SIAPA YANG TAK KENAL IBRAHIM ALI…

Bersama Datuk Ibrahim Ali @ Tok Him di ruang legar mobtv.my

Siapa yang tak kenal dengan Ibrahim Ali? Dari satu sisi, ramai yang mengutuk dia adalah Putera Katak. Dari satu sisi lain, ramai yang kagum dengan perjuangan membela bangsa Melayu. Dari satu sisi yang lain, ramai yang dengki terhadap kredibilitinya yang lantang bersuara. Semua ini asam garam apabila terjun dalam bidang politik.

Dan ramai yang tak tahu, dia adalah ‘the great super duper senior’ saya di Fakulti Komunikasi dan Media, UiTM. Bangga dapat bertemu my senior 1st Batch berkongsi hujah dan pandangan di ruang legar The Malaysian OBserver TV (mobtv.my).

Pernah menjadi pemimpin pelajar dari ITM yang terlampau vokal memperjuangkan isu kemiskinan penduduk Baling sekitar 70-an, bersama Anwar Ibrahim. Pernah juga diberi ‘sarjana kedoktoran PhD’ dari penjara ISA, Kemunting. Dan juga pernah menjadi antara orang media seperti saya. Keputusan menceburi politik diambil bagi meneruskan agenda perjuangan Melayu, dulu hingga kini!

Maka, segelintir golongan orang sering memandang serong dan pandang buruk terhadap Ibrahim Ali. Saya bukan hendak ‘backing’ dia sangat, tetapi ada satu sudut pandangan yang harus saya perkatakan. Walaupun sejarah politiknya pernah bertukar-tukar parti, (dari UMNO, kemudian S46, dan masuk UMNO balik, kemudian Bebas, lepas itu bertanding atas tiket PAS, dan kini menjadi Bebas), satu jenama yang dicipta oleh orang-orang ini, maka Ibrahim Ali digelar ‘Putera Katak’.

“Saya bangga dengan gelaran Putera Katak, kerana terdapat juga ahli-ahli politik yang lebih hebat lompat parti dari saya, Bapak Katak dan Maharaja Katak. Siapa, biarlah saya rahsiakan. Tetapi, harus diingat, saya bukan mencari platform kemewahan wang ringgit seperti yang dilakukan orang lain, tetapi agenda pembelaan suara  nasib Melayu itulah prinsip perjuangan saya”.

Kata-kata Ibrahim Ali itu membuat saya terfikir bahawa, istilah lompat parti hanya berlaku kepada ahli politik. Jadi, ia satu perkara biasa bagi orang-orang politik. Sudah menjadi lumrah ahli politik lompat parti dalam menentukan survival politik masing-masing. Maka,  momokkan label ‘Putera Katak’ tetap melekat pada Ibrahim Ali, tetapi mereka yang lain lompat parti juga layak juga saya gelarkan mereka ‘Katakians’. Contohnya, UMNO lompat PKR. PAS lompat UMNO. DAP masuk UMNO. UMMO masuk DAP.

Dalam pada disaat pemimpin-pemimpin politik (tak kira parti pemerintah atau Pakatan Rakyat) dilanda masalah isu moral, isu penyelewengan, dan isu rasuah, jarang yang saya dengar Ibrahim Ali bermasalah. Nak kata ada skandal dengan artis, tak juga. Nak kata bagi perempuan simpanan duit berjuta-juta, tak juga. Nak kata dia terima dan beri rasuah, tak juga. Yang dicop bermasalah, adalah lompat parti. Itu pun pada hemat saya, dia lompat parti sebab agenda perjuangan Melayu masih gagal difahami sepenuhnya oleh Parti Pemerintah mahupun Parti Pembangkang.

“Saya ada buat kenyataan media baru-baru ini. Jika kerajaan PM Najib mahu menang pada PRU-13, ganti calon-calon pemimpin yang berkredibiliti dan bersih dari isu moral dan rasuah. UMNO akan mula dengan nafas baru tanpa dicemari orang-orang yang pernah menggotorkannya,” katanya dengan maksud yang tersirat.

Saya teringat akan kata-kata Allahyarham Dato Salleh Majid, bekas Presiden BSKL mengenai Ibrahim Ali ketika sesi wawancara ‘What Say You’ di mobtv.my bertajuk ‘Masalah & Dilema Melayu’ di http://www.mobtv.my/talkshow-163.html (sila lihat di minit 07:00 – 07:28)

Penulis bergambar kenangan bersama Allahyarham Dato Salleh Majid.

“Pihak pemimpin kena dengarlah rintihan orang Melayu. Dulu tak pernah ada NGO Melayu yang begitu banyak. Sekarang ini, beratus! Itu sebabnya orang yang macam Ibrahim Ali, dia boleh bersuara sebab orang lain tak nak bersuara. Awak boleh kata dia macam-macam lah, racist ke, apa ke…tapi dia yang berani. Dan dia boleh kumpul 10 ribu bila-bila masa jer.”

 

Hemat saya, Ibrahim Ali seorang yang tiada punya apa. Tetapi semangat waja yang kental penyebab utama dia masih di gelangang politik. Walau apapun tuduhan dan kecaman yang diterima oleh Ibrahim Ali, survival politik agenda Melayu tetap dipertahankan.

 

DEMI MASA: Kalau mass comm dicampak kat mana-mana pun, pasti boleh survive tak kira macam mana pun. Go go mass comm!

 

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Road to PRU-13. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s