Skandal Politik dan Artis

Skandal yang menyerang peribadi ahli politik hangat diperkatakan.

Menjadi tajuk perbualan, skandal Datuk Seri Shafie Apdal dan Zahida Rafik.

Zahida Rafik – Shafie Apdal

Adakah cerita skandal ini satu tuduhan liar?

Adakah dengan cerita ini antara usaha untuk jatuhkan masa depan politik Shafie Apdal?

Adakah dengan cerita skandal ini juga akan menaikkan kembali populariti Zahida Rafik?

Atau, cerita ini menjadi satu lorongan ke arah pembongkaran skandal mana-mana ahli politik/VIP dengan artis belaan/gadis simpanan?

Skandal pemimpin politik dengan perempuan simpanan bukan isu baru. Dah lama dah. Satu dunia pun ada skandal. Orang kebanyakan pun ada menyimpan skandal. Malangnya, apabila berstatus PUBLIC FIGURE, sudah tentu orang-orang ini menjadi tumpuan masyarakat. Jika tidak, orang pun tak nak peduli. Hal peribadi, buat apa nak kecoh.

Yang menjadi persoalan, mengapa Shafie Apdal mengambil masa 2-3 hari untuk menjawab segala tuduhan ini melalui kenyataan media? Berikut salinan keratan kenyataan media.

Kenyataan Media oleh Shafie Apdal

Dan ini pula petikan kenyataan dari Utusan Malaysia bertarikh 24 April:

TEMERLOH 24 April – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sekali lagi menegaskan laporan yang mengaitkan beliau membayar wang sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis adalah bermotifkan politik.

Beliau percaya fitnah seperti itu akan terus direka oleh pihak-pihak berkenaan, namun pada masa sama, ia tidak akan menghalangnya daripada terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

”Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik. Namun mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab,” katanya.

Dan berikut adalah kenyataan dari Zahida Rafik, yang saya dapat di http://www.melanaublogger.com

Kenyataan Penuh oleh Zahida Rafik

Paparan ini bukan untuk menuduh, dan bukan untuk mengiyakan. Jauh sekali mahu mengaibkan mereka.

Cuma, sekiranya benar, Shafie Apdal wajib undur diri baik dari khidmat rakyat mahupun organisasi parti. Ini kerana saya sebagai rakyat Malaysia, malu jika antara mereka yang mewakili parti Melayu, terjebak dalam skandal seperti ini.

Dan cuma, sekiranya tidak benar, Shafie Apdal wajib tampil dengan seyakin-yakinnya tidak bersalah mengikut saluran berlandaskan Islam, bukan sekadar pengumuman melalui kenyataan media mahupun akhbar-akhbar arus perdana.

Sesungguhnya, sudah tiba rakyat Malaysia mahukan pemimpin-pemimpin yang benar, bersih dan adil.

DEMI MASA: Fitnah lebih teruk dari membunuh. Oleh itu, wajar untuk bersihkan nama dengan segera. Elok jangan tunggu lama-lama.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s