GARBAGE JOURNALISM

Istilah yang merujuk kepada budaya kewartawanan ‘SAMPAH’

 

Orang-orang media, orang-orang wartawan dan orang-orang akademik…antara yang arif mengenai hal ehwal kewartawanan.

Di Sekolah Kewartawanan, terdapat semacam subjek yang diajar seperti Crime Journalism, Sport Journalism, Economic Journalism, Environmental Journalism, dan sebagainya. Walaupun kita diajar dan diasuh supaya mematuhi segala etika dan adab kewartawanan, khususnya dalam laporan, rencara atau berita, namun masih ada yang gagal mematuhi segala macam prinsip ini.

Bergelar wartawan memang hebat dan penuh cabaran. Malah boleh dikatakan wartawan adalah agen bagi perubahan kepada masyarakat, dan juga sebagai pemerhati atau ‘Watchdog’ kepada kerajaan, dan juga memberi imput berita yang berNILAI kepada masyarakat.

Tetapi kini, timbul dan muncul subjek baru yang tidak ada di Sekolah Kewartawanan, iatu ‘Garbage Journalism’. Mengapa saya berkata demikian?

Di dada akhbar, berita mengenai liwat, gambar skandal aksi panas, dan rogol antara menjadi tumpuan isi kandungan berita.

Di kaca tv, berita mengenai liwat, video skandal aksi panas dan rogol juga menjadi tumpuan paparan berita.

Di portal internet, tak boleh nak kata apa lah, sebab bersepah dengan SAMPAH daripada yang berkualiti.

Maka, adakah laporan berita itu benar-benar bernilai kepada saya? Bagi saya, ia semacam SAMPAH.

Dan adakah berita itu berinformasi tinggi kepada rakyat Malaysia? Bagi saya, yang menonton atau yang membaca juga dipaksa makan SAMPAH, walaupun bukan atas kerelaan.

Di mana pengakhirannya wartawan sebagai agen perubahan kepada masyarakat? Apa yang saya dapat lihat sejak akhir-akhir ini bermula dari 1997 hingga kini, perkataan liwat dan rogol, budak seusia 7 tahun pun dah tahu cara-cara untuk praktikal perihal dewasa. Dan sejak akhir-akhir ini juga, perkataan ‘aiskrim’ pun, budak-budak darjah 1 pun dah tahu makna tersirat perihal dewasa. Dari mana sumber mereka dapat?

Publisiti meluas berita skandal moral manusia yang membawa konotasi ‘aiskrim’, ‘liwat’ dan ‘rogol’ di media-media. Maka, adakah ini agen perubahan seperti yang dimaksudkan? Kesannya, tak perlu saya nak jelas di sini.

Saya tak salahkan rakan-rakan wartawan yang menulis, tetapi tanggungjawab ini saya salahkan kepada segelintir pimpinan ketua syarikat yang bukan berasal dari latar belakang wartawan. Semua atas arahan orang atas, lagi atas, dan maha atas. Di mana kuasa wartawan jika tidak kuasanya hanya berlegar di sekitar kelompok sampah sahaja? Tewas dan akur di kaki orang politik yang rakus!

Saya percaya, ahli-ahli akademik di Sekolah Kewartawanan yang berpegang teguh pada prinsip kewartawanan juga mesti kecewa melihat keadaan ini berlaku. Segala apa yang dicurahkan mereka, segala ilmu yang dikongsikan mereka, dan segala pandangan yang dilihatkan mereka semasa di Sekolah Kewartawanan, sebaliknya berlaku apabila senario ini terpaksa mengikut kehendak pihak berkepentingan dalam organisasi media.

 

DEMI MASA: Kembalikan maruah dan kuasa wartawan.

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to GARBAGE JOURNALISM

  1. Puan Ijang says:

    yup, thats rite.. nowadays we have been served with more garbage news than the others… jangan jadi garbage journalist, udahlaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s