BERSIH 3.0 – Adakah Himpunan Akan Capai Matlamatnya?

Road Map Bersih 3.0

28 April 2012 adalah tarikh keramat Bersih 3.0. Himpunan gergasi rakyat yang dianggarkan 500,000 orang akan hadir. Lokasinya di Dataran Merdeka.

Mengapa di Dataran Merdeka? Kerana Dataran Merdeka dianggap tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957, bermakna tempat keramat Kemerdekaan Rakyat dari zaman penjajahan British.

Tujuannya Bersih 3.0 ini boleh dikatakan himpunan untuk memprotes setelah tidak puas hati dengan laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), yang dikatakan tidak mengambil sebahagian daripada tuntutan Bersih 2.0. Himpunan ini juga untuk memprotes kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menangani isu daftar undi pemilih yang masih ada keraguan.

Antara tuntutan Bersih 3.0

Menjelang Himpunan Bersih 3.0, banyak sekali isu yang diutarakan oleh pelbagai pihak. Antaranya:

1. Debat antara YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO vs Datuk Ambiga Sreenevasan (Bersih 3.0) yang dianjurkan oleh MalayMail dan disiarkan oleh media The Malaysian OBserver TV (MOBTV.MY).

Boleh ikuti debat di http://www.mobtv.my/talkshow-1269.html

Ada maklum balas mengatakan YB KJ sudah berjaya menangkis segala tuduhan yang dilemparkan oleh Datuk Ambiga. Dan ada juga yang kagum dengan cara Datuk Ambiga membongkarkan isu penipuan daftar undi pemilih. Dan ada yang kata YB KJ tak habis-habis tunjuk flyers Bersih 3.0 serta berhujah untuk menyembunyikan kelemahan SPR. Dan ada yang merungut Datuk Ambiga tak faham-faham supaya Bersih 3.0 tidak perlu di Dataran Merdeka, sebaliknya wajib di Stadium Merdeka. Bagi saya, kemenangan 50-50 (seimbang) untuk mereka. Masing-masing ada hujah bernas untuk diketengahkan.

2. Kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) YB Saifuddin Nasution bahawa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz bersama Timbalannya, Datuk Wan Ahmad adalah ahli UMNO dan sepatutnya mereka yang berurusan dengan hal ehwal pilihanraya wajar mengambil pendirian ‘tidak menjadi ahli kepada parti’.

3. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz kata, nama 40,803 pengundi yang status mereka diragui perlu dikekalkan dalam Daftar Pemilih Induk sehingga status mereka disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini kerana undang-undang tidak membenarkan nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN.

Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim,
Naib Pengerusi DAP

4. Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz menyatakan tidak menyokong himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, kerana khuatir himpunan yang bermula dengan aman akan berakhir dengan keganasan, maka timbul isu siapa yang akan menjamin keselamatan mereka?

5. Terbaru, untuk menyekat kemaraan Bersih 3.0, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup Dataran Merdeka kepada orang awam, mulai jam 6 pagi Jumaat sehingga 6 pagi Ahad ini, mengikut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

6. Akhirnya, respon Datuk Seri Hishmuddin kata polis akan ambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetap berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

7. Dan akhirnya, berkicau di laman Twitter supaya rakyat bangkit dan hadir pada himpunan gergasi rakyat bagi membantah ketidaktelusan sistem pilihanraya Malaysia. Maka ahli-ahli Pakatan Rakyat pun menyeru tak habis-habis turun bangkit tunjuk tanda sokongan terhadap Bersih 3.0.

Bukan saya menyokong Bersih 3.0 mahupun tidak menyokong Bersih 3.0. Saya menyokong perhimpunan aman, selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam, selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Pada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan -KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN BERPERSATUAN dan harus melihat kepada Perkara 10 (1) iaitu Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) seperti berikut:

SILA BACA DAN FAHAM

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan

Jika sesiapa yang tidak memahami batasan ini, maka anda lah rakyat yang membelakangkan perlembagaan negara.

