AUNG SAN SUU KYI… PEJUANG WANITA DEMOKRASI MYANMAR

Filem ‘The Lady’ arahan Luc Besson

Sebentar tadi, saya berkesempatan menonton filem ‘The Lady’ arahan Luc Besson di mana pelakon utamanya Datuk Michelle Yeoh dan David Thewlis.

Filem ini boleh dikatakan baru dan bergenre filem biografi.

‘The Lady’ berkisar mengenai jalan hidup pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi dari saat beliau menjalani kehidupan di Universiti Oxford sehinggalah menjadi ahli politik berpengaruh.

Sila lihat foto-foto antara sedutan filem ini yang dilakonkan oleh Michelle Yeoh.

The Lady 1

The Lady 2

The Lady 3

The Lady 4

The Lady 5

Saya bagi rating 5 bintang untuk filem ini. Dari sudut suntingan dan cinematografinya hingga kepada pengarahan dalam filem ini, ternyata amat puas hati untuk ditonton. Dan tidak ada sebab utama langsung untuk saya nak kritik filem ini, sebagaimana saya kritik filem-filem lain.

Daripada saya tidak kenal siapa itu Aung San Suu Kyi, kini saya kenal perjuangannya dalam filem ini. Bermula daripada kematian ayahnya, seorang general yang memimpin Myanmar ketika itu (1940an), ditembak mati oleh pemberontak yang mahu merampas kuasanya lalu kehidupan rakyat Myanmar derita bermula saat itu. Kehidupan Suu Kyi hanya bermula ketika dia berkahwin dengan Mat Salleh dan tinggal di kawasan Universiti Oxford, dan ada dua orang anak. Episod malang berlaku ketika ibu Suu Kyi terlantar di hospital di Myanmar, dan Suu Kyi pulang ke tanahair untuk melihat ibunya. Lantas ketika itu, satu demonstrasi mogok oleh pimpinan pelajar yang tidak puas hati dengan pentadbiran junta tentera telah berlaku, di mana banyak pertumpahan darah berlaku di kalangan pelajar. Sejak peristiwa itu, bermulalah episod Aung San Suu Kyi menceburi dalam bidang politik, membawa kesinambungan perjuangan politik ayahnya.

Apa yang membuat cerita ini berkesan adalah watak Suu Kyi lakonan Michelle Yeoh ternyata berkesan. Lakonan sebagai wanita pejuang demokrasi mampu menonjolkan karakter selamba, control ayu, dan sifat tabah itu ada dalam diri Suu Kyi.

Sila lihat gambar-gambar Aung San Suu Kyi pula.

Aung San Suu Kyi 1

Aung San Suu Kyi 2

Aung San Suu Kyi 3

Aung San Suu Kyi 4

Aung San Suu Kyi 5

Untuk pengetahuan semua, selama Aung San Suu Kyi berada di Myanmar, kerajaan junta tentera telah menafikan haknya untuk bebas keluar masuk ke luar negara. Jika Suu Kyi nak keluar negara, tiada jaminan dia boleh masuk ke Myanmar semula, walaupun dia pernah dikenakan hukuman tahanan dalam rumah.

Selepas pembebasannya dari tahanan rumah ekoran desakan politik antarabangsa, Suu Kyi dibenarkan bertanding parti politik untuk menjadi pemimpin, dan Suu Kyi menang menjadi Ahli Parlimen.

Aung San Suu Kyi yang terbaru (Jun 2012), buat pertama kalinya Suu Kyi keluar negara di Bangkok, untuk menghadiri dan berucap di World Economic Forum.

Insyallah, kalau ada peluang, akan saya menemui Aung San Suu Kyi satu hari nanti.

Gambar terbaru

DEMI MASA: Dapatkah produser-produser dan pengarah-pengarah filem mendokumentasikan filem biografi kepada pejuang-pejuang demokrasi Malaysia dulu, agar setanding dengan kualiti filem ‘The Lady’? -JAWAPAN: Ada budjet, tak jadi masalah kot.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Filem. Bookmark the permalink.

One Response to AUNG SAN SUU KYI… PEJUANG WANITA DEMOKRASI MYANMAR

  1. hamba allah umat muhammad says:

    bgaimana dengan rohingya????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s