sikap dan tatacara mereka ketika sedang berkompromi dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sekaligus mencerminkan tingkahlaku biadap dan lagak diri.

Persoalannya, di mana letaknya tahap intelektual bakal bergelar graduan universiti? Sudah tentu intelektual bukan letak di kepala lutut….! Dan sudah tentu intelektual bukan terletak di Dataran Merdeka!

Adakah perlakuan mereka diterima oleh generasi seperti saya…? Sudah tentu tidak. Sudah tentu kena kutuk dan kena keji perlakuannya.

PTPTN diwujudkan untuk membantu golongan muda supaya dapat menyambung pengajian mereka di peringkat Universiti. Sudah tentu mereka kena berhutang. Bila mereka lulus cemerlang dalam pengajian di Universiti hingga berjaya mendapatkan pekerjaan, maka hutang itu WAJIB dibayar balik secara bulanan, bagi dinikmati kemudahannya untuk kemasukan adik-adik seterusnya. Apa yang mereka bising?

Dari segi caj pentadbiran, dulu dikenakan 4%. Bagi saya, memang la tinggi. Kemudian, diturunkan kepada 1%. Lagi nak bising!!! Standard la caj pentadbiran 1% tu, melibatkan soal-soal sumber manusia, kewangan dan urus tadbir pentadbiran. Bukannya masa student kena bayar, bila dah dapat kerja, bayar lah!!!

Tak perlu nak kata PTPTN ini AH LONG PELAJAR. Kalau tak nak pinjam, jangan ambil PTPTN. Bila dah ambil, baru nak bising! Apa nie,bro….!!! Bila suruh pulangkan balik nilai pinjaman tanpa dikenakan caj pentadbiran, mereka tak nak pulak. Alasan, INI HAK KAMI, DAN KERAJAAN TIDAK ADA HAK SURUH KAMI PULANGKAN DUIT PTPTN. Apa nie, bro!!!!!

 

Apa yang mereka tahu pasal pendidikan percuma? Tidak ada perkara yang percuma la,bro!!!! Masuk tandas pun kena bayar 30 sen! Minum air kosong pun kena bayar 20 sen! Inikan pula pendidikan percuma.

Tanyalah mana-mana negara di dunia ini mengenai pendidikan untuk generasi muda, tidak ada yang percuma. Jika ada negara yang memberi pendidikan percuma, bermaknanya, dasar negara tersebut yang mengenakan cukai pendapatan yang tersangat tinggi bagi rakyat, dan duit tersebut disalurkan kepada sektor pendidikan. Sebab itu dikatakan percuma! Kenapa mereka susah nak faham??? Apa ni, bro….!!!!

Kalau nak pendidikan percuma, result kena la bagus,bro! Setakat CGPA 2.5 ke bawah, jangan haraplah nak dapat percuma. Adakah golongan yang berhimpun ini mengharapkan CGPA mereka akan naik selepas ini, sesudah himpun ini?

Rata-rata bangsa Melayu yang berhimpun. Di mana bangsa lain, semuanya belajar dan ulangkaji di perpustakaan universiti. Siapa yang dilihat berjaya di setiap konvokesyen, oh sudah tentu bangsa lain. Siapa yang berjaya sambung belajar di luar negara, oh bangsa lain juga. Melayu di mana? Masih berhimpun, terpekik-pekik di Dataran Merdeka.

Tahu tak Dataran Merdeka adalah kawasan yang terletak di bawah DBKL. Maka, secara langsung kita faham bahawa itu tempat milik DBKL.

Insiden pertempuran yang berlaku antara golongan mahasiswa dengan petugas/pegawai DBKL mencerminkan identiti golongan itu. Mengherdik pegawai/petugas DBKL, berani menghalau pegawai/petugas DBKL, menggunakan kata-kata bersifat melawan kepada pegawai DBKL, kadang-kala dilihat ada unsur-unsur provokasi yang menguji keimanan petugas/pegawai DBKL. Antara kata-kata mereka yang saya masih ingat adalah “KITORANG BAYAR GAJI KAMU LAH… BERAPA YANG KURANG? AKU BAYAR!!”

Apabila DBKL arahkan bersurai secara baik kerana tiada permit, mereka enggan untuk bersurai malah disuruh DBKL balik dengan provokasi. Bila berlaku sedikit kekasaran, mulalah terpekik terlolong supaya media alternatif dapat highlight isu kekasaran/kezaliman kerajaan UMNO dan BN terhadap mahasiswa.

Alasannya, HAK ASASI UNTUK BERHIMPUN, HAK ASASI UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT/PANDANGAN yang dijamin dalam perlembagaan. Senang cerita, boleh tak kalau satu perhimpunan itu diadakan di depan rumah mereka setiap hari? Sudah tentu marah,kan!

Berbagai-bagai cara untuk mereka berdemo bagi menuntut apa jua permintaan/pandangan. Tetapi, mereka juga perlu menghormati undang-undang dan pandangan orang lain.

 

Daripada pembacaan situasi kemarahan suara minoriti golongan ini, jelas menunjukkan intelektual mereka di serang virus politik! Jelas menunjukkan cara ucapan dan penyampaian hujah mereka, mirip Anwar Ibrahim, sekali gus jelas kedaifan mereka dalam berpolitik akan memberi kesempatan percuma bagi parti-parti politik memenangi hati golongan muda!

Jika mereka menafikan yang mereka bukan alat atau kuli kepada Pakatan Rakyat, nah tengok setiap isu yang mereka perjuangkan. Mansuh PTPTN bukan isu politik kah? Beri pendidikan percuma bukan isu politik kah? Mansuhkan AUKU bukan isu politik kah? Walau apa jua keadaan mahasiswa berjuang, yang pasti, di sebelah kanan mereka adalah pimpinan PKR, DAP dan PAS. Dan di sebelah kiri mereka adalah UMNO, MCA, MIC.

Yang pasti, perjuangan mereka bukan menunjukkan martabat interlektual mahasiswa universiti. INI KELAS BAWAHAN!

Mengapa??? Kerana jika dalam PRU-13 nanti, di mana kerusi Pakatan Rakyat menang dalam sesuatu kawasan, maka senanglah untuk mahasiswa yang vokal diberi kerja sebagai Pegawai Khas kepada Exco, Parlimen, dan DUN.

Sebagai batu loncatan masa jangka panjang, mereka yang BERKELAS BAWAHAN ini jugalah satu hari nanti akan memimpin politik Malaysia!

Sepatutnya, perjuangan mereka lebih dari ini. Perjuangan membasmi kemiskinan, perjuangan dalam meningkatkan ekonomi mahasiswa, perjuangan perpaduan antara kaum, perjuangan penyatuan orang Melayu, perjuangan ilmu sains, angkasa & teknologi.

 

DEMI MASA: Sedih melihat pengajian ilmu bukan menjadi pilihan utama mahasiswa, sebaliknya sibuk menuntut hak berpolitik dalam parti! Atas dorong apa dan siapa??? Sendiri mau jawab…

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s