DEMO ‘POLICE BRUTALITY’…

Tarikh: 12/5/2012 (sabtu)

Lokasi: Majlis Peguam, Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur

Sepatutnya, hari itu saya dengan keluarga ada urusan majlis kenduri-kendara kenalan rapat. Malangnya, dek kerana desas-desus mengatakan sekumpulan NGO dikatakan cuba untuk menawan Dataran Merdeka buat kali kedua, selepas mereka tidak dapat menawan Dataran Merdeka ketika Bersih 3.0, maka saya hadir untuk memerhati gelagat mereka.

Mana la tahu, cubaan menawan Dataran Merdeka buat kali kedua, menjadi kali ini. So,will be a good story!

Sepanjang tinjauan di Dataran Merdeka, orang awam termasuk wartawan dilarang masuk oleh polis bertugas, malah laluan masuk ke Dataran Merdeka juga ditutup dengan penghadang besi. Kelihatan, semacam pentas sedang didirikan di atas jalan, agaknya ada majlis Kementerian Penerangan kot. Bila ditanya mengapa ditutup, jawabnya ‘arahan atasan’. Terdapat juga beberapa kumpulan anggota polis dan DBKL sedang lepak-lepak di tepi sudut berhampiran. Agaknya, mungkin mereka dapat maklumat lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga.

Jadi, saya dan beberapa orang rakan media pergi ke Majlis Peguam, kononnya lokasi pertemuan NGO untuk berdemo. Kebetulan hari pun mendung, kadang-kala hujan rintik renyai. Mereka berkumpul dan melaungkan antaranya ‘POLICE REFORM’ and ‘STOP BRUTALITY’!

Gelagat mereka saya rakam untuk tujuan kenangan.

Dan yang buat saya berasa meluat, adalah mereka tak jadi pun nak bergerak dan rempuh Dataran Merdeka. Bengang betul! Nak organize, organize la betul-betul! Jangan main-main dan buang masa orang lain! Setakat nak buat tunjuk perasaan di depan Majlis Peguam sambil pegang sepanduk meriah bagai nak rak, budak-budak tadika 4 tahun pun boleh buat roadshow.

Persoalannya:

1. Adakah mereka serius?

2. Adakah tunjuk perasaan ini hanya sekadar mengisi aktiviti dalam Kalender Mei 2012?

3. Mengapa niat nak rempuh Dataran Merdeka memerlukan hari Sabtu, di mana hari itu lah masa sesuai keluarga luangkan masa dengan anak-anak?

4. Adakah mereka tidak ada hari selain hari Sabtu Ahad untuk rempuh dan menawan Dataran Merdeka?

5. Apakah selama ini mereka tidak pernah jejak Dataran Merdeka?
Mereka yang tunjuk perasaan ini ibarat kemuncup-kemuncup tepi seluar je, mahu jana suasana yang aman menjadi tarikan orang ramai yang lalu jalan tu. Nasib baik tunjuk perasaan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden.  Tapi, jalan ada la sesak skit.

Bagi saya, Dataran Merdeka tak ada nilai estatik pun, walaupun apa yang orang lain nak cakap, saya kata memang tak bernilai. Hanya sebuah padang sekangkang kera saja. Tetapi, alasan ‘bebas merdeka’ la penyokong-penyokong tegar terlalu taksub nak rempuh. Sedangkan mereka boleh pegi sorang-sorang pun ke situ.

Nak debat pasal ‘Police Brutality’? Sampai bila pun tak habis dan tak ada kesudahan.
DEMI MASA: Hakikatnya, di mana-mana negara pun ada keganasan polis terhadap orang awam, jika arahan perundangan tidak didengari oleh mereka yang degil tegar! Dah kena, padan muka!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Bersih. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s