Jadi, adakah hak kebebasan mutlak ada pada rakyat? Adakah hak kebebasan boleh dilaungkan di jalanan tanpa melihat buku Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu? Apa fungsinya barisan Parlimen jika sesuatu perjuangan itu tidak dibahas di Parlimen? Apa gunanya pilihanraya JIKA ITU sistem kebebasan yang kita ada…

Himpunan gergasi rakyat bakal menghimpunkan seluruh rakyat di pelusuk tanah air. Sesiapa sahaja boleh berada di jalanan. Akan tetapi, sejarah Bersih 2.0 telah membuktikan berlaku pertempuran kumpulan Bersih 2.0 dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU PDRM). Semuanya gara-gara mengingkari arahan.

Siapa yang menjadi mangsa, RAKYAT.

Siapa yang dapat nama buruk, PDRM & KERAJAAN MALAYSIA.

Siapa yang minum/gelak ketawa di lobi Hotel Meridian, PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN.

Siapa yang jadi alat di jalanan, RAKYAT!

Kali ini, konsep Bersih 3.0 adalah DUDUK & BANTAH. Kenapa tidak laksanakan di Stadium Merdeka ATAU Stadium Shah Alam, ATAU Stadium Bukit Jalil? Mengapa niat yang baik ini, perlu dilaksanakan di Dataran Merdeka? Walau apa jua pun alasannya, sudah tentu mengganggu saya untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga apatah lagi orang lain:- JALAN SESAK BERJAM-JAM LAMANYA, JALAN BANYAK TUTUP.

Sudah tentu, permulaan yang aman akan berakhir dengan keganasan. Tentunya rakyat Malaysia dan satu dunia dapat melihat provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan himpunan ini. POLIS ANJING & POLIS BODOH sudah tentu akan terkeluar dari mulut mereka.

Apa yang kita nak harapkan daripada perhimpunan ini?

Apakah kesudahannya?

Dengan keadaan sebegini, adakah Bersih 3.0 akan capai matlamatnya? Rasanya, sudah tentu TIDAK!

DEMI MASA: 28 April – tarikh hari lahir saya. Rancang untuk bercuti terpaksa dibatalkan, kerana ingin buat liputan acara ini. Sedih beb, batal cuti!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

2 Responses to BERSIH 3.0 – Adakah Himpunan Akan Capai Matlamatnya?

  1. HeroTamil says:

    Exactly…..
    Secara peribadi, lantak lah deme nak buat 3 hari 3 malam pun.
    Just buat di lokasi yang sesuai….

    mereka hanya memikirkan hak mereka..how about hak mereka yang tak mahu terlibat?..Kerana tamak dan haloba memikirkan diri sendiri…mereka telah menidakkan hak org lain….kerna mereka ramai yang terpaksa duduk di rumah…..

    Cuba buat kat stadium,
    1. Tempat letak kereta terjamin (terutama jika buat di Stadium shah alam atau Bukit Jalil. (tidak menyebab kesesakan)

    2. tempat duduk pun ada (so duduk lah 3 hari 3 malam pun)
    yang pasti nya penganjur kena isi borang menjamin bayar ganti rugi bagi sebarang kerosakan.

    3. Sekiranya buat di stadium 3 hari 3 malam., sudah pasti dapat membantu peniaga kecil kecilan membuat sedikit perniagaan membantu menjana ekonomi walaupun tak seberapa….. and its so good…buat lah setiap bulan sekali..tiada siapa larang…

    4. Perndemo boleh buat urusan mereka tanpa mengganggu urusan org lain tidak mahu terlibat dgn acara ini.

    Adil untok semua.

  2. pmcpm says:

    Hero Tamil, saya heroin tamil. Punya untung beberapa restoran mamak dan fast food yang buka hari itu, satu bulan bolih cuti. Habis semua air bergas, jus buah dan air minuman. Yang tinggal, hanya air mineral ! Nasi yang ada hanya ayam dan daging dengan kuah punyalah sedikit (lauk lauk lain semua habis licin, tinggal periuk periuk kosong sahaja dekat kedai mamak pada pukul 1.15 petang.

    Minta=minta tak perlulah bersih 4.0, tapi kalau terpaksa sediakanlah bungkus bungkus makanan dengan amaun sedikit ya (maklum lah toilet tak ada) yang senang di makan seperti meehoon, nasi ayam, sanwic, burger, nasi bungkus dengan sayur dan ayam tanpa tulang kerana kedai kedai penuh terpaksa duduk makan bawah pokok.

    Kalau ada demo dalam stadium, terus kena tembak tear gas – habislah matilah semua macam kena sembur mortein !!! Salam bersih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s