CERITA DALAM KAIN…

Apabila Cerita Dalam Kain Menjadi Bahan Bualan Masyarakat.

 

Oppsss, entry ini bukan nak cerita pasal 18XXX yer. Ini perihal ‘Cerita Dalam Kain’.

Orang Melayu memang suka pada ‘Cerita Dalam Kain’. Malah, kalau boleh diceritakan perihal ‘Dalam Baju’ pun, Melayu tetap suka. Mungkin itu adalah antara sifat budaya Melayu, agaknya.

Satu sampel kes sebagai contoh. Kenapa segelintir golongan terlalu taksub dengan perihal Wan Azizah-Shamsidar? Apa istimewanya mereka, sehinggakan perkara peribadi menjadi isu nasional?

Maka, segelintir golongan ini jugalah mewar-warkan di media arus perdana, memaksa atau ‘menasihatkan’ Wan Azizah-Shamsidar agar membuat satu kenyataan media bagi menjernihkan keadaan mengenai sejarah hubungan mereka. Kenapa segelintir golongan ini terlalu sibuk nak tahu cerita dalam kain orang?

Saya terfikir, adakah tatacara menasihati orang lain boleh diterimapakai sekiranya orang itu tidak ada pertalian darah langsung dengan kita? Adakah orang itu boleh dengar cakap orang lain? Sudah tentu tidak. Masakan budak tadika 4 tahun pun, tahu akan nasihat mak ayah daripada orang luar.

Yang saya pelik, mengapakah segelintir golongan ini terlalu mengambil berat terhadap cerita dalam kain mereka? Dan mengapakah segelintir golongan ini berhari-hari keluar di media arus perdana, asyik-asyik muka yang sama je yang bercakap. Kalau sekali dua keluar tak pe la juga, kalau berhari-hari keluar, takut orang dah mula muak dan bosan sama segelintir orang ini. Macam lah peribadi mereka bagus tahap cipan sangat!

Takkan lah segelintir golongan ini, belajar tinggi-tinggi, dan pegang jawatan bagai nak tinggi, akhirnya sibuk nasihatkan cerita dalam kain. Apa ni, malu la wei… Di manakah tahap intelek yang ada pada segelintir golongan ini? People are watching you!!!

Jangan melenting pada saya. Contoh Wan Azizah-Shamsidar hanyalah sampel kes Cerita Dalam Kain. Malah, ramai lagi yang boleh saya nak cerita, tetapi saya tidak suka pada cerita dalam kain orang! Kalau boleh, budaya ini patut ditanam selumat-lumatnya agar tidak diwarisi oleh generasi Melayu seterusnya.

Kalau isunya anti-LGBT, ya, itu saya sokong. Malah, dalam artikel blog ini juga ada juga saya bagi pandangan. Saya sokong kerana isunya nasional dan masuk akal. Kalau isunya cerita dalam kain dan baju, maka saya berasa sedikit malu untuk tahu. Malah, budak-budak tadika pun lambat laun akan tahu sejarah cerita mereka. Lagi malu!

Yang pasti, saya hidup di Malaysia bukan untuk dengar cerita dalam kain.

 

DEMI MASA: Makin dekat PRU-13, makin dedah cerita bagai! Yang untung siapa, dan yang tak untung siapa. Melayu oh Melayu.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to CERITA DALAM KAIN…

  1. yana says:

    hanya melayu yang mudah lupa…
    bangsa sendiri bertelagah..bangsa asing tersenyum megah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s