JERSI EURO 2012!

No 28…lucky number!

Bila sebut pasal bola, terasa bahang kehangatan EURO 2012 bulan Jun ni. Ketika itu nanti, penuh la orang ramai di kedai-kedai mamak, restoran-restoran malah di warung-warung pun sama. Makan bola, tido bola, semuanya BOLA!

Saya bukan nak cerita pasal bola. Kali ini mengenai Bro Din, si tukang buat nama jersi. Saya terserempak gerai kecilnya di TTDI Jaya, Shah Alam, berhadapan Restoran JM Beriani.

Saya ingat Bro Din hanya jual jersi, tetapi sekali dua kali belek jersi, rupanya dia boleh tampal nama dan nombor yang kita nak. Satu baju RM30, tampal nama+nombor RM10 jadi RM40. Bajunya pun memang berkualiti. Kalau diikutkan, memang tak dapat harga semurah itu di area Shah Alam mahu pun di Kuala Lumpur.

Oleh kerana pasukan yang saya minat ketika masih kecil adalah France, saya tetap memilih jersi France ‘warna putih tu’. Jersi baru pasukan lain pun, ada yang mengancam juga. Tapi, kalau beli jersi UKRAINE warna kuning tu, nanti orang kata team BERSIH 3.0 plak. Hahahaha

Belek punye belek, terus saya pilih no 28 sebagai tanda ‘lucky number’ pada jersi. Sebab itu nombor tarikh lahir.

Menurut kata Bro Din, sesiapa yang beli dan pakai jersi yang dia jual, dia akan bagi 10% diskaun untuk sesiapa yang makan di Restoran JM Beriani House di TTDI Shah Alam, Selangor. Bukan setiap hari ye, jangan silap pula. 10% diskaun hanya di musim EURO 2012 sahaja!

Maknanya, dia ni pemilik franchise JM Beriani. Wah, taukeh pun turun padang buat kerja-kerja printing kat depan kedai dia. Antara daya usaha yang saya ‘salute’ kat Bro Din.

Jadi, sesiapa yang berkesempatan nak berkunjung gerai jersi dia, silalah ke Restoran JM Beriani House di TTDI Shah Alam, Selangor atau contact no dia 013-3036819 (DIN)

DEMI MASA: Demam Bola, Selsema Bola, Batuk Bola!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to JERSI EURO 2012!

  1. yana says:

    yeah rite! makan..tido…selesema n batuk…semuanye utk BOLA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s