DBKL TAHAN MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA…

Occupy Dataran turut berhimpun bersama mahasiswa universiti.

Sebentar tadi, saya pergi ke Dataran Merdeka untuk melihat gambaran dengan lebih jelas keadaan mereka yang berhimpun masuk hari yang ke-11.

Tampalan di pokok yang mencacatkan persekitaran indah Kuala Lumpur.

Setelah melihat tapak tempat mereka berkhemah sudah dipagar oleh DBKL seawal pagi tadi, mereka ubah tempat di tepian tempat pejalan kaki.

Kelihatan kain-kain rentang dibentangkan di tepian jalan. Mungkin inilah luahan dan protes dari mereka.

Siapa anda untuk berkata zalim itu dan ini? Belajar pandai-pandai dulu, masuk parti, bertanding jadi calon Parlimen, dan bawa usul zalim ini di Parlimen.

Kalau Dataran Merdeka milik rakyat, maka Parlimen, Bank-bank, bangunan dan sebagainya, adalah milik rakyat juga. Dan mungkin satu hari nanti, kawasan perumahan pun boleh dikatakan milik rakyat juga. Apa laaa punya konsep pemikiran.

Tak boleh berhimpun sesuka hati. Tak boleh ada hak berhimpun secara total. Boleh berhimpun, tetapi ada syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Inilah contoh provokasi melalui tulisan. Zalim tak kalau tak dengar arahan penguatkuasa? Bagaimana kita tukar ayat ini... PENGUATKUASA DIZALIMI OLEH MAHASISWA. Apa pandangan anda?

Kawasan berpagar inilah merupakan tempat pegawai DBKL merampas khemah-khemah mereka, seawal pagi tadi.

Sumber makanan yang difahamkan disumbangkan oleh orang ramai yang simpati kepada mereka.

Adakah anda akan berasa bangga melihat perilaku ini di khalayak ramai? Pegawai DBKL kat belakang tu, tahan sabar jer....

Antara peserta tegar Occupy Dataran yang menurunkan poster tersebut setelah diarahkan pegawai DBKL.

Mereka sedang angkut sumber makanan untuk diletakkan di khemah yang baru pasang, sambil diperhatikan oleh pegawai-pegawai DBKL.

Walaupun khemah mereka dirampas oleh pihak DBKL, mereka tetap berusaha gigih memasang khemah yang dikatakan ditaja oleh pihak tertentu. Tak tau sapa...

Pegawai DBKL sedang memberi kata dua kepada wakil mahasiswa untuk tidak memasang khemah di situ.

Trak DBKL sampai untuk melakukan operasi meroboh khemah.

Antara mahasiswa ditahan setelah berlaku pergaduhan dan pergelutan dengan DBKL.

Ini adalah link video berikutan penahanan mereka oleh DBKL.

Mungkin, ramai yang kata DBKL melampau dan zalim. Tidak kurang yang berkata mahasiswa cetek akal dan degil!

Anda nilai sendiri dan bebas buat tanggapan sendiri.

Lihat di youtube:

1. DBKL TAHAN MAHASISWA 1 …> http://www.youtube.com/watch?v=6JZiVyTfJnU&feature=youtu.be

2. DBKL TAHAN MAHASISWA 2…> http://www.youtube.com/watch?v=5jms6xFUQfg&feature=youtu.be

3. DBKL TAHAN MAHASISWA 3…> http://www.youtube.com/watch?v=LILrY9A-nRY&feature=youtu.be

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan visual ini, boleh layari situasi ini jika video telah pun di upload di http://www.mobtv.my

 

DEMI MASA: Kalau ikutkan hak, masing-masing ada hak. Apa-apa pun, fikirkanlah secara rasional…

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to DBKL TAHAN MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA…

  1. Ayin aka The Witty Daria says:

    Masing-masing memang mempunyai hak. Namun demikian, hak bukanlah suatu yang mutlak. Ianya mempunyai batasan dan hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab. Sebagai rakyat Malaysia kita janganlah sewenang-wenangnya melaungkan hak tanpa menyedari apakah sebenarnya hak.

    Creating public nuisance and disorder to the public are definitely an offense to the right itself. This is because you are creating nuisance to others and thus, infringe others’ right to exercise their right to live peacefully.

    I see your point, Bro.

    • Ayin aka The Witty Daria says:

      Everyone seems to uphold the rights enshrined in the Universal Declaration of Human Rights. However, not all are aware that there are limitations imposed on these rights which are also embedded in that Declaration. Therefore, these rights are certainly not absolute.

      Samalah juga dengan konsep Ummah. Mungkin ramai yang terlalu taksub dengan hak asasi manusia yang dilaungkan oleh masyarakat Barat sampai kita lupa bahawa Islam sendiri telah pun memaktubkan konsep Ummah yang amat menekankan prinsip kemasyarakatan daripada prinsip individualistik Barat.

      I challenge you on your next article. But I’m also sharing with you some ideas to ponder.🙂

      • massa121 says:

        I will take your challenge on the next article. But please dont assume as a perfect, but just some point and view as a Rakyat Malaysia.

    • massa121 says:

      Witty Daria, thanks for give your brilliant opinion. I appriciate that.

  2. Ayin aka The Witty Daria says:

    Takder masalah. Setakat berkongi pandangan dan pengetahuan. Let me know if you get stuck in your research. Saya akan cuba tolong apa yg patut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s