MELAYU HILANG DI DUNIA

Buku Melayu Hilang Di Dunia – oleh Khalid Salleh

“Dalam politik siapa pun boleh mengaku bersetia, bersumpah al-Quran dan sebagainya kerana politik adalah bangkai yang menghimpun segala macam  kehancuran dan kebusukan yang tidak akan mententeramkan nilai sebenar erti kemanusiaan dan kebenaran hakiki.

Politik adalah ular bisa yang menyelinap di sebalik jubah agama, teknologi ketamadunan, perangkap kebijaksanaan atau apa yang disebut sebagai pakar, ahli, ‘maha tahu’ dan sebagainya. Maka itu politik mampu menjungkir balikkan semua perkara dalam kehidupan manusia.”

PETIKAN DARIPADA Melayu Hilang Di Dunia.

Bersama Embie C.Noer (tengah) dan Khalid Salleh sedang bertukar pandangan mengenai seni perfileman dan teater, ketika di Jakarta, tiga 4 tahun yang lalu.

Hari Jumaat 11/5/2012, waktu tengahari perut berbunyi tanda saya perlu mengisi makanan. Jalan-jalan cari makan di warung berdekatan Dewan Bahasa & Pustaka. Setibanya di situ, terjumpa dengan kenalan lama yang dah 4 tahun tak jumpa, Khalid Salleh @ Wak Khalid.

Lalu Wak Khalid terus menceritakan buah tangan terbaru Melayu Hilang Di Dunia kepada saya, dan buku itu diberi sebagai tatapan tanda sahabat. Yesss!!!!

Buat masa ini, saya sedang meneliti isi kandungannya. Diharap saya akan dapat memberikan ulasan selepas membacanya dan mengamatinya.

Sebagai makluman, buku ini tidak begitu meluas dijual di kedai-kedai buku, dan boleh dibeli dengan online harga RM54.90 dan merupakan cetakan kedua, kerana sangat LARIS!!!! Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini, boleh email kepada di pengedar.buku@gmail.com

ATAU

http://www.mudah.my/Buku+Melayu+Hilang+Di+Dunia-15879712.htm

 

DEMI MASA: Takrif politik adalah kebenaran dan kebohongan sekali gus. Maka, nilai politik adalah lurah kebinasaan yang mampu meruntuhkan dan melenyapkan sejarah bangsa sekiranya tidak mempunyai landasan yang benar dan bermaruah.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Road to PRU-13. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s