IRSHAD MANJI DAN ISLAM LIBERAL – part 1

Irshad Manji

Semenjak seminggu dua ini, kecoh mengenai Irshad Manji. Siapa Irshad Manji dan apa dia dah buat, boleh google sendiri kat Internet.

Apabila seseorang itu menghasilkan artikel atau buku mengenai agama, bermakna dia sedang menyampaikan dakwah. Dalam Islam, apa itu dakwah? Dakwah yang disampaikan mesti berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utamanya.

Maka, adakah boleh dikatakan Irshad Manji sebagai Pendakwah? Anda boleh kata Irshad Manji seorang pejuang kebebasan, tetapi tidak sekali bagi pendakwah. Mengapa saya tidak setuju?

Walaupun saya tidak membaca buku keluaran ke-2 terbaru dan keluaran pertama, berdasarkan kepada pemerhatian dan pengamatan tulisannya pun sudah cukup untuk mentafsirkan Irshad Manji membawa fahaman Islam Liberal. Apa itu Islam Liberal?

Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam. Dalam makna mudah, memodenkan agama Islam supaya sesuai mengikut tatacara kehidupan hari ini. Apakah contoh kehidupan yang Irshad Manji perjuangkan?

Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian. Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang. “Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan… “Tolong jelaskan kepada saya,” kata Irshad dalam wawancara eksklusif denganMalaysiakini.

Jika lelaki bernafsu seks dengan lelaki, maka perbuatan gelaran itu adalah GAY.

Jika wanita bernafsu seks dengan wanita, maka perbuatan gelaran itu adalah LESBIAN.

Maka, adakah konsep Allah sebagai Maha Penyayang akan meredhai dan sayang perbuatan itu yang Allah s.w.t melaknat dan murka? Inilah antara ciri-ciri Islam Liberal, menyamakan tatacara kehidupan supaya sesuai dengan masa kini.

Saya bukanlah orang yang arif mengenai hukum-hakam agama. Jika mahu maklumat lebih lanjut, boleh rujuk pada al-Quran melalui terjemahannya. Tetapi, ini yang Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis:

Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, ia berkata, “Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya perkara yang paling aku takutkan atas umatku adalah perbuatan kaum Luth (homoseksual).” 

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW…“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”

DEMI MASA: Zaman sekarang adalah terlalu ramai yang  membawa dakwah Islam bersifat Liberal tanpa disedari umat Islam.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Irshad Manji dan Islam Liberal. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s