Himpunan Bersih 3.0 – GAGAL CAPAI MATLAMAT!


Himpunan Bersih 3.0 sudah berlalu. Bermula seawal 11 pagi, dan tamat sekitar jam 7.20 malam.

Sudah pasti, esok, lusa dan tulat, tentu media arus perdana dan media alternatif, masing-masing memberi reaksi yang berbeza.

Namun, bukan itu yang ingin diperdebatkan.

Cuma satu: BERSIH 3.o GAGAL MENCAPAI MATLAMAT!

Kunjungan saya sebagai pemerhati media melihat gelagat-gelagat peserta himpunan Bersih 3.0, pada mulanya baik sesuai dengan konsep DUDUK & BANTAH, namun, konsep itu sudah berubah menjadi LAUNGAN JERITAN REFORMASI dan DEMONSTRASI JALANAN.

Jika pimpinan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat kata berjaya kumpul 250,000 orang, MAKA SAYA KATA dibawah 150,000 orang. Dari lokasi KLCC, lokasi Brickfield, lokasi Masjid Negara, dan lokasi Pasar Seni, semuanya menuju ke Dataran Merdeka. Tepat jam 2.30pm, keadaan menjadi semakin tegang apabila berlaku provokasi peserta dengan polis (seperti laungan polis anjing, DBKL anjing- telahan saya betul), peserta-peserta BERSIH 3.0 cuba untuk memasukki perkarangan Dataran Merdeka dengan merempuh penghadang/besi sekatan jalan.

Lokasi Pasar Seni. Ramainyer…

Berkumpul di depan Majlis Peguam

Hishamuddin Rais sedang memberi ucapan berhampiran Masjid Jamek.

Berdepan Dataran Merdeka

Cuba nak bukak besi penghadang

Keadaan menjadi semakin tegang sebelum rempuhan.

Siap sedia

Polis sedang perhati gelagat peserta-peserta Bersih 3.0 sebelum rempuhan berlaku.

Kemudian, FRU pun melepaskan tembakan gas pemedih mata. Aduh, saya pun tidak dapat lari dari situasi ini. Pedih tak terkata. Nafas sesak lagi menyesakkan. Keadaan kembali stabil dan terkawal, setelah beberapa tangkapan polis terhadap peserta-peserta Bersih 3.0.

Dan gelombang kedua terjadi lagi. Pada jam hampir 3.40 petang, sekali lagi peserta-peserta Bersih 3.0 cuba melakukan provokasi terhadap polis, dan memaksa FRU untuk melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, untuk menyuraikan keadaan. Saya berharap keadaan menjadi stabil semula, dan beberapa tangkapan polis terhadap peserta-peserta Bersih 3.0 semakin meningkat.

Jam hampir 4 petang. Saya difahamkan pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat sudah meminta kepada para peserta supaya bersurai dan perhimpunan tamat serta-merta. Keadaan terkawal.

Secara tidak diduga, gelombang ketiga muncul! Kali ini tepat pada jam 6 petang. Kelihatan mereka amat sekali mencabar kewibawaan dan ketabahan pihak polis. Malah, kesabaran saya juga. Ada yang membaling batu, dan ada yang membaling botol mineral, tidak kurang juga ada yang membaling botol kaca ke arah polis.

Oleh itu, satu tindakan drastik yang saya dapat lihat, pihak polis telah menangkap sejumlah besar peserta-peserta Bersih 3.0 yang degil untuk bersurai. Kalau ada yang kata di kalangan peserta kena belasah, PADAN MUKA. Jangan lah kata HAK ASASI atau APA! PADAN MUKA SEKALI LAGI.

Oleh kerana tidak ada lagi ancaman, saya dan rakan-rakan media bersurai pada jam 8 malam.

Jadi, saya berpendapat:

1. BERSIH 3.0 dengan konsep DUDUK & BANTAH —> majoriti mereka melakukan demonstrasi jalanan dengan laungan REFORMASI!

2. Di mana pemimpinan BERSIH 3.o dan pemimpin politik PAKATAN RAKYAT, di saat Rakyat berjuang di jalanan? Seperti biasa, asal tunjuk muka, berucap sepatah dua kata, lepas itu balik/pergi tempat selamat.

3. Sepanjang jalan, sampah-sampah yang ditinggalkan oleh peserta-peserta Bersih 3.0.

4. Tingkahlaku peserta-peserta Bersuh 3.0 lebih kepada provokasi kepada polis.

5. BERSIH 3.0 – GAGAL CAPAI MATLAMAT!

Sungguhpun terdapat kekasaran dari pihak polis, orang ramai tak perlu nak bising-bising. Kerana, dari awal lagi pihak polis sudah memberi amaran yang ntah berapa banyak kali, supaya mereka bersurai. Kerana degil, terima lah padahnya.

Dan, sudah tentu yang akan dapat nama buruk adalah PDRM, Perdana Menteri Najib, dan Kerajaan UMNO/BN. Dan sudah tentu juga Pakatan Rakyat akan mencanang ke seluruh ceramah untuk mensensasikan isu ini.

Jika kita hormat undang-undang, maka hal ini tidak akan terjadi.

