BAM TIDUR!!!!! – part 1

Pingat Emas Sukan Olimpik 2012 London

Adakah Malaysia mampu memang pingat Emas dalam Sukan Olimpik 2012?

Bila pengkritik mengkritik skuad badminton negara, maka sebilangan orang akan mempertahankan pemain-pemain badminton bahawa prestasi mereka tidak menurun.

Masalahnya adalah, bukan pemain-pemain badminton yang orang ramai kritik. Kalau ditanya pada saya, apa saya akan jawab?

Jawapannya adalah PENGURUSAN Persatuan Badminton Negara (BAM) tidur!!!!!!!!

Politik Sukan Kuat dalam BAM…

Sebab apa tidur? Sebab mereka biarkan para jurulatih dan pemain berpukul atas gelanggang, tatkala pasukan China yang lembik satu ketika dulu, kini GAH berkuasa menguasai sukan ini. Bukan sahaja China, satu hari nanti masa depan pasukan Korea Selatan tampak cerah menjadi potensi GAH seperti China!

Di mana kita??? Zaman juara kampung sudah berakhir, BAM! Sudah tiba masanya TRANSFORMASIKAN pengurusan BAM!

Kenapa perlu transformasikan badan BAM ni? Kerana BAM lebih banyak bercakap politik daripada serius bangunkan platform sukan badminton negara.

Kita lihat, apa jadi pada Roslin Hashim? Dulu pernah ranking no 1 dunia, kini menjunam.

Apa jadi pada Hafiz Hashim? Dulu pun pernah ranking no 1 dunia, kini permainan masih yo-yo.

Kita tak nafikan sumbangan besar Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton negara. Saya suka cara dia bermain, tip top dan world class player! Maka, saya terfikir, siapa selepas Lee Chong Wei?

Kita masih ada Misbun Ramdan, Daren Liew dan Mohd Arif Abdul Latif. Kalau mereka ini tidak dilatih seperti semangat China berperang, maka pasti saya akan dapat melihat Piala Thomas atau Kejohanan Dunia, atau Sukan Olimpik malah Sukan SEA pun, tidak akan Malaysia capai.

Sebagai contoh, kali terakhir Malaysia menang Piala Thomas pada 1992, sudah 20 tahun berlalu, BAM BUAT APA??? TIDUR!!???

Cukup-cukup lah politik hanya dimainkan oleh orang politik sahaja. Jangan jadikan badan sukan seperti BAM, tempat kita berpolitik. Yang menjadi mangsa, siapa? Sudah tentu pemain, jurulatih dan peminat-peminat sukan badminton Malaysia.

Kalau Malaysia juara dalam setiap kejohanan terbuka pun, apalah kisah sangat berbanding kejohanan yang berprestij! Adakah kita mahu mengejar mata ranking, atau kita mahu ada pemain-pemain kebal seperti China?

Memang pasti ada yang akan tidak senang dengan pandangan saya berhubung isu ini. Apa nak buat, dah ini Blog Aku Seorang Rakyat Malaysia. Apa yang rakyat Malaysia mahu, adalah bukan politik dalam sukan, tetapi pembangunan sukan yang berkualiti.

Yang saya nak tanya, pengerusi BAM dan orang-orang kanannya, APA YANG KAMU TAHU PASAL BADMINTON? Kalau main gitu-gitu kat sekolah, tak payah la nak cakap. Jadi jurulatih pun tak pernah, ada hati nak kepalai organisasi BAM.

Harapan saya agar pihak Menteri Sukan mengkaji isu ini, bukan retorik politik, tetapi mencari solusi yang ntah bila nak selesai.

DEMI MASA: Tak salahkan pemain, salahkan pengurusan yang TIDUR!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s