ROKOK OH ROKOK… part 1

Antara Projek Kesedaran Kementerian Kesihatan yang gagal.

Sekitar tahun 2005-2010, ramai yang tidak tahu projek kesedaran Kementerian Kesihatan, GAGAL. Apakah projek kesedaran itu? Kempen Tak Nak Rokok. Kenapa GAGAL?

Peruntukkan RM20 juta setahun, bersamaan RM100 juta untuk 5 tahun bagi kempen Tak Nak Rokok ini, ternyata gagal. Duit bukan main tabur banyak, maka bila dah gagal bersamaan dengan bakar duit rakyat macam rokok lah. Tak payah lah cakap, siapa yang untung, dan dan siapa yang rugi.

Mungkin, tak ada siapa yang nak ungkit cerita ini. Biarkan, ini cerita dulu.

Yang terkini, kajian Kementerian Kesihatan dengan kerjasama WHO menunjukkan seramai 4.7 juta rakyat negara ini berusia 15 tahun ke atas adalah perokok. Malah, 71 % orang ramai terdedah kepada asap rokok ketika mengunjungi restoran.

Maka saya terfikir, apakah selama projek Tak Nak Rokok ini, kesedaran mesejnya adalah untuk melahirkan lebih ramai perokok-perokok di negara ini, sebab itu projek ini GAGAL?

TIONG LAI TUNJUK KEMPEN IKLAN KESEDARAN DI KOTAK ROKOK.

Kempen ibarat hangat-hangat tahi ayam. Mengapa?

Sebab, Malaysia tetap melahirkan perokok-perokok baru seawal usia 15 tahun. Letaklah gambar-gambar kesan kronik di kotak rokok atau di batang rokok sekali pun, perokok-perokok baru tetap muncul, apatah lagi perokok tegar!

Saya hairan, adakah pimpinan Menterinya dan orang-orang kanannya, tutup sebelah mata sambil bermain sikap acuh tidak acuh terhadap kempen ini? Taburlah RM1 billion untuk kempen ini pun, tetap juga GAGAL. Jadi, apakah jalan penyelesaiannya?

Mudah untuk saya fikir, langkah pertama tukarkan Menteri Kesihatan kepada seorang yang benar-benar prihatin akan masalah ini dan selepas itu, baru akan disusuli langkah selanjutnya.

Lihat kempen kesedaran Tak Nak Rokok di luar negara.

Antara Contoh Iklan Rokok di Bas Awam di Eropah.

Apa bezanya dengan kempen iklan rokok di Malaysia dan di luar negara?

Bezanya adalah pendekatan mesej seperti contoh iklan yang tertera pada bas awam di Eropah. Simple dan mudah untuk buat kita berfikir dua kali, merokok ibarat sedut asap bas yang hitam!

Sudah tiba masanya rakyat boleh menilai apa projek yang tidak membazir, dan apa projek yang membazir.

Dalam erti kata lain, orang-orang yang merangka kandungan kempen ini SEHARUSNYA FASIH atau WELL EDUCATED ENOUGH untuk menjalankan kerja-kerja kempen, dan bukannya orang-orang yang KURANG CERDIK hanya sekadar mahu mengaut keuntungan mudah dari projek ini. (kalau berani, lantik saya jadi perunding nasihat kempen ini).

Entry selepas ini, saya cerita pasal belanja rokok. Nak tau apa…tunggu.

DEMI MASA: Dasar kebergantungan ekonomi negara bergantung kepada industri tembakau, dan juga hasil cukai penjualan rokok. Nak cakap apa lagi pasal kempen??? NO USE!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s