Jika himpunan ini dibuat di stadium, maka konsep DUDUK & BANTAH sudah tentu dapat dilaksanakan. Tiada siapa yang cedera.

Jadi, benarlah kata SETIAP PERHIMPUNAN YANG AMAN, PASTI BERLAKU KEGANASAN.

DEMI MASA: Tolonglah jangan ada Bersih 4.0 pula selepas ini.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

10 Responses to Himpunan Bersih 3.0 – GAGAL CAPAI MATLAMAT!

  1. -Ijang- says:

    yg cedera, yg kena gas, yg penat berpeluh duduk tgh jalan tuh org awam …. pemimpin2 yg plan semua ni mana nak join, nak jaga gak keselamatan diri… so, oleh sebab dorg xpernah rasa spt apa yg org awam tuh rasa, DIJANGKA akan ada bersih 4.0….kalau kali ni kereta peronda diterbalikkkan, pasni xtau apa plak akan terjadi…. orang kita ni makin lama makin ilang perasaan, makin x reti nak bersyukur….

  2. lah 88 says:

    cukup tak paham..kenapa msti ada seumpama ini? apa yang anwar cube nak tunjukkan?masyarakat masih tak sedar atas apa yg dah dap, pas n pkr lakukan?lihat sahaja negeri dibawah pimpinan mereka..apa jadi?bgtau aku apa yg da pembangkang buat?mana negara 19 septmber mereka?mereka hanya tahu nak debat, buat demonstrasi jalanan…puas hati ea anwar sekarang??jgn sekali2 kita perjudikan masa depan negara …kepentingan anak cucu kita…jika betol anwar nak jd pm, tunjuk akhlak yang baik, bukan mengajar dgn cara ini.. sedih melihat org perangai org Melayu yang bersikap seumpama itu..ini kah yang dinamakan berjuang demia bangsa dan agama?jika kita amati sebelum ni negara tak pernah berhadapan dgn perhimpunan yg aku anggap bodoh seperti..majoriti adalah org melayu..untuk apa wat mcm ni utk naik kan org lain yg hanya tahu menghuru harakan negara…akalu betol pon terdesak nak jdpm, tggu je la PRU 13 nt..tak perlu nak berdemo n tunjuk lagak gitu..mana pemimpin korang masa korang berjuang kat jalan??pikir la…tak perlu nak cari kesilapan pemimpin negara kaalu LEADER pakatan pembangkang sendiri hancus….salam.

  3. shahril says:

    Pandangan saya x salah buat demonstrasi jalanan ni utk Bersih.Cume sebilangan kecik je dari 150000 ahli yg macam ni.Memanglah Padan kene macam tu.Pastu kerajaan dipersalahkan.Adooyai.
    Bagus demonstrasi untuk membuka mata org2 BN supaya lebih terbuka dan memperbaiki kesilapan yg ada pada BN skarang.memang BN semakin teruks karang ni tp saya masih gembira buat masa ni masih ada pemimpin yg baik.cuma segelintir sahaja yg tidak mengikut undang2.alhamdulillah BN di kawasan saya amatlah bagus.Oleh itu saya masih lagi dengan BN.
    Diharapkan janganlah melayu berpecah belah hanya kerana perbalahan politik ni.Aku xnak negara kite dipimpin oleh bangsa lain seperti yg berlaku di singapore.Azan X boleh kuat2 dan sebagainya,Keistimewaan orang melayyu sume akan dipertikaikan di kemudian hari dan agama kite tidak diendahkan langsung.Marilah kita bersatu kawan2 sume.Janganlah berbalah sesama kaum.Pasti ada penyelesaiannya nanti.

  4. Sahar says:

    saya tak memihak mana-mana. tapi saya ada tengok video KERETA POLIS LANGGAR PESERTA BERSIH, rasanya itu sapa nak jawab. rasanya itulah punca kereta polis diterbalikkan. pasal peserta ditangkap kerana merempuh memang saya setuju. tapi pasal kereta polis langgar orang awam saya jadi musykil??????????

    • massa121 says:

      saudara sahar,
      saya juga tidak memihak mana-mana.
      saya ada di lokasi kejadian.
      insiden Kereta Polis Langgar Peserta Bersih adalah kerana peserta-peserta luar kawal membaling batu dan botol kaca ke arah pemandu kereta polis, menyebabkan pemandunya pengsan lalu kereta hilang kawal… apa boleh yang anda jangkakan jika keadaan luar kawal?? boleh lihat video2 di youtube, sekadar perbandingan.

      • unknown6361 says:

        betul tu….klu betul la kereta polis langgar peserta bersih takde nye peserta dapat naik atas kereta polis tu…rakaman tu sendiri menunjukkan kereta tu slow…dah peserta bersih tu buat mcm tu…panic la jadinye…secara reaiti pun klu kita bawa kereta…binatang lalu time kita drive pn kita boleh panic ini kan plak org ramai datang menyerang…

      • massa121 says:

        saya setuju pandangan saudara..

  5. unknown6361 says:

    kalau lah ini terus berlaku…cuma 1 penghujung yang dapat dilihat..kehancuran NEGARA MALAYSIA…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s