Ape Pun Tak BERSIH…

Walaupun habitat tikus suka berada di persekitaran yang kotor, namun tikus mampu untuk kotorkan tempat yang bersih.

Kita selalu dengar peribahasa ini:

1. Baling batu, sembunyi tangan.

2. Berak di tepi jalan, taik sendiri tak mengaku, tuduh anjing punya taik.

Ini kesimpulan yang saya dapat kata pasal kesan akibat BERSIH 3.0. Masing-masing memberi kenyataan yang menjaga diri sendiri, parti dan rakyat.

Antara yang sering mereka akan kata adalah:

1. INI SEMUA PROPAGANDA UMNO & BN! – dah basi

2. POLIS YANG MULAKAN PROVOKASI – dah basi!

3. POLIS GUNAKAN KEKERASAN – dah basi

4. RAKYAT DITINDAS – dah basi

5. PEMERINTAHAN ALA DIKTATOR dan KUKU BESI – dah basi

Apa yang saya nak tanya:

1. DI MANA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT (yang sering mewakili rakyat) KETIKA INSIDEN REMPUHAN ITU BERLAKU? – tiada jawapan memuaskan hati!

2. MENGAPA ARAHAN MAHKAMAH TIDAK DIPATUHI? – tiada jawapan memuaskan hati!

3. MENGAPA ANWAR BERI SIGNAL PADA AZMIN, LALU AZMIN MEMBERI ISYARAT MARA KEPADA PARA PESERTA DI HADAPANNYA? – tiada jawapan memuaskan hati!

4. SIAPA YANG NAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KEROSAKAN YANG ADA PADA KEJADIAN? – tiada jawapan yang memuaskan hati!

5. MENGAPA PERHIMPUNAN TIDAK DIADAKAN DI TEMPAT YANG SELAMAT DAN TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN KEPADA RAKYAT? – tiada jawapan yang memuaskan hati!

Bukan saya tidak menyokong Bersih 3.0. Siapa yang tak nak sokong sesuatu sistem pilihanraya adil dan telus. Saya lagi sokong sekiranya perhimpunan yang mengumpulkan para penyokongnya dalam suasana aman dan tercapai objektifnya. Maknanya, lagi senang kerajaan PM Najib nak lihat ratusan ribu rakyat yang DUDUK & BANTAH terhadap Sistem Pilihanraya kini.

Pada hemat saya, ramai yang menunding jari pada penganjur Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat. Usaha mereka untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap isu sistem pilihanraya, tampaknya rakyat kini sudah beralih arah, selepas beberapa insiden Bersih 3.0. Ramai yang bertanya, di mana pemimpin-pemimpin lain, tatkala rakyat bertempur dengan polis? Ramai rakyat yang bertanya, mengapa perlu rempuh Dataran Merdeka? Bukankah cukup sekadar DUDUK & BANTAH walaupun sejengkal dari Dataran Merdeka?

Saya sudah lali mendengar, ejen provokasi yang berselindung baju kuning Bersih adalah Special Branch (SB) Polis. Kalau ya, mengapa? Kalau tidak, mengapa? Saya sudah lali mendengar, polis memukul peserta demonstrasi. Kalau benar pukul, mengapa? Memang saya nampak berlaku pemukulan polis terhadap peserta demonstrasi. Kerana apa? Kerana waktu itu, gelombang ketiga demonstrasi peserta-peserta Bersih sudah berada di luar kawalan, pada jam 6 petang. Takkanlah suasana di luar kawalan, polis nak diam dan tengok jer…. Saya pun letih sebab dah nak malam beb, inikan pula para anggota polis yang berdiri terpacak lamanya dari awal pagi sampai berlarutan ke malam. Kalau ikutkan hati saya, saya pun ada berasa keinginan nak hentak je orang-orang demonstrasi ni.

Bila dah kena pukul, lepas tu bising dan kecoh dalam media, POLIS GANAS DAN KEJAM. Pada hal, arahan LARANGAN BERHIMPUN dah terang-terang Mahkamah Tinggi bagitau. Ahli-ahli MAJLIS PEGUAM mulalah sibuk merakam gambar polis belasah peserta demo, polis tembak gas pemedih mata terhadap orang awam, dan kata polis tak ikut Standard Of Procedur (SOP). Wartawan-wartawan pelbagai agensi pun, sibuk merangka agenda apa nak tulis esoknya.

Biarlah jika ada yang kata ejen provokasi adalah SB Polis. Yang Bersih nak ajak rakyat buat di Dataran Merdeka, buat apa. Cuba tempah 3-4 stadium, lepas tu kita lihat sama ada SB Polis berani buat provokasi dalam stadium tu atau tak? (memang tak lah kena lanyak dalam stadium nanti)

Akhirnya, yang tersurat dalam agenda Bersih 3.0 adalah DUDUK & BANTAH, tetapi agenda tersiratnya adalah POLIS GANAS DAN KEJAM. Itu yang saya dapat lihat dan dengar. Berita ini tersebar di seluruh dunia.
DEMI MASA: Tertarik dengan gambar tikus. Walaupun tikus suka kotorkan tempat yang bersih, hakikatnya, tikus perlu masuk perangkap dan mati, agar tidak mengulangi pencerobohan di tempat yang bersih.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s