LESBIAN, GAY, BISEKSUAL & TRANSGENDER…DI MANA SILAPNYA?

Di mana silapnya LGBT?

 

Melihat laporan di Buletin Utama TV3 malam tadi, paparan mengenai isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender, semakin hangat diperkatakan oleh semua pihak. Ini apa yang saya nak kata…

Fokus utama mesej laporan ini, mungkin isu ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, supaya jangan ada antara mereka yang bernaluri Gay & Biseksual, menjadi pemimpin rakyat!

Dari satu sudut lain, mungkin ramai yang terlupa, dalam pimpinan parti pemerintah juga pun, ada juga yang bernaluri Gay & Biseksual! Mungkin ramai yang terlepas pandang, bahawa dalam pimpinan parti pemerintah juga, ada yang bernaluri Lesbian!

Bermakna sesiapa juga di antara kita berupaya memilik naluri songsang ini. Dan tidak ada tanda di dahi pun untuk membuktikan seseorang itu bernafsu songsang…melainkan antara tanda berikut:

1. Mempunyai ramai kenalan yang ‘jambu’ & ‘macho’.

2. Pergi ke kelab khusus untuk gay & lesbian (seperti di Bukit Bintang).

3. Ada laporan polis setelah dibuat pengesahan dari hospital oleh mangsa.

4. Pengkid bersama pasangan perempuannya.

No 'Seks Bebas'

Ramai yang memberi respon bahawa golongan LGBT ini telah melanggar hukum agama, dan bersalah dari segi undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara. Dan tidak kurang juga yang menyarankan tindakan penguatkuasaan untuk membendung perkara ini.

Selagi ada konsep ‘kuatkuasa’, selagi itu konsep rasuah muncul. Tidak perlu meminta pandangan untuk atasi dari golongan yang tidak cerdik. Malaysia ada beribu-ribu cendikiawan professor dan ilmuan agama untuk duduk bersama bincang masalah ini, tetapi malangnya, balik-balik orang yang sama buat ulasan, contoh ahli politik dan muka NGO!

Saya berasa muak melihat laporan isu ini di Buletin Utama. Dan saya pun berasa tentu ramai yang muak juga. Terlampau sensasikan isu LGBT, sedangkan natijah penyelesaiannya tidak ada! Balik-balik orang yang sama buat ulasan, dengan agenda untuk menyerang individu tertentu. Bukan saya berniat untuk membela, tetapi sekadar mampu mengatakan, isu ini tidak akan habis sampai bila-bila.

Muka depan Harian Metro. Ada ke tindakan daripada usaha NGO untuk tutup kelab malam??? Tidak ada! Laporan sekadar laporan, tidak ada tindakan!

Facebook..antara akses informasi mudah capai.

Saya mahu tinggalkan persoalan:

1. Adakah tindakan penguatkuasaan dijamin akan menyekat penularan naluri songsang ini?

2. Apakah tidak ada usaha untuk menutup terus kelab LGBT di Bukit Bintang, walaupun pihak polis kerap melakukan serbuan di situ?

3. Boleh atau tidak dikaji hukuman untuk pengamal LGBT dipenjarakan seumur hidup sekiranya bersalah, agar jenayah ini dapat dibendung untuk kebaikan masyarakat?

4. Adakah perlu silibus pelajaran agama wajib digubal, supaya penerapan nilai-nilai agama kukuh dan kuat akidah di kalangan murid, pada masa akan datang?

 

Yang paling utama menjawab isu ini, harus datang daripada Menteri Agama. Adakah Menteri Agama hanya pandai menjaga isu Ibadah Haji sahaja? Ini hal ehwal umat Islam, sepatutnya Menteri Agama wajib tunjuk kerisauan gejala ini.

Tidak tahulah di mana silapnya. Manusia dilahirkan fitrahnya suci dan baik. Jika anaknya jahat, salahkan bapanya kerana GAGAL tidak ada beri didikan awal. Jika ada golongan LGBT yang berjaya membentuk kumpulan minoriti dalam satu gerakan, salahkan pimpinan kerajaan kerana GAGAL menyekat dan membendung dari awal.

Kerana kita leka dengan berpolitik, kerana kita taksub dengan politik, dan kita buang masa dengan politik lalu aspek kerohanian diserah tugas kepada imam-imam dan penceramah masjid untuk mendidik rakyat!

Adakah ini cara betul? Sudah tentu tidak.

Habis itu, di mana silapnya? Fikirlah sendiri sebelum bumi dilingkup sekali lagi.

 

DEMI MASA: Masih ada ruang masa untuk tangani isu ini sebelum masa tak ada.

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s