ROKOK OH ROKOK… part 2

Gumpalan puntung rokok yang telah dihisap.

Tahukah anda berapa yang anda belanjakan untuk membeli rokok dalam sehari?

Tahukah anda berapa batang yang anda hisap dalam sehari?

Dalam kenyataan dari Kementerian Kesihatan, seorang perokok membelanjakan secara purata RM180 sebulan untuk membeli rokok dalam kehidupan mereka.

Itu kajian secara purata.

Saya tak nak ambil purata. Saya nak ambil jangkaan pemerhatian saya sendiri.

Jika sekotak rokok berharga RM6, dalam 7 hari, 5 kotak rokok diperlukan, maka belanja RM30 untuk seminggu. Kalau ada 5 minggu, maka RM150 sebulan untuk rokok. Kalau setahun, dah RM1800 hanya untuk rokok.

Jika ketagihan ini berterusan untuk 5 tahun yang pertama, maka sudah RM9000 dibelanjakan hanya untuk rokok.

Jika ketagihan ini berterusan untuk 5 tahun kedua, maka sudah RM18,000 sudah pun dibelanjakan hanya untuk rokok.

Bayangkan, kalau belanja rokok ditukar menjadi simpanan di bank, boleh jadi kaya masa depan, beb!

Antara contoh sebenar paru-paru perokok yang tegar.

 

Gambar di atas bukan pohon kayu lama. Gambar di atas adalah paru-paru sebenar yang diambil dari perokok tegar yang dah mati, di mana dah 10 tahun dia kerap hisap rokok.

Hitam, berhabuk, berdebu. Ini kata-kata yang tak dapat saya bayangkan rupa di dalam paru-paru.

Ibarat saya berdiri di ekzos belakang bas, lepas tu bas bergerak lalu melepaskan asap hitam dan terkena dan melekat pada seluruh baju dan kulit badan. Itu pun dah melekit.

Bayangkan, hari-hari anda bernafas, dan hari-hari anda hisap rokok, paru-paru akan jadi macam di atas.

Rokok buat perokok mati.

 

Sudah tentu kita tidak mahu mati dalam keadaan ngeri seperti mati kemalangan, mati terjatuh atau mati dalam koma.

Dan sudah tentu kita impikan mati dalam keadaan aman, yakni mati dalam tidur.

Tetapi, adakah kita mahu mati disebabkan angkara rokok? Mati sebab sakit jantung, mati sebab kanser paru-paru, atau mati sebab strok?

Kalau seawal 15 tahun dah boleh merokok, apa yang boleh saya harapkan untuk masa 10 tahun akan datang? Adakah akan terjadi seperti gambar di bawah?

Budak kecik hisap rokok.

 

DEMI MASA: Tak tau nak cakap apa pasal duit rokok.

 

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Kesihatan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s