ISLAM & PARTI: APA YANG TAK KENA?

Saya tahu tentang Islam, agama yang memandu kita ke arah Ad-Din. Nak kata arif, tak la sangat. Nak kata tak arif, tak lah juga. Tapi, saya tak boleh lah nak lawan ilmu Islam dengan para ulama yang mengaji dalam bidang Islam.

Saya terfikir tentang satu perkara, sejak saya ambil subjek Asean Politics ketika di UiTM 9 tahun yang lalu, adalah mengenai satu-satunya parti politik yang menggunakan nama agama dalam parti politik adalah Parti Islam Se-Malaysia atau PAS. Itu kisah 9 tahun dulu.

Baru-baru ini, ada cadangan dan gesaan untuk menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengkaji sama ada perkataan Islam boleh digunapakai pada Parti Politik.

Islam adalah agama untuk semua, agama yang lurus dan agama yang suci. Manakala politik adalah politik manusia untuk kekal berkuasa dengan sesuatu matlamat, sama ada bersifat membela, menghancurkan mahupun memusnahkan.

Jika Islam yang menjadi dasar utamanya hadir dalam parti, maka ia perlu dipandang hormat. Ini kerana politik Islam hadir untuk menjernihkan segala kekotoran, segala kebusukkan, dan segala kekejian yang berlaku dalam parti-parti berpolitik.

Tetapi, jika politik Islam hadir dengan orang-orangnya berselindung di sebalik nama politik Islam, walaupun kita tidak tahu tujuan dan matlamat sebenar, maka kita perlu berhati-hati. Perkara ini ditakuti akan mengundang kepada kekeliruan. Jangan main-main dengan agama, untuk tujuan politik. Ibarat bara kayu angin bertiup, kencang membakar rumah.

 

DEMI MASA: Jika manusia pandang serong Islam pada parti tanpa mengetahui isi perlembagaan parti, maka memang ada yang tak kena. 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to ISLAM & PARTI: APA YANG TAK KENA?

  1. yana says:

    rasanye..yg byk skrg ni adalah poliTIKUS Islam..bahaya kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s