Parlimen Bubar 14 Mei 2012?

Parlimen Malaysia

Desas-desus bertiup kencang membawa khabar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dijadualkan pada Jun 2012, maka pentabbiran PM Najib akan bubar Parlimen minggu depan…14 mei 2012.

Siapalah saya untuk buat keputusan ini, hanya PM Najib saja yang tahu bila masanya. Jika benar jangkaan desas-desus ini, maka inilah masa yang sangat sesuai, berikutan keadaan politik semasa yang kian rancak.

Jika tidak benar pun, bermakna masih ada perkara yang harus pentadbiran PM Najib perlu lakukan dalam memastikan parti pemerintahnya terus berkuasa.

PRU-13 ibarat penentuan hidup dan mati parti UMNO/BN menentang gabungan Pakatan Rakyat.  Maka PRU-13 lah menentukan sejauh mana relevan dasar parti untuk rakyat.

Mungkin beberapa perkara isu utama telahpun diselesaikan, antaranya isu Skandal National Fidlot Corporation (NFC), isu MAS-AirAsia, dan isu penyenaraian saham Felda ke Bursa Saham. Malah, durian runtuh untuk golongan peneroka Felda RM5,000 – RM15,000!

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 telahpun diagihkan. Bantuan anak-anak sekolah RM100 seorang pun telah berjaya dilaksanakan. Segala projek pembangunan di setiap roadshow negeri telahpun diumumkan. Segala permasalahan utama rakyat ada yang diselesaikan, dan ada yang dalam pemerhatian dalam bentuk janji.

Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 tidak beri impak pada pentadbiran PM Najib. Kerana niat sebuah NGO yang suci itu, dicemari dengan campur tangan politik Pakatan Rakyat, dan bukannya mewakili suara anak-anak Malaysia. Walaupun usaha untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN gagal rentetan insiden Bersih 3.0, tetapi usaha mereka hanya berjaya memalukan Malaysia di mata dunia.

Cuma satu perkara yang penting bermain di fikiran rakyat, adakah sistem pilihan raya benar-benar bersih, telus dan adil? Kerana SISTEM direka oleh manusia, dan mudah DIMANIPULASIKAN oleh manusia. Sekiranya sistem DICABUL, maka manusia HILANG PERCAYA. Ini hakikatnya.

Sejauh mana ketelusan Jawatankuasa Parlimen Khas (PSC) dalam menangani segala permasalahan pilihan raya, rakyat masih tak faham. Setelus mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mengurus hal ehwal sistem pilihan raya, masih belum mampu buat rakyat faham. Sehebat mana perjuangan Bersih yang didominasi politik pembangkang, rakyat makin celaru dan berpuak.

Cuma, beberapa isu yang mungkin minoriti rakyat ambil perhatian iaitu Skandal Komisyen Pertahanan di Perancis, isu gambar aksi panas pemimpin-pemimpin politik, dan isu Pendidikan Percuma serta Mansuhkan PTPTN.

Apa yang penting, calon-calon bertanding dalam setiap parti, harus ada ciri-ciri kredibiliti, bijak pandai, dan arif menguruskan masalah rakyat, mengikut acuan kehendak RAKYA MALAYSIA, bukannya kehendak INDIVIDU PARTI.

DEMI MASA: Tarikh akhir untuk adakan pilihan raya adalah pada 28 Jun 2013. 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Road to PRU-13. Bookmark the permalink.

2 Responses to Parlimen Bubar 14 Mei 2012?

  1. Saya support blogger Msia… cuma… harap awak letak themes yg lebih ringan … connection saya agak slow ..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s