IRSHAD MANJI DAN ISLAM LIBERAL – part 2

Irshad Manji

Apa gunanya golongan ulama yang arif di Malaysia jika peranan mereka tidak dimainkan secara radikal? Apa gunanya tokoh-tokoh ilmuan Islam di Malaysia jika otak fikiran mereka lebih rela beku di pejabat berbanding dikongsi bersama ummah? Apa gunanya lebih 1,400 ahli professor di Malaysia jika pemikiran mereka tidak digembleng untuk membentuk satu gerakan dakwah Islam berkesan di Malaysia?

Oh ya, orang Melayu hanya mengenal Islam ketika di peringkat rendah dan menengah sahaja. Bila dah menjengah menara gading, harus cari sendiri ilmu itu di perpustakaan, di ceramah surau, di pentas seminar malah di kaca televisyen mahupun radio. Juga boleh search di Internet.

Islam bukan setakat kita kenal al-Quran, baca dan sebut Bismillah. Islam adalah mengenai tatacara hidup yang lurus berlandaskan al-Quran dan Hadis. Jika konsep Islam tidak diterapkan dalam setiap hati ummah, jadi, siapa yang akan datang mengisi kekosongannya?

Orang-orang seperti Irshad Manji lah hadir memberi sinar cahaya Nur Islam Liberal kepada ummah. Orang-orang seperti Irshad Manji lah berdamping dengan ummah untuk membebaskan fahaman Islam yang kolot kepada fahaman Islam yang moden. Orang-orang seperti Irshad Manji lah yang mampu menambat hati anak-anak muda zaman kini, tatkala mereka sememangnya menunggu para ulama mendekati hati mereka.

Di mana silapnya? Anda boleh mencari seribu satu kesilapan, yang tiada penyelesaian.

Adakah satu hari nanti, masa depan Malaysia akan berubah di mana golongan Islam Liberal akan menjadi tunjang pegangan Islam baru dalam hidup generasi selepas saya? Adakah mungkin masyarakat akan menghukum para ulama Islam sejati dengan mengagungkan pendakwah Islam liberal? Saya tidak mahu melihat gerakan moden ini berlaku.

Bagi saya, kerajaan Malaysia harus dipersalahkan. Kerana apa? Kerana membiarkan orang seperti Irshad Manji, masuk ke Malaysia selepas road tour pelancaran bukunya di Jakarta, Indonesia. Bila dah masuk Malaysia, baru lah Menteri Agama gelabah nak ambil tindakan, yang memungkinkan isu ini dimanupulasi oleh pihak Pakatan Rakyat. Adakah maklumat kedatangan Irshad Manji tidak diketahui oleh perisik-perisik Malaysia? Apa ni…

Siapa orang ini seperti Irshad Manji, datang ke Malaysia dan nak ajar umat Islam Malaysia mengenai Islam?

Nasihat saya untuk Irshad Manji, “CUBA BALIK KE UGANDA, AFRIKA DAN AJAR KONSEP ISLAM YANG KAMU NAK BAWA KE SANA. LIHAT SAMA ADA KAMU AKAN DIHALAU, DISANJUNG ATAU DIREJAM?”

DEMI MASA: Kenapa tak ada seorang pun yang tulus ikhlas dan benar-benar komited dalam dakwah Islam? Jika Islam kuat, anasir-anasir sesat ini tidak mudah menyerap masuk di minda ummah.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Irshad Manji dan Islam Liberal. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s