SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2012

SELAMAT HARI GURU!

Blog ‘AKU SEORANG RAKYAT MALAYSIA’ ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar saya dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke universiti. Sampai bila-bila pun, saya akan kenangkan guru-guru sebagai tanda penghormatan tidak terhingga kepada mereka.

Bila sebut pasal guru, teringat kenangan sewaktu di sekolah:

1. Kena rotan dengan cikgu disiplin sebab tak ikut peraturan.

2. Kena denda ketuk ketampi+berjemur kat padang sebab terlewat skit datang 5 minit waktu persekolahan.

3. Kena puji dengan cikgu atas pencapaian bidang ko-kurikulum (pidato, bahas, taekwondo, olahraga)

4. Jatuh cinta dengan cikgu (Melayu, Cina, India)… zaman syok-syok sendiri sebab cikgu lawa beb!

5. Pernah nampak cikgu bercinta dengan cikgu, akhirnya bertemu jodoh!

6. Tak suka melihat cikgu kesayangan tamat perkhidmatan (bersara atau tukar sekolah)! Sedih beb…

7. Setiap hari guru, mesti cikgu dapat hadiah dari murid/pelajar. Ada jamuan, makan-makan…

8. DAN yang paling aku takkan lupa, PENGETUA sekolah tarik telinga depan kawan-kawan kelas sebab hari itu sahaja aku melanggar peraturan sekolah. (malu beb!)

9. Akhir sekali, Yang paling aku bangga, walaupun 10 tahun tak jumpa, guru-guru masih ingat nama saya hingga ke hari ini. Respect giler!!!!

 

Apa-apa pun, jika saya ke sekolah tiap-tiap hari dan guru tak ajar saya hari-hari, siapa lah saya pada hari ini.

 

DEMI MASA: Guru…sumber ilmu.

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s